Monday, February 15, 2016

Pamoga Qu Puteh Mahu Tutup Mulut Keyboard Warrior

Setelah aksi yang kurang bertenaga di pamerkan semasa perlawanan menentang Perak tempoh hari, Skuad PQPTRW sedar kecaman dari penyokong sendiri dan pemerhati luar. Taktikal K Devan kurang menjadi walaupun ada gol terhasil namun dibatalkan pengadil akibat offside.

PQPTRW juga di beri kata semangat oleh penaja rasmi, DS Vida yang duduk bersama pemain di bangku simpanan. Kenyataan dari Presiden KAFA, TS Annuar Musa juga tidak berpuas hati dengan aksi sepanjang 90 minit tempoh hari.

Petikan dari FB Tan Sri Annuar Musa.
Spt di jangka,game yg hambar...tiada 1-2....tiada tiki taka..midfield yg defensive...byk holding bola,mungkin sbb away game..apa pun kalau nak 3 point mcm tu punya main,...adoi...LETIH...tapi 16/2 dgn masuknya indera dan piya rasanya berbeza...

Ada berpendapat bahawa TSAM mengharap perkara yang sukar berlaku.


Petikan dari FB Axello Tacts 
TSAM kecewa dengan aksi Kelantan. Yang buat saya naik kening Ziana Zain bila beliau cakap, tak nampak tiki taka lagi dalam skuad ini. Hmm... ingat senang ke nak bertiki taka.
Tiki taka bukan bermaksud passing pendek sahaja. Ia adalah doktrin, pass pass and pass plus forward play plus offball movement yang dikordinasi dengan latihan berjam jam dalam tactical training menjelang setiap perlawanan.
Free flow football adalah asas kepada tiki taka. Jadi, kuasai free flow football dahulu sebelum ke tiki taka. Liverpool under Rodgers dulu pernah digelar bermain 'mini' tiki taka. Begitu juga Swansea City di bawah BR. Betapa mereka bermain free flow namun masih tak diiktiraf oleh pakar sebagai team tiki taka.
Esok PQPTRW menentang PDRM yang mengejutkan Sarawak 1 - 0 hasil jaringan Ali Asfaq. Mampukah PQPTRW bangkit dari tidur lena yang panjang selama 2 tahun. 
 

Kecederaan Jejas Red Giant di Ipoh

Selepas aksi penuh mendebarkan di Larkin tempoh hari, Red Giant meneruskan aksi mereka kali ini di Ipoh pertemuan dengan Perak pada 16 Februari nanti. Skuad Zainal Abidin Hassan tempang apabila diberitakan beberapa tonggak utama tidak dapat beraksi akibat kecederaan.

Kita terpaksa ketepikan Hazwan, Nazmi dan Robert akibat kecederaan. Manakala Kecik (Fitri Shazwan) mengalami ACL dan terpaksa berehat sekurang-sekurangnya 6 bulan.
Skuad The Bos Gaurus pula pastinya menuruskan kesebelasan terbaik mereka kerana tiada pemain yang mengalami kecederaan serius dan boleh di turunkan pada aksi kedua Liga Super malam esok.
 

Connect With Us