Lima kemenangan dalam lapan perlawanan pra musim meletakkan skuad Sang Kancil di landasan tepat untuk menemui keserasian antara pemain menjelang saingan Liga Perdana tahun ini.
Bagi pengendali kelab, Mat Zan Mat Aris, dia menyatakan ada peningkatan dari segi komunikasi dan beri jaminan para penyokong tidak perlu tunggu lama untuk melihat Melaka United mempamerkan aksi memberangsangkan.
"Sekarang saya lihat ada peningkatan dari segi komunikasi dan keserasian di antara pemain import dan tempatan iaitu sebanyak 80 peratus," katanya kepada Bernama di sini.
"Kita ada tiga minggu lagi untuk melakukan persediaan, jadi kita harap peningkatan prestasi dan keserasian pemain dapat dilihat pada perlawanan akan datang," katanya kepada Bernama.
Skuad kendalian Mat Zan telah menempuh lapan perlawanan persahabatan pra musim dengan mencatat lima kemenangan dan terbaharu perlawanan di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi, ia menewaskan Sime Darby FC dengan 4-1.
Tahun ini, Melaka United diperkuatkan oleh kelibat empat pemain import iaitu pemain pertahanan Shin Jae-Pil dari Korea Selatan; dua pemain tengah iaitu Labinot Harbuzi (Sweden) dan Balsa Bozovic (Montenegro); serta penyerang handalan Ilija Spasojevic (Montenegro) yang pernah 'menggegar' Liga Super Indonesia bersama Putra Samarinda dan Persib Bandung.
No comments:
Post a Comment