Itu pengakuan ikhlas, Azidan Sarudin, yang ambil keputusan bersama bekas pasukannya bagi musim 2016.
Bekas pemain Pahang dan Selangor ini sah bergelar pemain terbaharu Kuala Lumpur selepas setuju tandatangani kontrak selama setahun.
Walaupun masih belum pulih daripada kecederaan sepenuhnya, azidan berasa terharu dengan kepercayaan pihak pengurusan.
Pemain berasal dari Sungai Besi ini tolak tawaran daripada tiga pasukan lain kerana semata-mata mahu beraksi dengan pasukan negeri asal.
Sebagai rekod, Azidan pernah menyarung jersi Kuala Lumpur dari tahun 2006 hingga 2010.
"Saya mengucapkan kepada pengurusan KLFA untuk menerima khidmat saya bersama pasukan, saya mempunyai sasaran untuk mengembalikan KLFA ke persada lebih tinggi dan saya berharap setiap pihak dalam pasukan mampu berikan yang terbaik," kata Azidan.
Sementara itu, presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, harap kehadiran Azidan selaku anak jati warga kota mampu cetus inspirasi.
Selain itu, Azidan diharap mampu menjadi pembimbing pemain-pemain muda dalam pasukan.
"Kami sangat gembira kerana Azidan berminat kembali menyarung jersi Kuala Lumpur, saya berharap dia mampu memberikan impak buat pasukan," jelas Adnan.
No comments:
Post a Comment