Thursday, January 21, 2016

Tugas Getir Datuk Ong Kim Swee

Pada 18 Januari lepas Football Association of Malaysia (FAM) telah mengumumkan pemilihan jawatan Ketua Jurulatih Skuad Negara disandang oleh  Datuk Ong Kim Swee. Sebelum itu, Bojan Hodak dan Robert Albert juga turut di temuduga oleh FAM.

Sebelum ini FAM dengan terbuka mengiklankan jawatan kosong untuk Ketua Jurulatih Skuad Senior negara selepas Dollah Salleh berundur dari kerusi panas tersebut selepas kekalahan memalukan Malaysia di tangan UAE. Sebanyak 88 resume dan calon telah disemak namun hanya 3 ke penilaian terakhir pada 18 Januari kelmarin.

FAM meletakkan syarat buat Datuk OKS seletah berjaya dilantik FAM.

Mampukah jurulatih baru Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee, mencapai 3 sasaran:
- Layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019
- Menaikkan ranking di dalam kelompok 140
- Menjuarai Piala AFF Suzuki 2016?

Tahniah Datuk ONg Kim Swee!

Admin : Apa Yang Cuba FAM Mainkan?

Keputusan pemilihan ini seperti sudah dijangka dari awal kerana pencapaian Datuk OKS yang 'BOLE TAHAN LA'.

Sukan Sea di Singapore sahaja yang menjadi tanda tanya pencapaian Datuk OKS. Nak dibandingkan dengan Bojan Hodak, saya rasa Bojan lebih memiliki taktikal yang baik dan berkesan. Lihatlah contoh ketika beliau di JDT. Walaupun lucknya tak berapa bagus di sana tapi idea yang cuba disampaikan kepada pasukan senang difahami.

Robert Albert adalah calon bukan pilihan jika dilihat dari prestasinya ketika melatih skuad negeri dulu.

Selayaknya membimbing Skuad Negara adalah Bojan Hodak yang sudah sinonim dengan bola sepak Malaysia serta mengenali corak permainan Malaysia. Dari segi pencapaian pula tak perlu diulas kerana 'bertimbun' kejayaan yang diperoleh semasa membimbing Kelantan dan Johor DT dulu.

Bagi anda, siapa yang selayaknya memangku tugas sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan?

No comments:

Post a Comment

Connect With Us