Seorang bekas pemain Liga Argentina, Lucero akan tiba di Johor Bahru esok sebagai pengganti Paulo Rangel yang gagal mendapat kepercayaan daripada barisan kejurulatihan skuad utama JDT.
Berasal dari Mendoza, Argentina, Lucero boleh dianggap sebagai pemain tengah tetapi dia mendapat kepercayaan daripada barisan teknikal dan kejurulatihan Harimau Selatan untuk memainkan peranan penyereang bersebelahan rakan senegara, Jorge Pereyra Diaz tahun ini.
"Kami tidak boleh mengumumkannya tanpa sebarang kertas kerja atau pengesahan. Walaubagaimanapun, di sini saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa kami telah menandatangani Juan Martin Lucero dari kelab Argentina Independiente.
"Setelah berbincang bersaa pengarah teknikal Alistair Edwards, ketua jurulatih Mario Gomez, penolong jurulatih Raul dan juga ejen-ejen kelab Martin Prest, Nasir Yusof dan Luciano Figueroa, JDT berpendapat Juan Martin Lucero adalah pilihan tepat buat kelab," menurut kenyataan Johor Southern Tigers.
Lucero meledakkan 5 gol dalam 18 perlawanan dalam musim terakhirnya bersama kelabnya, Idepediente. Pada tahun 2010, Lucero menjadi tajuk utama di Argentina ketika menyumbang 24 gol dalam 34 penampilan bersama Defensa y Justicia dan dianggap sebagai pemain muda paling berpotensi dalam Liga Argentina pada ketika itu.
No comments:
Post a Comment