Tuesday, February 2, 2016

SAH! Jersi PQP-TRW 2016 bukan lagi jenama "NIKE"



2 FEBRUARI 2016 | 23 RabiulAkhir 1437H

STATUS JERSI PASUKAN KELANTAN FA 2016


1. Pihak HORC Sports Sdn Bhd merakamkan jutaan penghargaan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Kelantan dan The Red Warriors Sdn Bhd kerana telah memberi kepercayaan untuk menaja Pasukan Liga Super, Piala Presiden dan Piala Belia bagi musim 2016.

2. Walau bagaimanapun, JODOH TIDAK PANJANG antara pihak KAFA/TRW dan HORC selepas termeterai penamatan perjanjian mengikut persetujuan bersama.

3. Jenama/Logo HORC masih terdapat di Jersi Pasukan PQPTRW 2016 mengikut persetujuan bersama.

4. Warna Merah/Merah (Home) dan Biru/Putih (Away) sebagaimana hasrat YB Tan Sri Presiden akan kekal sebagai kenangan jersi pasukan bagi pihak HORC.

5. Terima kasih tidak terhingga kepada YB Tan Sri Annuar Musa Presiden KAFA, Naib Presiden Datuk Hj Rosmadi Ismail, En Nik Aminaldin Dato' N Jaafar, Pengerusi TRWSB dan En Radhi Pengarah Eksekutif TRWSB serta Dato' Hj Ismail Md Noor SU Agung KAFA di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh penajaan yang tamat pada 31 Januari 2016, Ahad. Tidak lupa terima kasih juga kepada penyokong TRW yang telah memiliki 'Training Kit' pasukan yang dikeluarkan oleh pihak HORC.

6. Jenama NIKE kekal tidak akan digunakan oleh pasukan PQPTRW bagi musim 2016.

7. HORC juga MENOLAK pelawaan oleh Vida Beauty/Qu Puteh untuk menjadi 'Main Distributor' bagi Jersi dan Merchandise pasukan PQPTRW.

8. Pasukan Liga Super PQPTRW masih boleh menggunakan kelengkapan latihan berjenama Nike sehingga tamat Liga Malaysia 2016 mengikut persetujuan bersama pihak Qu Puteh/Vida Beauty dan HORC.

9. Pihak Qu Puteh/Vida Beauty akan menyediakan jersi dan kelengkapan pasukan secara eksklusif sepenuhnya kepada pihak KAFA selepas ini.

10. Terima kasih DSV kerana menyediakan Nasi Lemak Rosmah tempoh hari.

11. Kedai Sukan HORC di Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu akan beroperasi seperti biasa dengan mengedar barangan sukan berjenama HORC, Nike, Adidas dan Puma.

12. Dato' Seri Vida akan hadir menyaksikan
perlawanan persahabatan malam ini di Kota Bharu antara Kelantan vs Kuala Lumpur.

Teruskan menyokong pasukan PQPTRW, kepada Allah jua kita berserah.GOMO KELATE GOMO !!!

1 comment:

Connect With Us