Tuesday, January 12, 2016

Ape Nak Jadi? Isu 'Sailang' Pemain






Kelab bola sepak Frenz United meminta Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) memulangkan dua pemainnya yang masih mempunyai baki kontrak bersama kelab berkenaan sehingga 2019.

Pemilik Frenz United, Rashid Maidin, berkata Kogileswaran Raj, 17, dan R. Dinesh, 17, yang juga bekas pemain Harimau Muda C, masih mempunyai baki kontrak bersama kelab berkenaan sehingga Januari dan Mac 2019, selepas kedua-duanya menandatangani kontrak selama lima tahun pada Januari dan Mac 2014. 

"Kami dapati nama Kogileswaran dan Dinesh berada dalam senarai dikeluarkan PBNP minggu lepas dan sehubungan itu, saya minta kedua-duanya supaya pulang ke Akademi Bola Sepak Frenz United di Janda Baik, Pahang, sehingga tengah malam ini atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini. 

Rashid berkata Kogileswaran dan Dinesh sepatutnya pulang ke akademi itu setelah skuad Harimau Muda C dibubarkan, dan bukannya bebas menyertai mana-mana pasukan kerana kedua-duanya masih mempunyai baki kontrak. 

Beliau berkata pihaknya sudah mengemukakan surat kepada PBNP pada 5 Jan lepas, memaklumkan situasi berkenaan, namun belum menerima maklum balas mengenai perkara itu. 

Menyifatkan perkara itu sebagai tidak beretika, beliau berkata salinan surat berkenaan turut dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai makluman yang sama. "Frenz United sudah membelanjakan lebih RM100,000 untuk kedua-dua pemain itu dengan membayar gaji dan bonus dalam tempoh dua tahun. "Saya sudah berjumpa dengan penjaga kedua-dua pemain, namun mereka memberi gambaran seolah-olah kontrak ditandatangani kedua-dua pemain itu hanya untuk tempoh dua tahun dan bukannya lima tahun," katanya dengan nada kecewa. 

Kogileswaran mula bersinar apabila penyerang utama skuad Harimau Muda C (Bawah 19) itu, terpilih antara 23 pemain bagi mewakili Malaysia pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19 di Vientiane, Laos tahun lepas

_________________________________________________________________________________


saya-telah-bincang-dengan-kafa-syahrul-azwari

Syahrul Azwari menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan KAFA sebelum menandatangani kontrak bersama dengan Sarawak ekoran tindakan beliau menandatangani kontrak bersama Sarawak telah menjadi isu.

Itu penjelasan bekas penyerang Harimau Muda A, Syahrul Azwari Ibrahim berhubung tindakannya untuk tidak menyertai negeri asal, Kelantan dan ke Sarawak untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Bagi Syahrul, situasi perpindahannya ke Sarawak berbeza dengan isu penghijrahan dua bekas rakan sepasukannya di Harimau Muda A tahun lalu, Garry Steven Robbat dan Ferris Danial.

Ia kerana penyerang berusia 22 tahun itu sudah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum memutuskan untuk menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Image result for anuar musa

“Saya dah ikut prosedur dan undang-undang saya sudah berbincang dengan KAFA dan laporkan kepada mereka bahawa saya sedang menunggu keputusan dari Sarawak.

Apa pun saya memang tiada sebarang persetujuan dengan Kelantan,” jelasnya.

Sarawak menjadi pilihan Syahrul kerana dia melihat pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal itu mampu membantu peningkatannya, sebagai seorang pemain profesional.

“Saya nak cari pengalaman dulu kerana saya mahu bermain, saya ke Sarawak kerana mahu menimba ilmu disamping mahu bermain,” katany

a.Image result for sarawak fa

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) Reezal Zambry Yahya berasa pemain kelahiran Kelantan itu wajar diberi peluang menentukan hala tuju kerjayanya selepas menamatkan tugasan bersama Harimau Muda A.

“Bagi Syahrul buat pilihan sendiri, berikan dia peluang.

Saya menyokong dia mahu ke Sarawak, kerana dia tahu apa yang dia buat,” ujarnya.

P/S : Bila dah masuk penswastaan liga, sepatutnya tiada lagi isu macam ni. Sebenarnya ini semua salah FAM yang melepaskan semua Skuad Harimau Muda macam tu je.. Skuad Projek pun tah kemane jalan cerita nye nanti .. hmmm FAM oooh FAM !

No comments:

Post a Comment

Connect With Us