Friday, January 8, 2016

Penyokong TRW mulai faham syarat pelik Qu Puteh Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111841

ANTARA penyokong Kelantan yang hadir menyaksikan final Piala FA 2015, Kelantan menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mei lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri 

KOTA BHARU: Selepas menganggap dua syarat yang dikemukakan Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk menaja pasukan Kelantan pelik, penyokong The Red Warriors (TRW) membuat pusingan U dengan menyifatkan syarat berkenaan berasas.

 Presiden TRW Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi, berkata walaupun dua syarat yang dikemukakan Dr Vida pada awalnya pelik, selepas sekian lama perkara itu diviralkan, grafik yang direka penyokong kelihatan cantik dan mampu memberi tarikan hebat kepada pelancong luar. 


"Pembaharuan yang mahu dibawa jutawan kosmetik itu mampu memberi satu tarikan yang luar biasa untuk pasukan TRW. Kami yakin warna merah jambu pasti dapat menganjakkan Kelantan dalam sukan bola sepak negara nanti. 

"Hasrat penyokong sudah ramai mengalu-alukan Dr Vida bersama Kelantan dan mereka boleh menerima warna merah jambu yang dibawa oleh bakal penaja itu. Malah, penyokong pasukan lain turut memberi komen positif imej yang bakal dibuat pada jersi dan stadium nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

 BH Sukan sebelum ini melaporkan Dr Vida menetapkan dua syarat kepada KAFA sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016. Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

No comments:

Post a Comment

Connect With Us