Friday, January 8, 2016

Sesi 1 - Taklimat LSLP 2016 di Shah Alam (7 January 2016)


7 Jan 2016
SHAH ALAM - Forum dan Taklimat Liga Super dan Liga Premier 2016 untuk semua 24 pasukan yang bertanding telah bermula. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, Dato' Sri Afandi Haji Hamzah. Berikut adalah beberapa perkara penting di bentangkan kepada 24 pasukan yang terbabit.

1. Kesemua pertandingan termasuklah Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia adalah dibawah pengurusan dan kendalian Football Malaysia LLP.



2. Lembaga Pengarah Football Malaysia LLP telah memutuskan tarikh Tempoh Pendaftaran Pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2016 selaras dengan ketetapan FIFA Regulations on the Status and Transfers of Players.

Tempoh Jendela Perpindahan Pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2016 adalah seperti berikut:

TEMPOHPEMAIN TEMPATANPEMAIN ASING
Pendaftaran Pertama23 November 2015 –
14 Februari 2016
Jam 12.00 tengahari
23 November 2015 –
14 Februari 2016
Jam 11.59 malam
Pendaftaran Kedua20 Jun – 15 Julai 2016
Jam 12.00 tengahari
20 Jun – 15 Julai 2016
Jam 11.59 malam


Lembaga Pengarah Football Malaysia LLP memutuskan tarikh-tarikh berikut sebagai jendela perpindahan pemain Liga Super dan Liga Premier bagi tahun 2016 selepas Ketua Pengarah Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam bersama ‘research team’ Football Malaysia mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk mengumpul maklumat, mengambil kira nasihat pihak pengurusan liga-liga terkemuka dunia dan meneliti jendela perpindahan pemain mereka.

Tempoh jendela perpindahan yang dibuka pada 23 November hingga 14 Februari dan 20 Jun hingga 15 Julai adalah selaras dengan jendela perpindahan liga-liga di Eropah, liga Jepun, Korea, Australia dan Nigeria. Jendela perpindahan pertama Liga Super dan Liga Premier 2016 pada bulan Januari adalah selaras dengan jendela perpindahan kedua liga-liga Eropah manakala jendela perpindahan kedua pada bulan Jun hingga Julai dibuka ketika jendela perpindahan musim panas di Eropah.

Untuk makluman, jendela perpindahan pertama hanya akan ditutup semasa liga sedang berlangsung pada awal musim berbanding sebelum ini dimana jendela perpindahan ditutup sebelum liga dimulakan. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pasukan untuk melakukan perubahan dalam pasukan (jika perlu) sekiranya berlaku kecederaan terhadap pemain semasa pra-musim. Bagi jendela perpindahan kedua pula, pendaftaran pemain masih boleh berlaku walaupun pada tempoh masa perpindahan itu tiada perlawanan liga yang sedang berlangsung. Ini bermaksud tarikh jendela perpindahan kedua tidak semestinya berlaku sewaktu liga sedang berlangsung, contohnya seperti di Jerman atau negara-negara lain di Eropah yang mengamalkan “mid-season break” – cuti pada pertengahan musim pada bulan Januari tetapi jendela perpindahan kedua liga di negara tersebut tetap berlaku walaupun tiada perlawanan liga berlangsung ketika itu.

Jendela perpindahan pada tarikh-tarikh ini akan membuka lebih banyak pilihan kepada pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier Malaysia untuk mendapatkan pemain-pemain asing bagi memperkuatkan pasukan mereka. Dalam pada itu, tempoh jendela perpindahan ini turut memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan dan asing yang beraksi dalam Liga Malaysia untuk dikenalpasti oleh ejen-ejen atau pasukan-pasukan luar negara untuk ditandatangani.

Keputusan untuk membuka pendaftaran kepada pemain pada tarikh-tarikh ini adalah juga lebih adil kepada pemain-pemain kerana mereka kini mempunyai lebih masa untuk menyesuaikan diri bersama pasukan dan membuktikan kemampuan mereka sebelum pasukan memutuskan nasib mereka pada jendela perpindahan yang akan datang.

3. Liga Malaysia tahun ini akan berlangsung sepanjang musim dari Februari hingga Oktober dan Liga Malaysia tidak akan dimainkan pada bulan Ramadhan pada tahun ini.

4. Kesemua pasukan PERLU menandatangani Partnership Agreement dengan FMLLP dan selepas itu bermakna kesemua pasukan adalah FMLLP. FMLLP berkuasa dan berhak untuk mengubah jadual, peraturan dan lain-lain.

5.Tindakan disiplin tatatertib, kontrak pemain dan status pemain KEKAL dibawah bidang kuasa FAM.

6. Pasukan Liga Super tahun ini akan menerima RM1 Juta & 500k untuk pasukan Liga Premier. Akan ada penambahan selepas ini.

7. FMLLP akan bertanggungjawab menguruskan hak & peraturan komersil,penyiaran liga & operasi liga hari ke hari.

8. Kesalahan yang dibuat oleh penyokong meningkat setiap tahun. 20 kes untuk tahun 2015. Pasukan tuan rumah bertanggungjawab ke atas kesalahan penyokong jika ada berlaku perkara buruk.

9. Jika keputusan pengadil perlu diubah, pasukan harus dipastikan kesalahan itu serius & jelas. Bukti video atau gambar boleh di kemukan.

10. Setiap pasukan wajib memiliki Automated External Defibrillator (AED). Perlawanan tidak akan dimula jika tiada AED. Ini kerana kes kematian di sebabkan Cardiac Arrest selalu terjadi di dalam bola sepak.


11. 'Vanishing Spray' bakal digunakan dan perkara ini masih di dalam perbincangan.

12. 'FAM On The Field' adalah group untuk pengadil & penilai pengadil bertukar pandangan serta menilai kesilapan.

13. Nama-nama pemain yang digantung kerana rasuah akan diedarkan kepada semua pasukan agar pasukan tidak menandatangani pemain-pemain ini.

14. Drone adalah di larang kerana ia di kira sebagai ancaman baru yang perlu diberi perhatian serius jika dilihat semasa perlawanan berlangsung.

Taklimat akan di sambung keesokkan harinya pula dengan beberapa lagi topik bakal di bentangkan.

"Gol dikira offside kerana pemain menghalang pemandangan penjaga gol semasa FK bagi kes ini." Jab. Pengadil FAM




"Dalam kes ini, red card, direct free kick" Jab. Pengadil FAM

No comments:

Post a Comment

Connect With Us