Sri Lanka mengecewakan Felda United untuk memberi kejutan dalam Piala Emas Bangaabandhu 2016 apabila tewas 1 -2. Dua perlawanan sebelumnya Felda United tampak seperti pasukan yang menjadi pilihan untuk melangkah ke final.
Perlawanan pertama menentang Nepal berkesudahan dengan 0 - 0 dengan penguasaan bola 65% milik Nepal. Pintu gawang Felda United beberapa kali di asak namun kecekapan Farizal Harun menafikan percubaan Nepal. Dalam perlawanan ini juga, Farizal Harun dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (Man Of The Match) kerana ketangkasan dan ketenangannya di benteng akhir Felda United.

(Nepal vs Felda United)
Perlawanan kedua merupakan perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Bangladesh yang juga naib juara tahun lepas memberi asakkan bertubi-tubi namun sekali lagi pertahanan Felda United bertahan dengan berdisiplin untuk mengekang serangan Bangladesh. Kelekaan Bangladesh membawa pada apabila Mohammad Azman memanfaatkan kesilapan pemain Bangladesh pada minit ke 55 untuk Felda United dihadapan dengan 1 - 0. Gawang gol yang di jaga Farizal Harun akhirnya bolos juga pada minit ke 76 setelah berlaku kelam kabut di hadapan pintu gol Felda United hasil jaringan Mithun Chowdhury.
Rekod Felda United
Rekod Felda United
Menang - Tiada
Seri - 2 kali
Kalah - 1 kali
Jaringan - 2 gol
Bolos - 3 gol
(Felda United vs Sri Lanka)
No comments:
Post a Comment