Wednesday, January 20, 2016

Khyril Dan Azidan Tak Sangkut - Amirudin Shari (FAS)



Dua nama yang dikaitkan bersama juara Piala Malaysia iaitu Azidan Sarudin dan Khyril Muhymeen gagal menambat hati pengurusan ekoran tahap kecergasan mereka.

“Seperti yang sedia maklum, kita berjaya membawa masuk 4 pemain dari Pahang serta beberapa pemain muda seperti Adam Nor Azlin dan Zarif Irfan” kata pengurus pasukan, Amiruddin Saari.

“Kemasukan penyerang import, Mauro Olivi dari Argentina yang pernah bermain dengan pasukan ternama Chile iaitu Colo-Colo dan Patrick Ronaldinho dari PKNS akan menambah sengat dibahagian serangan.

“Walaupun kita cuma daftarkan 23 pemain sahaja, kita juga akan pertimbangkan untuk membawa naik beberapa pemain muda dalam Piala Presiden jika ada daripada mereka yang berpotensi.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us