Showing posts with label PERPINDAHAN PEMAIN. Show all posts
Showing posts with label PERPINDAHAN PEMAIN. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Khyril Dan Azidan Tak Sangkut - Amirudin Shari (FAS)



Dua nama yang dikaitkan bersama juara Piala Malaysia iaitu Azidan Sarudin dan Khyril Muhymeen gagal menambat hati pengurusan ekoran tahap kecergasan mereka.

“Seperti yang sedia maklum, kita berjaya membawa masuk 4 pemain dari Pahang serta beberapa pemain muda seperti Adam Nor Azlin dan Zarif Irfan” kata pengurus pasukan, Amiruddin Saari.

“Kemasukan penyerang import, Mauro Olivi dari Argentina yang pernah bermain dengan pasukan ternama Chile iaitu Colo-Colo dan Patrick Ronaldinho dari PKNS akan menambah sengat dibahagian serangan.

“Walaupun kita cuma daftarkan 23 pemain sahaja, kita juga akan pertimbangkan untuk membawa naik beberapa pemain muda dalam Piala Presiden jika ada daripada mereka yang berpotensi.

Tuesday, January 19, 2016

Azrif Nasrulhaq Ke JDT?



Pertahanan Selangor, Muhd Azrif Nasrulhaq dilaporkan telah menerima tawaran kontrak daripada pasukan JDT. Kenyataan 'Maaf' dari beliau seolah-olah beliau hampir pasti ke JDT untuk musim ini.

Rata-rata penyokong Selangor tidak bersetuju dan mereka mahu pengurusan Selangor mengekalkan beliau untuk musim ini.

Di khabarkan juga, rakan karib beliau bakal mengikuti jejak langkah Azrif ke pasukan yang sama.

@Azrifnasrulhaq 

Antara komen-komen daripada peminat :-



Tuesday, January 5, 2016

FELDA United ikat Turaev setahun

TONGGAK tengah Uzbekistan, Lutfulla Turaev. 

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai tenaga import FELDA United akhirnya terjawab sebentar tadi, apabila pasukan kelab penuh potensi tanah air itu mengikat tonggak tengah dari Uzbekistan Lutfulla Turaev dengan kontrak selama setahun hari ini. Timbalan Presiden FELDA United, Datuk Mohd Isa Abu Kasim, berkata pemain berusia 27 tahun itu yang sebelum ini mewakili kelab Lokomotiv Tashkent akan beraksi di bahagian tengah. Katanya, satu lagi slot akan menjadi milik pertahanan dari Brazil tetapi beliau belum sedia mendedahkan nama pemain terbabit.

 "Kami sudah mengenal pasti dua pemain import ini sejak musim lalu lagi, namun setakat ini hanya Turaev yang sudah tiba. "Seorang lagi pertahanan import dari Brazil akan tiba sebelum 21 Januari dan saya yakin dengan kehadiran mereka mampu membantu pasukan mencapai KPI (Indeks Petunjuk Prestasi)," katanya pada majlis sidang media di Dewan Perdana FELDA, di sini, sebentar tadi. 

Kehadiran mereka melengkapkan kuota import pasukan berpangkalan di Jengka, Pahang itu yang menggugurkan Makeche Ndumba dan Bojan Milandinovic selepas tamat saingan Liga-M musim lalu. Sebelum ini, Setiausaha Agungnya, Zulkarnain Muhammad mengesahkan dua pemain import FELDA United Augusto Fernandes dan Zah Rahan Krangar sah akan kekal untuk musim ini.

Connect With Us