Showing posts with label SELANGOR. Show all posts
Showing posts with label SELANGOR. Show all posts

Saturday, February 13, 2016

Live Streaming / Siaran Langsung - Piala Sumbangsih 2016 (Johor Darul Ta'zim vs Selangor) 13 Februari 2016

Malam ini, 13 Februari akan berlangsungnya pertemuan JDT vs Selangor untuk aksi Liga Super dan Piala Sumbangsih 2016.
Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku tuan rumah akan menerima kunjungan pasukan Selangor di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos Larkin. Sepak mula dijadualkan pada pukul 9:00 malam nanti.

Siaran Langsung JDT vs Selangor Piala Sumbangsih 2016
Perlawanan antara JDT vs Selangor dijangkakan sengit kerana kedua-dua pasukan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk meraih piala pertama musim 2016 iaitu Piala Sumbangsih.
Untuk anda yang tidak dapat ke stadium, anda boleh menonton perlawanan JDT vs Selangor 13 Februari menerusi link live streaming atau di tonton.com.my
LIVE STREAMING JDT vs SELANGOR PIALA SUMBANGSIH 2016
Stesen Media Prima menerusi saluran TV3 juga akan menyiarkan perlawanan JDT vs Selangor 13 Februari secara live bermula dengan aksi pra perlawanan seawal jam 8:30 malam.
Di atas kertas, pasukan JDT mempunyai kelebihan bermain di hadapan penyokong sendiri dan juga mengikut perkiraan kali terakhir JDT tewas pada Selangor adalah pada tahun 2013 yang lalu. Namun di atas padang, apa sahaja boleh berlaku.
Penyokong kedua-dua pasukan, pasti sudah tidak sabar untuk menyaksikan aksi perlawanan ini malam nanti.
KEPUTUSAN TERKINI JDT vs SELANGOR PIALA SUMBANGSIH 13 FEBRUARI 2016
Anda juga boleh mengikuti keputusan perlawanan JDT vs Selangor yang akan kami kemaskini secara live score di bawah ini sehingga ke wisel penamat.
JDT   vs   Selangor
0                       0      
(9:00 malam)

Monday, January 25, 2016

" Apa Nasib Saya? " - Azidan

apa-nasib-saya---azidan
"Apa nasib saya". Itu keluhan bekas pemain tengah Pahang, Azidan Sarudin, yang masih tiada pasukan selepas Selangor tidak berminat untuk mendapatkan khidmatnya.




Hampir sertai Selangor satu ketika namun hajat Azidan terbantut bila pihak pengurusan melihat dia masih belum pulih daripada kecederaan.

Situasi itu letakkan Azidan benar-benar tersepit kerana dia sanggup tolak tawaran beberapa pasukan lain sepanjang adakan latihan di Selangor.

Semuanya disebabkan dia yakin The Red Giants dikendali bekas jurulatih pahang, Zainal Abidin Hassan akan gunakan khidmatnya.

“Setakat ini masih tiada sebarang surat hitam putih yang mengatakan Selangor mahu atau tidak mahukan saya jadi saya terpaksa tunggu sedikit untuk jawapan itu. Tetapi sekiranya hasrat saya tidak kesampaian, saya terpaksa lupakan Selangor.

“Susah untuk saya cakap kerana pelbagai masalah boleh timbul di saat-saat akhir. Kadang-kadang ada pasukan, kadang-kadang tidak,” kata Azidan.

Mahu lupakan terus Selangor, Azidan akui dia sanggup terima mana-mana pasukan yang serius mahu dapatkan khidmatnya.

Di kala usia 29 tahun, Azidan sedia bertindak sebagai pembimbing pemain-pemain muda dalam mana-mana pasukan.

“Sekiranya ada pasukan Liga Super mahupun Liga Perdana yang serius mahukan khidmat saya, saya tidak kisah kerana saya sedia berkhidmat untuk mana-mana pasukan,” tambahnya.

Alami kecederaan kecederaan ligamen lutut pada penghujung Julai tahun lalu, Azidan dijangka pulih sepenuhnya pada bulan Mac ini.

Pemain berusia 30 tahun ini mencetak kenangan manis bersama Pahang pada tahun 2014 apabila membantu pasukan menjuarai 3 piala iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.

Tuesday, January 19, 2016

Pnas ! Isu Azrif Nasrulhaq - Jawapan Dari Pihak JDT

PETEH Sejutu D'Herbs Taja Terengganu



KUALA TERENGGANU: Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (PETEH) menyambut baik jika syarikat kosmetik D'Herb Holding (M) Sdn Bhd menjadi penaja Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata selama ini kantung PBSNT hanya bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan Terengganu.

Katanya, pihaknya melihat perkara itu sekurang-kurangnya dapat membantu pihak pengurusan menguruskan skuad Penyu yang memerlukan kos besar.

"Kami sebagai penyokong menyambut baik jika perkara ini menjadi kenyataan kerana ia sekurang-kurangnya PBSNT tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan negeri.

"Kami tahu, perkara ini baharu di peringkat awal dan kita yakin kehadiran D'Herbs memberi dimensi baharu kepada pasukan Terengganu," katanya.

Semalam, PBSNT mengesahkan rundingan awal diadakan bersama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk mendapatkan penajaan bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Begitupun, PBSNT belum menerima kata putus daripada Aliff Syukri sama ada bersetuju atau tidak menaja Skuad Penyu, musim ini.

Wan Mohd Azmi berkata, pihaknya yakin D'Herbs yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' bakal mengenakan beberapa syarat seperti mana Datuk Seri Vida menaja pasukan Kelantan.

Katanya, jika perkara itu bakal menjadi kenyataan, hanya satu permintaan PETEH iaitu kekalkan warna tradisi pasukan Terengganu dengan warna hitam putih.

"Kita difahamkan, D'Herbs mahu menaja Selangor dan antara syarat yang diberikan adalah jersi pasukan gergasi ditukar kepada hijau mengikut warna syarikat," katanya.

Azrif Nasrulhaq Ke JDT?



Pertahanan Selangor, Muhd Azrif Nasrulhaq dilaporkan telah menerima tawaran kontrak daripada pasukan JDT. Kenyataan 'Maaf' dari beliau seolah-olah beliau hampir pasti ke JDT untuk musim ini.

Rata-rata penyokong Selangor tidak bersetuju dan mereka mahu pengurusan Selangor mengekalkan beliau untuk musim ini.

Di khabarkan juga, rakan karib beliau bakal mengikuti jejak langkah Azrif ke pasukan yang sama.

@Azrifnasrulhaq 

Antara komen-komen daripada peminat :-



Monday, January 11, 2016

Mampukah Pasukan "Favourite' Menyinar?

LIGA SUPER 2016



Johor Darul Takzim bakal menjadi pasukan "Favaourite' untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super pada musim ini. Antara pasukan lain yang menjadi tumpuan sudah tentu Selangor dan Pahang. Selangor yang masih segar dengan menjulang Piala Malaysia musim lalu pastinya ingin mengucup piala Liga Super dengan penghijrahan masuk ramai pemain Tok Gajah ke dalam skuad Gergasi Merah. Pahang pula bakal memulakan saingan Liga Super dengan kebanyakkannya muka baru dan muda. Namun jurulatih Pahang yakin anak buahnya bakal membuat kejutan dengan mereka memasukkan beberapa pemain import muda yang sedang cemerlang seperti German Pachecho (Argentina) yang mengantikan Dickson Nwakame dan beberapa lagi import yang bakal diumumkan tak lama lagi.

German Pacheco

Cabaran Kedah dan Pulau Pinang tidak boleh di pandang mudah oleh pasukan lain. Kedah Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, mengejutkan beberapa pasukan Liga Super terlebih dahulu untuk mereka melangkah ke pentas Final. Pulau Pinang pasukan yang boleh membuat 
kejutan sama seperti mereka membelasah Pahang di Piala Malaysia.


Hilton Moreira won the ISL with Sriwijaya FC in 2012.
Import Baru Pulau Pinang


LIGA PREMIER 2016



Dengan penswastaan liga serta beberapa pasukan yang mendapat penajaan yang 'terlebih cukup', Melaka United bakal menjadi pasukan yang digeruni. T-Team dan JDT II juga pasti tidak mahu mereka dipandang enteng, T-Team diperkuat dengan beberapa tonggak import baru termasuklah pemain termahal dari Nepal. JDT II pula membariskan pemain yang beraksi untuk Harimau Muda dengan beberapa pemain naturalisasi menjadi aset penting buat JDT II musim ini.


Dollah Salleh


Perlis dan PKNS bakal menjadi 'pengacau' untuk liga musim ini. Kehadiran mereka dianggap 'cabaran sukar' buat sesetengah pasukan lain. Perlis kali ini di bimbing oleh bekas jurlatih kebangsaan, Pablo Dollah Salleh dan PKNS berjaya mengikat bekas penyerang Selangor , Afiq Azmi untuk mereka bersaing pada musim ini.


Import Nepal - T-Team
#LigaSuper2016
#LigaPremier2016
#LigaMalaysia2016
#FMLLP
#TransformasiBolaSepakMalaysia

-IoI-

Friday, January 8, 2016

"RAZMAN UMPAMA PEMAIN BAHARU SELANGOR"

Itu kenyataan dibuat wakil kelab penyokong 'Empire of Port Klang' Ahmad Zaini Juri yang mahu Shahrom Kalam dikekalkan sebagai kapten Red Giants.

Zaini melihat Shahrom sebagai pemain senior disamping berjaya memimpin rakan sepasukan merangkul Piala Malaysia.

"Meskipun Razman pernah bermain untuk Selangor sebelum ketibaan Shahrom, namun dia dianggap seperti pemain baharu kerana baru menyertai Selangor musim ini," jelasnya yang dipetik dari BH Online.

Status kapten Shahrom Kalam sebelum ini menjadi persoalan apabila kapten Pahang Razman Roslan kembali menyarung jersi Red Giants.

Walaubagaimanapun, terletak pada pengendali baru Zainal Abidin Hassan untuk menentukan siapakah yang bakal menyarung 'the captain armband' Selangor bagi musim baru Liga Malaysia.

Kredit : BH Online

PAMPASAN RM 1.1J MEHMET DURAKOVIC BELUM SELESAI

Pengurus Selangor, Amirudin Shari mengesahkan Mehmet Durakovic belum menyatakan sebarang persetujuan berhubung jawatan selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Selangor mahupun penyelesaian bagi isu pampasan bekas pengendali The Red Giants itu.

FAS kini memujuk Durakovic menerusi perlantikan Pengarah Teknikal FAS bagi musim 2016 selepas Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai jurulatih baru Selangor.

Namun, difahamkan Durakovic menolak tawaran itu sebaliknya menuntut FAS membayar pampasan baki kontraknya yang berjumlah kira-kira 1.1 juta ringgit termasuk bonus Selangor memenangi Piala Malaysia.

Bekas kapten Selangor itu bagaimanapun belum beri jawapan walaupun kedua-dua pihak sudah membuat perbincangan hujung tahun lalu.

"Dia belum kembali untuk memaklumkan kepada kami,tetapi itu perihal yang lain kerana ia berkenaan dengan pelan pembangunan Selangor termasuk Akademi Merah Kuning kita akan umumkan dalam suku pertama tahun ini," jelasnya.

Durakovic yang dijadual kembali ke Kuala Lumpur pada Khamis akan menjelaskan kepada pihak media mengenai persoalan yang melingkari kariernya Ahad ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Amirudin mengesahkan pasukan Selangor akan mengadakan latihan pra musim di Bangkok, Thailand sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Super 2016.

"Kita sedang mempersiap pasukan kita untuk beraksi di Bangkok, yang pastinya selepas 24 Januari jadi kami akan memberitahu dengan lebih terperinci mengenai masa dan sebagainya," katanya.

Kredit - Astro Arena

Thursday, January 7, 2016

AZIDAN BAKAL SERTAI THE RED GIANTS



Jurulatih Selangor Zainal Abidin Hassan sahkan Azidan Sarudin dan penyerang kelahiran Argentina Mauro Olivi keutamaan Selangor untuk isi 2 kekosongan pemain tempatan dan 2 kekosongan pemain import yang tinggal.

Kedua pemain ini berada dalam fasa terakhir persiapan sebelum di sahkan bersama Selangor bagi menguatkan barisan Red Giants musim 2016.

Olivi calon pemain import ke 4, di jangka tiba untuk bersama dalam latihan Selangor pada Jumaat sebelum pengesahan kesihatan di buat.

"Olivi akan turun latihan dalam dua tiga hari dan kemudian kita akan jalankan ujian kesihatan selepas itu," kata Zainal.

Bekas penyerang PKNS Patrick Ronaldinho juga dalam persediaan fasa akhir sebelum di sahkan sebagai pemain Selangor musim 2016.

Tambah Zainal, Selangor ketika ini sedang memantau tahap kecerdasan bekas pemain tengah pahang Azidan Sarudin yang mengalami kecederaan acl 6 bulan lalu ketika bersama Pahang.

"Jika Azidan kembali pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya, kita akan cuba dapatkannya, jika tidak kita akan cuba dapatkan pemain yang lain.

Wednesday, January 6, 2016

Tiada jaminan buat pemain Selangor





PEMAIN Selangor diingatkan tidak meletakkan diri mereka dalam zon selesa untuk terus membarisi kesebelasan skuad Gergasi Merah bagi menghadapi kancah Liga Malaysia musim ini.

Nada keras itu dilontarkan pengendalinya, Zainal Abidin Hassan selepas memulakan tugasan sulung bersama anak buahnya di Stadium Mini Shah Alam, petang semalam.

Menurut Zainal, setiap pemain harus menunjukkan keyakinan tinggi dan bersaing secara sihat memburu tempat utama The Red Giants.

"Tiada jaminan kepada mereka bagi menyarung jersi utama Selangor sama ada pemain import termasuklah empat pemain Pahang yang sertai kem saya kali ini.

"Saya hanya mahukan mereka yang boleh bagi aksi 100 peratus dan pada tahap terbaik sertai boleh bermain pada bila-bila masa," kata Zainal menjelaskan skuadnya bakal beraksi dalam empat kejohanan besar iaitu Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala AFC.

Pengendali berusia 55 tahun mengakui dirinya agak teruja apabila kembali ke pangkuan pasukan lama dan lebih manis kali ini bergelar jurulatih Selangor.

"Dulu saya sebagai pemain, dan hari ini saya kembali menjejakkan kaki selaku jurulatih," katanya,

Sementara itu, Zainal mengesahkan sedang berkira-kira untuk membawa masuk

Tuesday, January 5, 2016

Selangor anggap tawaran Qu Puteh hanya 'gimik pasaran'

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia, Selangor menyifatkan tindakan pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida, yang mengeluarkan kenyataan mahu menaja pasukan itu sebagai 'gimik pasaran' dan strategi untuk mempromosi produknya. 

Pengurus pasukan, Amirudin Shari, mengesahkan mereka masih belum menerima apa-apa tawaran rasmi daripada pihak Dr Vida berhubung penajaan pasukan itu untuk saingan musim ini yang bakal membuka tirainya, bulan depan. "Saya boleh sahkan tiada perbincangan berhubung isu ini dengan pihak Dr Vida, jadi saya beranggapan kenyataan ini hanyalah sebagai satu bentuk strategi pemasaran Dr Vida yang begitu cekap memanipulasi keadaan semasa. "Memang kita sedang mencari penaja untuk pasukan ini, namun belum ada lagi mana-mana syarikat kecantikan yang datang berjumpa kami secara rasmi untuk menghulurkan penajaan. 

"Jadi, saya berharap penyokong Selangor tidak cepat terpengaruh dan menerima kenyataan terbabit secara bulat-bulat kerana kami sentiasa berpandangan jauh untuk mengambil sebarang tindakan untuk pasukan Selangor," katanya ketika dihubungi BH Sukan, sebentar tadi. Amirudin berkata, meskipun pasukan Merah Kuning itu sedang giat mencari penaja, namun pihaknya akan menyelidik kesesuaian penaja terbabit dengan imej pasukan Selangor terlebih dahulu. "Bila membabitkan isu penajaan, pastinya mereka juga mahukan manfaat daripada wang yang dikeluarkan, namun ini membabitkan soal bola sepak dan kita bercakap mengenai pasukan Selangor yang kaya dengan tradisi bola sepaknya. 

"Jadi, kita akan teliti sebarang syarat penajaan supaya ia tidak membabitkan tradisi dan jati diri pasukan Selangor sehingga menukar imej pasukan ini secara keseluruhan," katanya. Terdahulu, sebuah portal sukan tanah air melaporkan Dr Vida berkemungkinan menukar tajaannya kepada pasukan lain iaitu gergasi Lembah Klang, Selangor, jika dua syarat yang ditetapkan olehnya sebelum ini tidak mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

 Dua syarat terbabit termasuklah mengecat stadium keramat pasukan Kelantan iaitu Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu selain nama skuad Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors. Namun, KAFA dikatakan sudah bersetuju dengan kedua-dua syarat terbabit secara lisan dengan rundingan lebih lanjut sedang dijalankan membabitkan wakil KAFA dan juga bersama wakil syarikat kecantikan itu.

Kredit : BHARIANONLINE

‘TRW Akan Lebih Hebat Dari JDT’

Datuk Seri Hasmiza Othman
Datuk Seri Hasmiza Othman
Datuk Seri Hasmiza Othman
KUALA LUMPUR, 5 Januari 2015:
Yakin bahawa usahanya akan memberi impak yang besar terhadap pasukan bola sepak negeri Kelantan, The Red Warrior (TRW), Datuk Seri Hasmiza Othman melihat pasukan itu akan lebih hebat daripada Johor Darul Takzim (JDT) di bawah kelolaan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
Pengasas produk kecantikan Pamoga dan Qu Puteh yang lebih mesra dikenali sebagai Datuk Vida itu berkata, visinya bersama TRW adalah untuk mengharumkan lagi nama pasukan bola sepak itu dan membawanya ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Asia.
“Saya rasa kita mampu untuk pergi lebih hebat dari itu..saya tidak gentar pada lawan, sebab ada ramai yang menyokong kita. Saya akan membawa kelainan dalam liga bola sepak tahun 2016 ini.
“Saya nak bawa pasukan Kelantan ini ke peringkat Asia,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
JDT pada Oktober 2015 telah mencipta sejarah menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC.
Lain pula dengan kedudukan TRW yang mana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhadapan dengan krisis kewangan.
Namun krisis itu kini dilihat mempunyai sinar baru apabila individu yang terkenal dengan tag line ‘barulah putih’ itu menyatakan kesediaan untuk menaja kumpulan bola sepak berkenaan.
Menurut Datuk Vida, apa yang ditunggu kini ialah pinangan daripada pihak KAFA setelah beberapa syarat dikemukakan kepada mereka sebelum bersetuju untuk ditaja beliau.
“Sekarang ini kita tunggu pinangan KAFA. Saya mahu melihat sukan bola sepak ini lebih meriah, bersemangat dan menjadi sukan keluarga. Saya nak bawa kelainan untuk peminat-peminat bola sepak wanita.
“Syarat lain selain stadium berwarna merah jambu akan kita dedahkan kemudian,” katanya.
Ketika ditanya apakah yang membuatkan beliau berminat untuk menaja kumpulan bola sepak ini, jawabnya “saya sendiri peminat sukan bola sepak.”
Susulan daripada itu, beberapa pembaharuan bakal dijalankan pihak beliau termasuk membekalkan minuman tenaga kepada pemain-pemain TRW yang antara anggotanya ialah penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat ataupun lebih popular dengan gelaran Apek.
“Saya boleh katakan saya akan bekerja untuk akar umbi, saya akan umumkan pembaharuan pada hujung Januari nanti. Saya buat ini untuk menjana ekonomi dan menaikkan ekonomi rakyat.
“Saya nak buat produk yang mendapat pasaran di luar negara, oleh sebab itu, saya nak tarik pelabur untuk melabur di dalam negara kita, dengan jenama saya..saya nak sampai begitu,” ujarnya.
Sebelum ini, arena sukan bola sepak negara gempar dengan kesudian Datuk Vida untuk menaja pasukan TRW, namun bukanlah kesudiannya yang menjadi kekecohan, sebaliknya syarat yang ditetapkan usahawan berjaya itu.
Vida menetapkan dua syarat iaitu; Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu dan pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.
Syarat-syarat berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari rakyat yang rata-ratanya terkejut dengan penetapan demikian.
http://bm.therakyatpost.com

Senarai Penuh Pasukan LIGA SUPER 2015




Musim panjang Liga Super 2015 telahpun melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan manis pasukan Johor Darul Ta’zim FC mengekalkan kejuaraan Liga Super yang mereka miliki musim lalu. Pasukan Harimau Selatan berjaya mengatasi cabaran sengit pasukan Pahang atau Tok Gajah dengan kelebihan 2 mata. Kejayaan ini pastinya menjadi pembakar semangat pasukan JDT FC untuk terus maju jaya dalam saingan bola sepak tempatan mahupun di persada Asia.

Musim baru Liga Super 2016 pastinya akan dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan apatah lagi musim depan bakal menyaksikan penswastaan Liga Malaysia 2016. Liga Super 2016 juga menyaksikan 2 pasukan dari Liga Premier 2015 iaitu Kedah selaku Juara Liga Premier 2015 dan Pulau Pinang selaku naib juara Liga Premier 2015 akan sama-sama bersaing dengan 10 pasukan yang masih kekal dalam Liga Super 2016.

ATM dan T-TEAM akan merebut 1 slot kekosongan yang di tinggalkan LIONS XII pada hujung bulan januari nanti.

FAM tidak menyambung penjanjiannya bersama Persatuan Bola Sepak Singapura serta memanggil balik Skuad Harimau Muda yang berkelana disana. Skuad Hrimau Muda pula di bubarkan kerana sudah tidak relevan lagi.



*Slot LIONS XII bakal di isi antara ATM ataupun T-TEAM

"KALAU KAFA TIDAK MAHU IKUT SYARAT, SAYA TAJA SELANGOR"



Itu kenyataan dibuat pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida berkenaan dengan penajaan keatas The Red Warrior.



Ketika ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedang menunaikan umrah dan dijangka membuat sebarang pengumuman sebaik pulang.

"Secara lisan mereka setuju namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor," katanya dipetik dari laman sesawang Utusan Online.

Difahamkan, Datuk Seri Vida memilih Kelantan kerana berpendapat mereka sebuah pasukan hebat.

Sementara itu, pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akui tidak kisah dengan dua syarat dikenakan pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan pantai timur itu.

Wan Zaharulnizam atau Kecik menjelaskan warna merah jambu atau warna apa sekalipun tidak akan memberi kesan kepada prestasi sesebuah pasukan.

Kecik melihat tajaan Datuk Sri Vida itu mampu mengubah nasib Kelantan yang ketika ini berdepan krisis kewangan.

Pemain berusia 25 tahun itu mahu penyokong melihat perkara ini dari pandangan yang lebih luas dan jangan hanya menjadikan soal nama pasukan dan warna stadium sebagai satu isu sebaliknya memandang perkara ini sebagai salah satu cara meningkatkan mutu permainan bola sepak Kelantan.

"Kita pakai apa saja nama pasukan, jika penyokong dapat memberi sokongan sudah pasti Kelantan akan meraih kemenangan," jelasnya.

Monday, January 4, 2016

Piala Sumbangsih 2016

Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2016 merupakan kejohanan Piala Sumbangsih yang ke-31, sebuah kejohanan perlawanan bola sepak Malaysia antara juara Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia. Perlawanan tersebut antara pasukan Selangor, menentang pasukan Johor Darul Ta'zim FC pada 13 Februari 2016 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.

LIGA MALAYSIA MUSIM 2016

Persatuan Bolasepak Malaysia dan Football Malaysia LLP telah memutuskan bahawa Liga Super 2016 dan Piala Sumbangsih akan bermula pada 13hb Februari 2016 dan berakhir pada 22hb Oktober 2016 manakala Liga Premier 2016 akan bermula pada 12hb Februari 2016 dan akan tamat pada 21hb Oktober 2016.

Connect With Us