Showing posts with label DATO SERI VIDA. Show all posts
Showing posts with label DATO SERI VIDA. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Kualiti Jersi PQP-TRW Bertaraf 8 Bintang ! - DSV



PETALING JAYA: Selepas menolak jersi pink keluaran Nike, The Red Warriors (TRW) bakal menyarung jersi jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang menampilkan rekaan serta kualiti bertaraf lapan bintang bagi menghadapi aksi Liga Malaysia musim ini.

Penaja utama pasukan Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata, syarikat kosmetik


miliknya, Vida Beauty Sdn Bhd sudah menyiapkan empat rekaan jersi yang akan disarung TRW.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, terdapat dua jersi yang akan digunakan bagi perlawanan di laman sendiri, masing-masing berwarna merah jambu dan warna tradisi Kelantan, merah.


Katanya, bagi jersi di gelanggang lawan, dua jersi turut disediakan dengan gabungan warna merah jambu dan hitam serta putih sahaja.

"Pasukan pereka saya sudah menyiapkan rekaan untuk keempat-empat jersi itu, cuma sekarang tengah pening bagaimana nak atur kedudukan setiap logo.

"Keseluruhannya ada 12 logo, nak susun atur logo tu yang susah, mungkin sehari dua lagi akan dihantar untuk dicetak," katanya kepada mStar Online.

Malah beliau memberi jaminan jersi tersebut dihasilkan menggunakan kain berkualiti tinggi.

"Penyokong TRW tak perlu bimbang, kualiti jersi boleh dikatakan bertaraf lapan bintang, menyamai kualiti jenama barangan sukan terkemuka dunia.

"Bagi saya apa yang penting rekaan tersebut perlu nampak cantik dan simple, lebih kurang macam jersi Real Madrid," katanya dalam nada berseloroh.

Usahawan kelahiran Machang itu berkata jersi tersebut akan diperkenalkan kepada umum 10 Februari depan.

"Insya-Allah, jersi tersebut akan menemui peminat TRW pada 10 Februari depan. Kita mahu penyokong memakai jersi ini dengan penuh semangat menjelang perlawanan pembukaan Liga Super 2016 pada 13 Februari depan," katanya.

Untuk menghargai sokongan peminat terhadap TRW, Vida berkata, jersi berwarna merah dengan rekaan eksklusif akan dikeluarkan pada April depan.

"Buat masa ini, empat jersi tersebut akan dikeluarkan terlebih dahulu pada Februari, manakala jersi eksklusif berwarna merah dan barangan rasmi TRW akan dipertontonkan kepada umum dalam majlis pelancaran secara besar-besar pada April depan," katanya.

Mengulas mengenai kontrak TRW yang masih lagi berbaki setahun bersama Nike, Vida berkata, isu tersebut sudah diselesaikan secara baik dengan syarikat pengeluar, pengedar dan pembekal barangan Nike di negara ini, HORC Sports Sdn Bhd.

"Kedua-dua pihak sudah mencapai perjanjian persefahaman penamatan kontrak. Jadi sudah tiada lagi isu mengenai kontrak tersebut," katanya.

Namun, beliau berkata, syarikat tersebut akan bertindak sebagai salah satu pengedar produk jenama DSV.

Syarikat Vida Beauty Sdn Bhd akan bertindak sebagai pengeluar, pengedar dan pembekal rasmi jersi dan barangan TRW di bawah jenama DSV.


Sumber : MStar

"Saya mahu semua jersi Kelantan dikeluarkan oleh syarikat saya sendiri" - Dato Sri Vida


PENAJA Utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman . - Foto Zulfadli Zulkifli 

KOTA BHARU: Penaja Utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tetap dengan pendirian mahu Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) memakai jersi yang dikeluarkan syarikatnya, bukan daripada syarikat barangan sukan, Nike. 

Hasmiza atau lebih dikenali dengan Dr Vida, berkata ini kerana syarikatnya sudah menyediakan tiga jersi baharu untuk disediakan kepada pemain Kelantan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini. "Saya sudah menyediakan tiga jersi dengan kualiti kain tertentu, cuma lakaran dalam proses untuk disiapkan. 

Saya sudah sediakan semua itu, sebaliknya perkara seperti ini pula berlaku. "Saya mahu semua jersi Kelantan dikeluarkan oleh syarikat saya sendiri. Saya sudah sediakan jersi untuk perlawanan di laman sendiri berwarna putih dan merah jambu, tempat lawan (merah jambu dan hitam) dan jersi ketiga (merah dan putih). 

"Apa yang saya lakukan ini, saya sendiri sudah mengeluarkan peruntukan berjumlah RM4 juta kepada Airtime Management Programming (AMP) bagi kempen promosi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) baru-baru ini," katanya.

 Akhbar sebelum ini melaporkan, Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Dr Vida kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mengumumkan jersi rasmi PQPTRW kekal dengan warna tradisi iaitu merah dan putih sepanjang saingan Liga M musim ini. 

Menerusi laman Facebook milik Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, beliau dilaporkan berkata jersi jenama Nike akan dilancarkan pada 10 Februari ini manakala jersi kedua berwarna merah jambu yang akan ditetapkan Dr Vida sendiri. 

Berikutan itu, Dr Vida mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi KAFA bagi membincangkan perkara itu bersama peguamnya pada Ahad lalu. Mengulas lanjut, jutawan kosmetik itu menyifatkan tindakan Annuar tidak adil apabila warna merah jambu sekadar digunakan untuk jersi ketiga sedangkan beliau sudah menghabiskan banyak dana untuk melakukan promosi pasukan PQPTRW. 

Tidak adil bagi saya kerana sudah mengeluarkan banyak dana untuk melakukan promosi, tapi pihak lain pula yang mendapat promosi percuma disebabkan hanya menaja jersi Kelantan. "Saya akan terus berjuang habis-habisan bagi memastikan jersi utama PQPTRW berwarna merah jambu.

 Saya tak peduli, yang penting mereka (KAFA) perlu selesaikan warna jersi ini dan saya kena dapatkan hak sebagai penaja utama," katanya. Difahamkan Kelantan masih mempunyai kontrak selama setahun lagi dengan Nike yang juga penaja peralatan dan jersi rasmi skuad berkenaan sejak 2014. 

Ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan beliau seorang yang 'demanding', Dr Vida berkata beliau mempunyai perancangan jangka panjang untuk melakukan penjenamaan semula kepada PQPTRW, bukan tanpa mempunyai sasaran tertentu. "Saya tidak mahu apa yang dilakukan ini menjadi sia-sia apabila pada awalnya sudah mempunyai masalah.

 Oleh itu, jika saya sudah membuat keputusan untuk menaja Kelantan, saya akan usahakan habis-habisan," katanya.

Sumber : BHarian Online

Monday, January 18, 2016

Panas ! Dato Seri Vida Mengamuk !








PETALING JAYA: Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.




Malah Vida turut tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.




Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.




“Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.







“Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,” katanya kepada mStar Online.




Susulan itu, Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan perkara itu pada petang Ahad.




“Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama,” katanya.




Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida.




Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.




Difahamkan Kafa masih mempunyai kontrak perjanjian dengan Nike bagi jersi dan lain-lain tajaan syarikat gergasi sukan itu selama setahun lagi.




Ketika ditanya mengenai reaksi Kafa, Vida berkata, mereka akan berusaha merealisasikan permintaannya.




“Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pada hari ini,” katanya.




Usahawan wanita itu berharap agar isu warna pada jersi itu akan diselesaikan dengan kadar segera.




“Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini,” katanya.




Vida berkata, jersi berwana merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yang dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.




Pada Sabtu, Annuar mengumumkan Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi saingan musim ini.




Beliau berkata, Kafa akan mendaftar jersi kedua di gelanggang sendiri dengan warna ‘shocking pink’ seperti yang diminta Vida.




“Jersi tersebut akan dilancarkan pada satu tarikh yang ditetapkan penaja utama Datuk Seri Vida,” kata Annuar.




Terdahulu, Annuar berkata, jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pada 10 Februari depan.

Saya Nak Pink ! Itu Hak Saya ! - DS Vida

Penaja utama The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.
.
Malah Vida turut tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.
.
Sebaliknya, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini


Info : mStar

Friday, January 15, 2016

MoU Qu Puteh dengan KAFA, Apa yang menarik?



KUALA LUMPUR: Segala teka-teki mengenai tajaan produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sudah terungkai secara rasminya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa secara rasmi mengesahkan pasukan Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW).

Secara rasminya Vida Beauty Berhad menaja sebanyak RM16 Juta dan Tajaan dari Syarikat kontraktor binaan Chengal Jati Sdn. Bhd. sebanyak RM3 juta. Tidak termasuk dengan tajaan lain-lain syarikat.

Satu jawatankuasa terdiri dari 7 individu dilantik untuk memegang amanah menjaga (Akaun Khas Penajaan termasuk dari Pamoga Qu Puteh) dan menandatangi (dokumen) wang keluar.

Tujuh pihak Tersebut Dato’ Seri Vida sendiri (Vida Beauty), Dato Ir. Shaari (Chengal Jati), Dato’ M.Nasir Hamzah, Datuk Haji Rosmadi, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Presiden Kelab Penyokong Rasmi dan Presiden Kelab Penyokong Siber.

Tan Sri Annuar Musa berharap pemain Kelantan perlu bertanggungjawab dengan menunjukkan tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa cemerlang.

MARA juga akan bekerjasama dengan Datuk Seri Vida untuk membangunkan pasukan bola sepak Kelantan ujarnya.

Beliau juga mahu pemain import yang dipilih perlu berkualiti dan perbelanjaan kira-kira RM1 Juta bagi seorang pemain, setahun.KUALA LUMPUR: Segala teka-teki mengenai tajaan produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sudah terungkai secara rasminya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa secara rasmi mengesahkan pasukan Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW).

Secara rasminya Vida Beauty Berhad menaja sebanyak RM16 Juta dan Tajaan dari Syarikat kontraktor binaan Chengal Jati Sdn. Bhd. sebanyak RM3 juta.

Satu jawatankuasa terdiri dari 7 individu dilantik untuk memegang amanah menjaga (Akaun Khas Penajaan termasuk dari Pamoga Qu Puteh) dan menandatangi (dokumen) wang keluar.

Tujuh pihak Tersebut Dato’ Seri Vida sendiri (Vida Beauty), Dato Ir. Shaari (Chengal Jati), Dato’ M.Nasir Hamzah, Datuk Haji Rosmadi, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Presiden Kelab Penyokong Rasmi dan Presiden Kelab Penyokong Siber.

Tan Sri Annuar Musa berharap pemain Kelantan perlu bertanggungjawab dengan menunjukkan tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa cemerlang.

MARA juga akan bekerjasama dengan Datuk Seri Vida untuk membangunkan pasukan bola sepak Kelantan ujarnya.

Beliau juga mahu pemain import yang dipilih perlu berkualiti dan perbelanjaan kira-kira RM1 Juta bagi seorang pemain, setahun.

Datuk Seri Vida minta KAFA adakan satu perlawanan persahabatan menentang JDT sebelum liga bermula.

“Kalau friendly match PQP-TRW vs JDT menjadi kenyataan, PQP-TRW akan offer kepada TV Station untuk menyiarkannya!” ujar Tan Sri Annuar Musa.

‘Saya sendiri minat bola, sayang Kelantan dan akan fikirkan cara menjana wang untuk pasukan’ ujar beliau.

Datuk Seri Vida juga mengalu-alukan penyertaaan mana-mana industri komestik lain untuk menaja mana- mana pasukan bola sepak.

Datuk Seri Vida minta KAFA adakan satu perlawanan persahabatan menentang JDT sebelum liga bermula.

“Kalau friendly match PQP-TRW vs JDT menjadi kenyataan, PQP-TRW akan offer kepada TV Station untuk menyiarkannya!” ujar Tan Sri Annuar Musa.

‘Saya sendiri minat bola, sayang Kelantan dan akan fikirkan cara menjana wang untuk pasukan’ ujar beliau.

Datuk Seri Vida juga mengalu-alukan penyertaaan mana-mana industri komestik lain untuk menaja mana- mana pasukan bola sepak.

Antara yang menarik (Bergambar)













Sumber : Twitter  @KelateFA

ORANG ASLI MILIKI KETAHANAN FIZIKAL SEPERTI CR7 DAN NEYMAR


Pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman mahu lahirkan produk bola sepak negara dikalangan Orang Asli di Malaysia.

Beberapa pelatih akan dihantar ke setiap pelusuk bagi mencari pemain berusia diantara 15 hingga 18 tahun.

"Mereka ini mempunyai ketahanan fizikal luar biasa dan tangkas yang biasanya ada pada pemain bertaraf profesional seperti Cristiano Ronaldo dan Neymar," jelasnya yang dipetik dari BH Online.

Datuk Seri Vida melihat tidak mustahil Orang Asli mampu dibentuk menjadi pemain bertaraf antarabangsa ekoran mempunyai dua kualiti itu.

Bakat muda Orang Asli ini turut akan ditempatkan diasrama selain ditanggung belajar oleh Datuk Seri Vida sendiri.

Kepada yang berminat boleh hubungi Bahagian Pembangunan Sukan, Puan Fiza ditalian 013-5808850.

Monday, January 11, 2016

( FULL ) KALENDAR LIGA MALAYSIA 2016 - FMLLP



Kalendar Pertandingan SUPERBEST POWER PIALA FA, LIGA SUPER, LIGA PREMIER dan TM PIALA MALAYSIA musim 2016.

Tertakluk kepada perubahan FMLLP. Jadual dikeluarkan setakat pengesahan 23.12.2015.

Tahun ini Liga-Malaysia akan dijalankan serentak dengan kejohanan SUPERBEST POWER PIALA FA dan TM PIALA MALAYSIA. Tiada perlawanan akan diadakan dalam bulan Ramadhan.


Catatkan di diari anda! - Kredit - FB KEDAH FA

Dangda Dalam Radar PQP TRW






KOTA BHARU – Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa masuk penyerang hebat Thailand, Teerasil Dangda bagi memperkuatkan The Red Warriors tahun ini.

Lebih popular dengan panggilan Dr. Vida, katanya, beliau cukup meminati corak permainan yang ditampilkan Dangda terutama setiap kali berada di dalam kawasan penalti.

Menurutnya, kehadiran pemain itu dijangka mampu menambah se­ngat di bahagian serangan pasukan The Red Warriors seterusnya menghadirkan gerun kepada pihak lawan.

“Bagaimanapun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih sebelum membuat keputusan sama ada pemain ini boleh dibawa masuk atau sebaliknya.

“Jika mahu melihat Kelantan meraih kejuaraan, kita perlu mendapatkan pemain import yang berkualiti dan mampu membantu pasukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Dr. Vida menyasarkan Kelantan merangkul tiga kejuaraan pada musim 2016 selepas bersetuju syarikatnya menaja pasukan itu selama dua tahun yang boleh mencapai sehingga lebih RM20 juta.

Tambahnya, beliau mahu pelaburan yang dilakukannya ke atas Kelantan mampu melonjakkan nama pasukan ke peringkat lebih tinggi.

Dangda kini sedang beraksi sebagai pemain pinjaman untuk pasukan Almeria dalam Liga Sepanyol dan dijangka kembali ke kelab Muangthong United pada 20 Januari ini.

Sepanjang beraksi dengan Muangthong United bermula 2009 hingga 2014 Dangda meledakkan 86 gol daripada 186 penampilan bersama pasukan itu.

Dr. Vida memberitahu, beliau turut meneliti beberapa pemain untuk dicadangkan kepada Kafa dalam usaha memperkuatkan lagi pasukan, termasuk dari negara Timur Tengah.

- See more at: http://m.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dr-vida-nak-pikat-8232-teerasil-dangda-1.178203#sthash.VegLPxtJ.dpuf

Saturday, January 9, 2016

FAM Teliti Permohonan KAFA - Datuk Afandi Hamzah







PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia mengkaji permohonan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk menukar nama pasukan namun buat masa ini badan induk bola sepak negara itu masih belum menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut.

Timbalan Presidennya, Datuk Afandi Hamzah berkata, sebenarnya setiap pasukan telah mendaftar nama mengikut pendaftaran pasukan masing-masing sebelum ini.

“Namun dalam kes ini, seandainya sesebuah pasukan ini mengubah nama pasukan mahupun gelaran terutamanya selepas penjenamaan semula, kita sedia meneliti permohonan tersebut.

“Dalam situasi Kelantan yang dikatakan akan menukar nama pasukan buat masa ini saya belum mendapat surat rasmi dan jika ada kita akan menghantar permohonan tersebut kepada Urusetia Pertandingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan Kelantan bakal menukar nama kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) selepas Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Dr Vida sebagai syarat yang perlu diterima Kafa.

Semalam kata putus perjanjian penajaan yang bernilai kira-kira RM16 juta membabitkan tempoh dua musim diantara Kafa dengan Vida Beauty semakin hampir terlaksana apabila satau perbincangan fasa terakhir diantara Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dengan Dr Vida telah diadakan yang membawa kepada majlis menandatangi perjanjian pada 15 Januari nanti.

Friday, January 8, 2016

KAFA BERSETUJU MENAWARKAN DSV MENJADI 'PENASIHAT KEHORMAT' KAFA 2016/2017 - TS Anuar Musa


KAFA dan Tan Sri Anuar Musa telah sepakat bersetuju untuk melantik Pengasas Produk Kesihatan terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih di kenali Dato Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017.

Kenyataan itu dikeluarkan di dalam facebook rasmi milik TSAM selepas perbincangan mengenai isu tajaan kee atas pasukan Kelantan musim 2016 selesai.

Sebanyak 33 syarat dan terma yang di kemukakan Dato Seri Vida akan di bincangan oleh kabinet KAFA dan segala keputusan akan di beritahu pada 15 Januari nanti.

TSAM memandang serius tentang komitmen DSV terhadap menaikkan semua maruah bola sepak di Kelantan. Semoga kata sepakat ini membolehkan kemajuan bola sepak Kelantan di tingkatkan.

Tahniah KAFA. Tahniah DSV.

Pamoga Qu Puteh The Red Warrior FC.

Penyokong TRW mulai faham syarat pelik Qu Puteh Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111841

ANTARA penyokong Kelantan yang hadir menyaksikan final Piala FA 2015, Kelantan menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mei lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri 

KOTA BHARU: Selepas menganggap dua syarat yang dikemukakan Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk menaja pasukan Kelantan pelik, penyokong The Red Warriors (TRW) membuat pusingan U dengan menyifatkan syarat berkenaan berasas.

 Presiden TRW Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi, berkata walaupun dua syarat yang dikemukakan Dr Vida pada awalnya pelik, selepas sekian lama perkara itu diviralkan, grafik yang direka penyokong kelihatan cantik dan mampu memberi tarikan hebat kepada pelancong luar. 


"Pembaharuan yang mahu dibawa jutawan kosmetik itu mampu memberi satu tarikan yang luar biasa untuk pasukan TRW. Kami yakin warna merah jambu pasti dapat menganjakkan Kelantan dalam sukan bola sepak negara nanti. 

"Hasrat penyokong sudah ramai mengalu-alukan Dr Vida bersama Kelantan dan mereka boleh menerima warna merah jambu yang dibawa oleh bakal penaja itu. Malah, penyokong pasukan lain turut memberi komen positif imej yang bakal dibuat pada jersi dan stadium nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

 BH Sukan sebelum ini melaporkan Dr Vida menetapkan dua syarat kepada KAFA sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016. Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Tuesday, January 5, 2016

‘TRW Akan Lebih Hebat Dari JDT’

Datuk Seri Hasmiza Othman
Datuk Seri Hasmiza Othman
Datuk Seri Hasmiza Othman
KUALA LUMPUR, 5 Januari 2015:
Yakin bahawa usahanya akan memberi impak yang besar terhadap pasukan bola sepak negeri Kelantan, The Red Warrior (TRW), Datuk Seri Hasmiza Othman melihat pasukan itu akan lebih hebat daripada Johor Darul Takzim (JDT) di bawah kelolaan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
Pengasas produk kecantikan Pamoga dan Qu Puteh yang lebih mesra dikenali sebagai Datuk Vida itu berkata, visinya bersama TRW adalah untuk mengharumkan lagi nama pasukan bola sepak itu dan membawanya ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Asia.
“Saya rasa kita mampu untuk pergi lebih hebat dari itu..saya tidak gentar pada lawan, sebab ada ramai yang menyokong kita. Saya akan membawa kelainan dalam liga bola sepak tahun 2016 ini.
“Saya nak bawa pasukan Kelantan ini ke peringkat Asia,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
JDT pada Oktober 2015 telah mencipta sejarah menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC.
Lain pula dengan kedudukan TRW yang mana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhadapan dengan krisis kewangan.
Namun krisis itu kini dilihat mempunyai sinar baru apabila individu yang terkenal dengan tag line ‘barulah putih’ itu menyatakan kesediaan untuk menaja kumpulan bola sepak berkenaan.
Menurut Datuk Vida, apa yang ditunggu kini ialah pinangan daripada pihak KAFA setelah beberapa syarat dikemukakan kepada mereka sebelum bersetuju untuk ditaja beliau.
“Sekarang ini kita tunggu pinangan KAFA. Saya mahu melihat sukan bola sepak ini lebih meriah, bersemangat dan menjadi sukan keluarga. Saya nak bawa kelainan untuk peminat-peminat bola sepak wanita.
“Syarat lain selain stadium berwarna merah jambu akan kita dedahkan kemudian,” katanya.
Ketika ditanya apakah yang membuatkan beliau berminat untuk menaja kumpulan bola sepak ini, jawabnya “saya sendiri peminat sukan bola sepak.”
Susulan daripada itu, beberapa pembaharuan bakal dijalankan pihak beliau termasuk membekalkan minuman tenaga kepada pemain-pemain TRW yang antara anggotanya ialah penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat ataupun lebih popular dengan gelaran Apek.
“Saya boleh katakan saya akan bekerja untuk akar umbi, saya akan umumkan pembaharuan pada hujung Januari nanti. Saya buat ini untuk menjana ekonomi dan menaikkan ekonomi rakyat.
“Saya nak buat produk yang mendapat pasaran di luar negara, oleh sebab itu, saya nak tarik pelabur untuk melabur di dalam negara kita, dengan jenama saya..saya nak sampai begitu,” ujarnya.
Sebelum ini, arena sukan bola sepak negara gempar dengan kesudian Datuk Vida untuk menaja pasukan TRW, namun bukanlah kesudiannya yang menjadi kekecohan, sebaliknya syarat yang ditetapkan usahawan berjaya itu.
Vida menetapkan dua syarat iaitu; Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu dan pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.
Syarat-syarat berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari rakyat yang rata-ratanya terkejut dengan penetapan demikian.
http://bm.therakyatpost.com

Masih awal campur tangan! - FAM


Masih awal campur tangan!

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu terburu-buru membuat sebarang andaian berhubung nama Pamoga Qu Puteh TRW yang menjadi syarat Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum bersedia menaja Kelantan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016.

Menurut sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika dihubungi Sinar Harian, masih terlalu awal untuk pihaknya masuk campur berhubung perkara itu memandangkan perbincangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan Hasmiza belum mencapai kata putus.

"Sekiranya benar nama itu akan digunakan Kelantan musim ini, kita akan semak perkara itu, tapi seperti saya katakan masih awal untuk kita ulas sebab risau maklumat itu tak tepat.

"Saya kalau boleh tak mahu mengelirukan berita ini, jadi saya rasa lebih baik dapatkan pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pasal status terkini antara perbincangan mereka dengan Qu Puteh," katanya.

Dalam laporan akhbar tempatan sebelum ini, Hasmiza memberitahu pihaknya hanya menunggu surat persetujuan rasmi mengenai penerimaan tajaan itu daripada Kafa.

Katanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan reaksi positif terhadap syarat berkenaan.

Baru-baru ini, Hasmiza menetapkan dua syarat terhadap Kafa sebelum bersedia menaja pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warriors ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Sementara itu, sumber terdekat Kafa memberitahu, nama Kelantan FA sepatutnya perlu dikekalkan berdasarkan klausa yang terkandung perlembagaan persatuan itu.
Cat stadium merah jambu antara syarat taja TRW
“Setakat ini tidak ada apa-apa perkembangan berkaitan pertukaran nama baharu pasukan itu. Saya pun tidak boleh beri komen lebih lanjut perkara ini.

“Cuma orang ramai perlu tahu, nama The Red Warriors adalah gelaran bagi pasukan Kelantan seperti juga Red Giants (Selangor) dan Southern Tigers (Johor Darul Ta’zim). Jadi, kalau nak tukar ke gelaran lain mungkin tidak ada masalah asalkan tidak menjejaskan nama Kelantan FA,” katanya

"KALAU KAFA TIDAK MAHU IKUT SYARAT, SAYA TAJA SELANGOR"



Itu kenyataan dibuat pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida berkenaan dengan penajaan keatas The Red Warrior.



Ketika ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedang menunaikan umrah dan dijangka membuat sebarang pengumuman sebaik pulang.

"Secara lisan mereka setuju namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor," katanya dipetik dari laman sesawang Utusan Online.

Difahamkan, Datuk Seri Vida memilih Kelantan kerana berpendapat mereka sebuah pasukan hebat.

Sementara itu, pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akui tidak kisah dengan dua syarat dikenakan pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan pantai timur itu.

Wan Zaharulnizam atau Kecik menjelaskan warna merah jambu atau warna apa sekalipun tidak akan memberi kesan kepada prestasi sesebuah pasukan.

Kecik melihat tajaan Datuk Sri Vida itu mampu mengubah nasib Kelantan yang ketika ini berdepan krisis kewangan.

Pemain berusia 25 tahun itu mahu penyokong melihat perkara ini dari pandangan yang lebih luas dan jangan hanya menjadikan soal nama pasukan dan warna stadium sebagai satu isu sebaliknya memandang perkara ini sebagai salah satu cara meningkatkan mutu permainan bola sepak Kelantan.

"Kita pakai apa saja nama pasukan, jika penyokong dapat memberi sokongan sudah pasti Kelantan akan meraih kemenangan," jelasnya.

Piya dakwa 'diserang' 7 lelaki sebelum viral kematiannya

KAPTEN The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi menunjukkan laporan polis mengenai penyebaran berita kematiannya di Balai Polis Kota Bharu, kelmarin. - Foto Nik Abdullah Nik Omar


            KAPTEN The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi menunjukkan laporan polis mengenai penyebaran berita kematiannya di Balai Polis Kota Bharu, kelmarin. - Foto Nik Abdullah Nik Omar KOTA BHARU: Sebelum kes viral yang mendakwa kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan, Sabtu lalu, pemain itu 'diserang' sekumpulan tujuh lelaki bermotosikal di lampu isyarat Jalan Hospital Beret 12 di sini. 

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya, 34, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika dia memandu kereta PERODUA Kelisa dan berhenti di lampu isyarat terbabit. "Saya melihat tujuh lelaki yang menunggang enam motosikal menghampiri kereta saya, kemudian seorang daripada mereka turun dan menyembur gas pemadam api ke arah kereta saya. 

Saya panik dan terus memecut laju untuk menyelamatkan diri. "Alhamdulillah, saya tidak sempat diapa-apakan kumpulan lelaki terbabit, namun selepas berita palsu kematian saya tersebar pada hari yang sama, saya terfikir adakah kejadian itu mempunyai kaitan dengan individu yang membuat fitnah berkenaan," katanya. 

Kelmarin, Piya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini, pada jam 12.36 tengah hari supaya siasatan dijalankan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita kematiannya selepas terbabit dalam kemalangan di sini, Sabtu lalu. 

Kapten TRW itu turut meminta individu yang bertanggungjawab itu tampil memohon maaf dan sekiranya enggan, Piya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Viral mengenai kematian Piya mula tersebar di laman sosial Facebook pada Sabtu lalu, selepas seorang individu memuat naik status 'Allahuakbar! Innalilah. Kapten kito x dok doh baru sakni excident di KB (Kapten kita sudah tiada, baharu saja tadi, kemalangan di Kota Bharu). Turut disertakan gambar Piya dan kereta berwarna merah yang dikatakan milik pemain itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kes itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). "Jangan ambil kesempatan dengan viral perkara yang tidak benar sama ada di laman sosial seperti Twitter, Facebook atau apa sahaja. "Dalam Islam, berdosa sebar benda yang tak betul, apatah lagi berkaitan kematian, bimbang masyarakat mudah percaya," katanya ketika ditemui dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Bharu dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di sini, semalam.

Kredit : Berita Harian

Connect With Us