Showing posts with label TAN SRI ANNUAR MUSA. Show all posts
Showing posts with label TAN SRI ANNUAR MUSA. Show all posts

Friday, February 12, 2016

Cubalah Singkir Kelantan ! - Tan Sri Annuar Musa (Presiden KAFA)

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencabar Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) supaya singkirkan skuad Kelantan daripada pentas Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Cabaran itu dibuat Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa susulan tindakan FMLLP yang membuat keputusan akan menyingkirkan tiga pasukan, termasuk Kelantan sekiranya masih gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain bernilai RM4.47 juta pada musim lalu.

Annuar berkata, jika mahu industri sukan bola sepak maju, FMLLP perlu melihat sesuatu perkara lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan kerana ia pasti merugikan semua pihak.
Katanya, bukan soal tidak mahu bayar tunggakan gaji pemain, tapi sebaliknya KAFA masih tidak mempunyai dana untuk menyelesaikan masalah itu lagi.

"Isunya bukan singkir...kita separuh gila berhempas pulas mahu bermain bola tapi arahan itu pula ingin dibuat. Kalau sudah tiada duit, meskipun 'dipukul mati', pasti tidak boleh bayar lagi.

"Saya juga mahu betulkan kenyataan bahawa hutang KAFA bukannya sebanyak RM477,000 yang hanya membabitkan lima pemain, tapi lebih RM2 juta untuk 30 pemain masih belum diselesaikan. Bukan saja dengan pemain, tapi dengan kerajaan negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga masih berhutang. "Mereka kena faham, bila kita dapat tajaan, bukannya boleh terus selesaikan hutang berkenaan sebaliknya KAFA perlu memberi keutamaan kepada pemain yang sedang berkhidmat terlebih dahulu. Kita perlu kuatkan pemain supaya mampu memberi kejayaan besar untuk Kelantan musim ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sebelum majlis Perlancaran Jersi keluaran DSV (Datuk Seri Vida) yang bakal disarungkan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) di Pusat Dagangan Kelantan (KTC), di sini, semalam. Kelmarin ada pihak akhbar tempatan melaporkan Kelantan, Felda United dan ATM boleh disingkirkan daripada Liga Malaysia (Liga M) jika masih gagal melunaskan gaji 21 pemain yang tertunggak antara satu hingga enam bulan bernilai RM4.47 juta pada musim lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam, berkata pihaknya akan mengadakan sesi dialog khas bersama pasukan terbabit bagi mendapatkan penjelasan situasi yang dihadapi mereka secara lebih terperinci dalam masa terdekat ini.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, setiap pemain PQPTRW mempunyai kad laporan prestasi semasa supaya pihak pengurusan dapat memantau perkembangan pemain setiap bulan.

Katanya, jika mana-mana pemain tidak mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan, pihak pengurusan akan memberi amaran surat hitam putih kepada mereka sebelum tindakan memotong gaji dilakukan termasuk pemain import dengan memendekkan kontrak mereka.

"Kita meletakkan sasaran sekurang-kurangnya berada di kedudukan keempat dalam liga supaya dapat mencabar kejuaraan untuk merebut piala. Buat masa ini saya sedar kita belum mendapat keserasian sepenuhnya kerana kelambatan kita rekrut pemain import dan tempatan.

"Setiap pemain mempunyai gaya berbeza kerana datang daripada tempat berlainan. Ini yang perlu diusahakan jurulatih untuk menyesuaikan mereka dengan keadaan dan corak permainan Kelantan," katanya.

Tuesday, January 26, 2016

Transfer News : Ini Dia 4 Import PQP-TRW Untuk Musim 2016

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa membuat bayangan 4 import yang bakal menyarung jersi PQP-TRW apabila membuat update di facebooknya dengan beberapa keping gambar pemain import.






Berikut adalah nama-nama pemain import yang bakal menyarung jersi pink PQP-TRW untuk musim 2016.


1) Johnathan McKain (Australia)

➤ Satu-satunya pemain import yang kekal dari musim 2015

Jonathan McKain.jpg
McKain playing for Wellington Phoenix in 2009
Personal information
Full nameJonathan David McKain
Date of birth21 September 1982 (age 33)
Place of birthBrisbane, Australia
Height6 ft 1 in (1.85 m)
Playing positionCentre Back
Defensive Midfielder
Club information
Current team
Kelantan FA
Number4
Youth career
1998QAS
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
1999–2003Brisbane Strikers67(3)
2003–2005Naţional Bucureşti47(0)
2005–2008Politehnica Timișoara65(2)
2008–2010Wellington Phoenix37(2)
2010–2011Al-Nassr21(1)
2011–2014Adelaide United48(0)
2015–Kelantan FA16(2)
National team
2001Australia U-2010(0)
2004Australia U-234(0)
2004–2011Australia16(0)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of December 6, 2015.
† Appearances (goals)
‡ National team caps and goals correct as of December 6, 2015

Video



2) Dramane Traore (Mali)

Bekas pemain import PDRM yang juga penjaring terbanyak Liga Super musim 2015.
➤ Dilaporkan mengalami sedikit kecederaan namun beliau melepasi ujian kecergasan yang ketat dari KAFA.

Dramane Traoré
Драман Траоре.jpg
Personal information
Full nameDramane Traoré
Date of birth17 June 1982 (age 33)
Place of birthBamakoMali
Height1.92 m (6 ft 3 12 in)
Playing positionStriker
Club information
Current team
Kelantan FA
Number20
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
1999–2000Stade Malien12(9)
2001–2002Djoliba AC19(12)
2002–2004Ismaily SC16(12)
2004–2006Club Africain35(19)
2006–2010Lokomotiv Moscow72(12)
2009→ Kuban Krasnodar (loan)27(18)
2011Espérance12(6)
2011–2013Metalurh Donetsk49(14)
2013-14Dubai Club18(8)
2015PDRM FA13(14)
2016-Kelantan FA-(-)
National team
2006–2008Mali30(7)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 7 February 2015.
† Appearances (goals)
‡ National team caps and goals correct as of 1 January 2008

Video



3) Jonatan Lucca (Brazil)

➤ Kini bermain dengan FC GOA di Indian Super League di bawah kendalian lagenda Brazil, Zico.
➤ Bekas pemain U21 AS Roma.

Jonatan LuccaImage result for Jonatan Lucca
Personal information
Date of birth2 June 1994 (age 21)
Place of birthSanta Maria (RS)Brazil
Height1.84 m (6 ft 12 in)
Playing positionDefensive midfielder
Club information
Current team
FC Goa
Number47
Youth career
Santo Ângelo
2012Internacional
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
2012–2015Roma0(0)
2014→ Atlético Paranaense (loan)14(4)
2015–Atlético Paranaense12(6)
2015→ Guaratinguetá (loan)13(7)
2015FC Goa16(3)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 17:38, 27 September 2015 (UTC).
† Appearances (goals)


Video



4) Baže Ilijoski (Macedonia)

➤ Permain bermain di Thailand bersama Bangkok Glass pada tahun 2014
➤ 2015 beliau telah kembali ke kelab asalnya di Rabotnički

Baže Ilijoski
Personal information
Full nameBaže Ilijoski
Date of birth9 July 1984 (age 31)
Place of birthSkopjeSFR Yugoslavia
Height1.84 m (6 ft 0 in)
Playing positionStriker
Club information
Current team
Rabotnički
Number10
Senior career*
YearsTeamApps(Gls)
2002–2006Rabotnički109(47)
2006–2007Incheon United12(3)
2007–2008Rabotnički21(7)
2009–2010Metalurg Skopje35(15)
2010Gangwon7(1)
2011–2012Metalurg Skopje17(11)
2012Braşov12(6)
2012Rapid București11(2)
2013Rabotnički10(8)
2013FC Gifu16(2)
2014Rabotnički10(8)
2014Bangkok Glass14(8)
2015–Rabotnički32(21)
National team
2001–2003Macedonia U-1910(2)
2003–2005Macedonia U-2115(3)
2005–Macedonia14(1)
* Senior club appearances and goals counted for the domestic league only and correct as of 21 July 2015.
† Appearances (goals)
‡ National team caps and goals correct as of 17 November 2015

Video


Semoga pencarian 4 import PQP-TRW selesai dengan jayanya estelah luahan penyokong setia Gomo Kelate Gomo meluahkan rasa tidak puas hati.

Friday, January 15, 2016

MoU Qu Puteh dengan KAFA, Apa yang menarik?



KUALA LUMPUR: Segala teka-teki mengenai tajaan produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sudah terungkai secara rasminya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa secara rasmi mengesahkan pasukan Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW).

Secara rasminya Vida Beauty Berhad menaja sebanyak RM16 Juta dan Tajaan dari Syarikat kontraktor binaan Chengal Jati Sdn. Bhd. sebanyak RM3 juta. Tidak termasuk dengan tajaan lain-lain syarikat.

Satu jawatankuasa terdiri dari 7 individu dilantik untuk memegang amanah menjaga (Akaun Khas Penajaan termasuk dari Pamoga Qu Puteh) dan menandatangi (dokumen) wang keluar.

Tujuh pihak Tersebut Dato’ Seri Vida sendiri (Vida Beauty), Dato Ir. Shaari (Chengal Jati), Dato’ M.Nasir Hamzah, Datuk Haji Rosmadi, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Presiden Kelab Penyokong Rasmi dan Presiden Kelab Penyokong Siber.

Tan Sri Annuar Musa berharap pemain Kelantan perlu bertanggungjawab dengan menunjukkan tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa cemerlang.

MARA juga akan bekerjasama dengan Datuk Seri Vida untuk membangunkan pasukan bola sepak Kelantan ujarnya.

Beliau juga mahu pemain import yang dipilih perlu berkualiti dan perbelanjaan kira-kira RM1 Juta bagi seorang pemain, setahun.KUALA LUMPUR: Segala teka-teki mengenai tajaan produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sudah terungkai secara rasminya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa secara rasmi mengesahkan pasukan Kelantan kini dikenali sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW).

Secara rasminya Vida Beauty Berhad menaja sebanyak RM16 Juta dan Tajaan dari Syarikat kontraktor binaan Chengal Jati Sdn. Bhd. sebanyak RM3 juta.

Satu jawatankuasa terdiri dari 7 individu dilantik untuk memegang amanah menjaga (Akaun Khas Penajaan termasuk dari Pamoga Qu Puteh) dan menandatangi (dokumen) wang keluar.

Tujuh pihak Tersebut Dato’ Seri Vida sendiri (Vida Beauty), Dato Ir. Shaari (Chengal Jati), Dato’ M.Nasir Hamzah, Datuk Haji Rosmadi, YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Presiden Kelab Penyokong Rasmi dan Presiden Kelab Penyokong Siber.

Tan Sri Annuar Musa berharap pemain Kelantan perlu bertanggungjawab dengan menunjukkan tahap komitmen yang tinggi untuk sentiasa cemerlang.

MARA juga akan bekerjasama dengan Datuk Seri Vida untuk membangunkan pasukan bola sepak Kelantan ujarnya.

Beliau juga mahu pemain import yang dipilih perlu berkualiti dan perbelanjaan kira-kira RM1 Juta bagi seorang pemain, setahun.

Datuk Seri Vida minta KAFA adakan satu perlawanan persahabatan menentang JDT sebelum liga bermula.

“Kalau friendly match PQP-TRW vs JDT menjadi kenyataan, PQP-TRW akan offer kepada TV Station untuk menyiarkannya!” ujar Tan Sri Annuar Musa.

‘Saya sendiri minat bola, sayang Kelantan dan akan fikirkan cara menjana wang untuk pasukan’ ujar beliau.

Datuk Seri Vida juga mengalu-alukan penyertaaan mana-mana industri komestik lain untuk menaja mana- mana pasukan bola sepak.

Datuk Seri Vida minta KAFA adakan satu perlawanan persahabatan menentang JDT sebelum liga bermula.

“Kalau friendly match PQP-TRW vs JDT menjadi kenyataan, PQP-TRW akan offer kepada TV Station untuk menyiarkannya!” ujar Tan Sri Annuar Musa.

‘Saya sendiri minat bola, sayang Kelantan dan akan fikirkan cara menjana wang untuk pasukan’ ujar beliau.

Datuk Seri Vida juga mengalu-alukan penyertaaan mana-mana industri komestik lain untuk menaja mana- mana pasukan bola sepak.

Antara yang menarik (Bergambar)













Sumber : Twitter  @KelateFA

Friday, January 8, 2016

KAFA BERSETUJU MENAWARKAN DSV MENJADI 'PENASIHAT KEHORMAT' KAFA 2016/2017 - TS Anuar Musa


KAFA dan Tan Sri Anuar Musa telah sepakat bersetuju untuk melantik Pengasas Produk Kesihatan terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih di kenali Dato Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017.

Kenyataan itu dikeluarkan di dalam facebook rasmi milik TSAM selepas perbincangan mengenai isu tajaan kee atas pasukan Kelantan musim 2016 selesai.

Sebanyak 33 syarat dan terma yang di kemukakan Dato Seri Vida akan di bincangan oleh kabinet KAFA dan segala keputusan akan di beritahu pada 15 Januari nanti.

TSAM memandang serius tentang komitmen DSV terhadap menaikkan semua maruah bola sepak di Kelantan. Semoga kata sepakat ini membolehkan kemajuan bola sepak Kelantan di tingkatkan.

Tahniah KAFA. Tahniah DSV.

Pamoga Qu Puteh The Red Warrior FC.

Tuesday, January 5, 2016

"KALAU KAFA TIDAK MAHU IKUT SYARAT, SAYA TAJA SELANGOR"



Itu kenyataan dibuat pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida berkenaan dengan penajaan keatas The Red Warrior.



Ketika ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedang menunaikan umrah dan dijangka membuat sebarang pengumuman sebaik pulang.

"Secara lisan mereka setuju namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor," katanya dipetik dari laman sesawang Utusan Online.

Difahamkan, Datuk Seri Vida memilih Kelantan kerana berpendapat mereka sebuah pasukan hebat.

Sementara itu, pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akui tidak kisah dengan dua syarat dikenakan pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan pantai timur itu.

Wan Zaharulnizam atau Kecik menjelaskan warna merah jambu atau warna apa sekalipun tidak akan memberi kesan kepada prestasi sesebuah pasukan.

Kecik melihat tajaan Datuk Sri Vida itu mampu mengubah nasib Kelantan yang ketika ini berdepan krisis kewangan.

Pemain berusia 25 tahun itu mahu penyokong melihat perkara ini dari pandangan yang lebih luas dan jangan hanya menjadikan soal nama pasukan dan warna stadium sebagai satu isu sebaliknya memandang perkara ini sebagai salah satu cara meningkatkan mutu permainan bola sepak Kelantan.

"Kita pakai apa saja nama pasukan, jika penyokong dapat memberi sokongan sudah pasti Kelantan akan meraih kemenangan," jelasnya.

Connect With Us