Showing posts with label PENAJAAN. Show all posts
Showing posts with label PENAJAAN. Show all posts
Tuesday, January 19, 2016
Panas ! Isu Hak Penaja
Antara Tajaan, Penaja atau hak untuk memiliki.
Isu viral yang menghiasi ruangan laman sosial peminat bolasepak tempatan boleh dianggap satu isu atau satu identity crisis yang mampu menutup isu bauksit di pahang.
Antara penaja dan presiden, antara warna/identiti pasukan. Antara pemilik dan penaja seakan sesuatu yang begitu banyak percanggahan. Terbaru pengumuman dari tuan presiden tentang status warna untuk home kits sebagai merah boleh dianggap satu yang cukup mengembirakan netizen. Tapi kurang dari 24 jam pengumuman tersebut, media sosial sekali lagi dibanjiri oleh isu bantahan dari " PENAJA UTAMA" untuk meneruskan pilihan warna pink sebagai home kits menggantikan warna tradisi Kelantan FA iaitu merah. Respon dari netizen dilihat menyebelahi bantahan.
Home Kits atau jersi rumah yang akan dipakai ketika di home ground adalah jersi utama sesebuah pasukan. Fungsi jersi utama ini adalah sebagai warna rasmi sesebuah pasukan. Jika dilihat dari liga tempatan, Kelantan FA masih berstatus pasukan dibawah persatuan negeri yang membawa nama KELANTAN, negeri yang berpanjikan warna MERAH dan PUTIH sejajar dengan gelaran Pahlawan Merah.
Kemasukan/persetujuan Pamoga untuk menyuntik dana kepada pasukan dianggap srbagai penyelamat dimana Kelantan FA ketika ini bergelumang dengan funds crisis. Tetapi kemasukan Pamoga untuj menjadi penaja disertai dengan beberapa syarat yang boleh di klasifikasikan sebagai syarat yang tidak masuk akal. Seperti mengubah warna rasmi pasukan dari merah kepada pink.
Cuba kita lihat 5 kelab gergasi dunia berserta penaja yang boleh memberikan satu alasan untuk menolak syarat dari Pamoga keatas Kelantan FA.
Chevrolet telah menandatangani perjanjian sponsorship bersama Manchester United sebanyak 53 million pound/setahun selama 7 tahun. Melalui perjanjian itu juga kita dapat lihat, MU mampu membida pemain hebat walaupun tanpa Champion League. Fly Emirates pula mengikat perjanjian bersama Arsenal untuk 5 tahun sebanyak 150 million pound. Barcelona bersama Qatar Sport Investment Agency sebanyak 25 million pound setahun selama 5 tahun. Bayern Munich bersama Deutsche Telekom dari german sebanyak 100 million pound selama 4 tahun. Dan kelima, Real Madrid telah mengikat Bwin dengan kerjasama Fly Emirates senayak 20million pound setahun selama 4 tahun.
Jika kita lihat dari senarai penaja dan pasukan gergasi diatas, jersi home mereka masih kekal walaupun penaja-penaja yang mengikat usahasama dengan mereka bukanlah suatu syarikat yang kecil anak dan jumlah tajaan juga adalah sangat besar. Tetapi syarat untuk menukar warna rasmi jersi utama pasukan tidak pula disertakan dalam perjanjian. Itu adalah bezanya sesuatu yang datang dengan respect atau hormat terhadap tradisi pasuskan yang ditaja. Jersi utama dianggap sesuatu yang paling tinggi maruahnya dan jersi utama juga akan dikaitkan dengan logo atau lencana yang diperjuangkan. Berbeza dengan kita disini, maruh seakan diletakan pada jumlah tajaan sehinggakan penaja sesuka hati nak mengubah warna rasmi, mungkin suatu ketika nanti penaja seperti ini juga akan mengawal pemilihan untuk field list. Mereka adalah berstatus kelab tetapi Kelantan FA masih berstatus pasukan Negeri. Selepas ini, mungkin penaja lain yang datang akan meletakan syarat seperti Pamoga? Mengubah warna rasmi pasukan sewenangnya kepada warna tema syarikat mereka? Mungkin selepas ini Padlepop yang akan menjadi penaja dan mengubah jersi dan warna rasmi kepad warna pelangi.
Tugas penaja adalah untuk menyuntik dana dan mendapat pulangan pada sesuatu tempoh tertentu, bukanya memberikan lagi kekusutan termasuk ingin mngubah segala benda yang sedia ada.
Saturday, January 9, 2016
( PENUH ) Keputusan Undian Piala FA 2016 #SuperBestPowerPialaFA2016
Piala FA 2016
1. Superbest Power akan menjadi penaja utama Piala FA 2016.
2. Sebanyak 11 pasukan dari Liga FAM 2015 akan bertanding dalam Pusingan Pertama.
3. 8 dari pasukan yang menang di Pusingan Pertama akan bertemu 24 lagi pasukan di pusingan kedua.
3. Tiada kategori khusus dalam undian dan semua pasukan berpeluang bertemu sesama sendiri.
4. Pada pusingan ketiga dan keempat, undian secara terbuka akan dijalankan seperti pusingan pertama dan kedua.
5. Tiada keistimewaan pada finalist Piala FA 2015.
6. Perlawanan pusingan pertama, kedua, ketiga dan keempat akan dijalankan secara kalah mati satu pusingan.
7. Perlawanan suku akhir dan separuh akhir dijalankan secara timbal balik.
Pusingan Pertama
Play-off:
Megah Murni vs MISC-MIIFA - B2
UKM FC vs Hanelang FC - B4
Kelab Sukan FELCRA vs Penjara FC - B6
Pasukan Liga FAM yang terus ke pusingan ke-2 (mendapat bye):
- Shahzan Muda FC
- AirAsia Football Club
- KL MOF
- PS Ipoh
- PP Sg Ara FC
Pusingan pertama #SuperBestPowerPialaFA2016 akan berlangsung pada 30 Januari ini.


1. Superbest Power akan menjadi penaja utama Piala FA 2016.

LOGO RASMI piala fa untuk tahun ini
2. Sebanyak 11 pasukan dari Liga FAM 2015 akan bertanding dalam Pusingan Pertama.
3. 8 dari pasukan yang menang di Pusingan Pertama akan bertemu 24 lagi pasukan di pusingan kedua.
3. Tiada kategori khusus dalam undian dan semua pasukan berpeluang bertemu sesama sendiri.
4. Pada pusingan ketiga dan keempat, undian secara terbuka akan dijalankan seperti pusingan pertama dan kedua.
5. Tiada keistimewaan pada finalist Piala FA 2015.
6. Perlawanan pusingan pertama, kedua, ketiga dan keempat akan dijalankan secara kalah mati satu pusingan.
7. Perlawanan suku akhir dan separuh akhir dijalankan secara timbal balik.
Keputusan Undian #SuperBestPowerPialaFA2016 ( Penuh )
Pusingan Pertama
Play-off:
Megah Murni vs MISC-MIIFA - B2
UKM FC vs Hanelang FC - B4
Kelab Sukan FELCRA vs Penjara FC - B6
Pasukan Liga FAM yang terus ke pusingan ke-2 (mendapat bye):
- Shahzan Muda FC
- AirAsia Football Club
- KL MOF
- PS Ipoh
- PP Sg Ara FC
Pusingan pertama #SuperBestPowerPialaFA2016 akan berlangsung pada 30 Januari ini.
Pusingan Kedua
PKNS FC vs Terengganu
Perak vs Sarawak
Air Asia All Star vs Selangor FA
Kuala Lumpur FA vs Melaka United SA
Sime Darby vs Johor Darul Takzim II
Sungai Ara FC vs Negeri Sembilan Matrix
Persatuan BolaSepak Ipoh vs Felda United
Pahang FC vs T-Team FC
UiTM FC vs Johor Darul Takzim
DRB Hicom vs Polis DiRaja Malaysia
Shahzan Muda FC vs Angkatan Tentera Malaysia
Kuantan FC vs Pulau Pinang
Sabah vs KL MOF FC
Kedah vs Megah Murni/MISC-MIFA (B2)
UKM FC/Hanelang FC (B4) vs Kelantan FA
Perlis vs Kelab Sukan FELCRA/Penjara FC (B6)
Pusingan kedua #SuperBestPowerPialaFA2016 akan berlangsung pada 19, 20 Februari 2016
Pusingan kedua #SuperBestPowerPialaFA2016 akan berlangsung pada 19, 20 Februari 2016


Friday, January 8, 2016
KAFA BERSETUJU MENAWARKAN DSV MENJADI 'PENASIHAT KEHORMAT' KAFA 2016/2017 - TS Anuar Musa

KAFA dan Tan Sri Anuar Musa telah sepakat bersetuju untuk melantik Pengasas Produk Kesihatan terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih di kenali Dato Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017.
Kenyataan itu dikeluarkan di dalam facebook rasmi milik TSAM selepas perbincangan mengenai isu tajaan kee atas pasukan Kelantan musim 2016 selesai.
Sebanyak 33 syarat dan terma yang di kemukakan Dato Seri Vida akan di bincangan oleh kabinet KAFA dan segala keputusan akan di beritahu pada 15 Januari nanti.
TSAM memandang serius tentang komitmen DSV terhadap menaikkan semua maruah bola sepak di Kelantan. Semoga kata sepakat ini membolehkan kemajuan bola sepak Kelantan di tingkatkan.
Tahniah KAFA. Tahniah DSV.
Pamoga Qu Puteh The Red Warrior FC.
Subscribe to:
Posts (Atom)
