Showing posts with label PAMOGA. Show all posts
Showing posts with label PAMOGA. Show all posts

Monday, January 11, 2016

Dangda Dalam Radar PQP TRW






KOTA BHARU – Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman berhasrat untuk membawa masuk penyerang hebat Thailand, Teerasil Dangda bagi memperkuatkan The Red Warriors tahun ini.

Lebih popular dengan panggilan Dr. Vida, katanya, beliau cukup meminati corak permainan yang ditampilkan Dangda terutama setiap kali berada di dalam kawasan penalti.

Menurutnya, kehadiran pemain itu dijangka mampu menambah se­ngat di bahagian serangan pasukan The Red Warriors seterusnya menghadirkan gerun kepada pihak lawan.

“Bagaimanapun saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa dan jurulatih sebelum membuat keputusan sama ada pemain ini boleh dibawa masuk atau sebaliknya.

“Jika mahu melihat Kelantan meraih kejuaraan, kita perlu mendapatkan pemain import yang berkualiti dan mampu membantu pasukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Dr. Vida menyasarkan Kelantan merangkul tiga kejuaraan pada musim 2016 selepas bersetuju syarikatnya menaja pasukan itu selama dua tahun yang boleh mencapai sehingga lebih RM20 juta.

Tambahnya, beliau mahu pelaburan yang dilakukannya ke atas Kelantan mampu melonjakkan nama pasukan ke peringkat lebih tinggi.

Dangda kini sedang beraksi sebagai pemain pinjaman untuk pasukan Almeria dalam Liga Sepanyol dan dijangka kembali ke kelab Muangthong United pada 20 Januari ini.

Sepanjang beraksi dengan Muangthong United bermula 2009 hingga 2014 Dangda meledakkan 86 gol daripada 186 penampilan bersama pasukan itu.

Dr. Vida memberitahu, beliau turut meneliti beberapa pemain untuk dicadangkan kepada Kafa dalam usaha memperkuatkan lagi pasukan, termasuk dari negara Timur Tengah.

- See more at: http://m.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dr-vida-nak-pikat-8232-teerasil-dangda-1.178203#sthash.VegLPxtJ.dpuf

Friday, January 8, 2016

KAFA BERSETUJU MENAWARKAN DSV MENJADI 'PENASIHAT KEHORMAT' KAFA 2016/2017 - TS Anuar Musa


KAFA dan Tan Sri Anuar Musa telah sepakat bersetuju untuk melantik Pengasas Produk Kesihatan terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih di kenali Dato Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat KAFA 2016/2017.

Kenyataan itu dikeluarkan di dalam facebook rasmi milik TSAM selepas perbincangan mengenai isu tajaan kee atas pasukan Kelantan musim 2016 selesai.

Sebanyak 33 syarat dan terma yang di kemukakan Dato Seri Vida akan di bincangan oleh kabinet KAFA dan segala keputusan akan di beritahu pada 15 Januari nanti.

TSAM memandang serius tentang komitmen DSV terhadap menaikkan semua maruah bola sepak di Kelantan. Semoga kata sepakat ini membolehkan kemajuan bola sepak Kelantan di tingkatkan.

Tahniah KAFA. Tahniah DSV.

Pamoga Qu Puteh The Red Warrior FC.

Penyokong TRW mulai faham syarat pelik Qu Puteh Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/111841

ANTARA penyokong Kelantan yang hadir menyaksikan final Piala FA 2015, Kelantan menentang Lions XII di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mei lalu. - Foto Mohamad Shahril Badri 

KOTA BHARU: Selepas menganggap dua syarat yang dikemukakan Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk menaja pasukan Kelantan pelik, penyokong The Red Warriors (TRW) membuat pusingan U dengan menyifatkan syarat berkenaan berasas.

 Presiden TRW Lembah Klang, Mohd Faizal Hasbi, berkata walaupun dua syarat yang dikemukakan Dr Vida pada awalnya pelik, selepas sekian lama perkara itu diviralkan, grafik yang direka penyokong kelihatan cantik dan mampu memberi tarikan hebat kepada pelancong luar. 


"Pembaharuan yang mahu dibawa jutawan kosmetik itu mampu memberi satu tarikan yang luar biasa untuk pasukan TRW. Kami yakin warna merah jambu pasti dapat menganjakkan Kelantan dalam sukan bola sepak negara nanti. 

"Hasrat penyokong sudah ramai mengalu-alukan Dr Vida bersama Kelantan dan mereka boleh menerima warna merah jambu yang dibawa oleh bakal penaja itu. Malah, penyokong pasukan lain turut memberi komen positif imej yang bakal dibuat pada jersi dan stadium nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

 BH Sukan sebelum ini melaporkan Dr Vida menetapkan dua syarat kepada KAFA sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016. Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW).

Tuesday, January 5, 2016

‘TRW Akan Lebih Hebat Dari JDT’

Datuk Seri Hasmiza Othman
Datuk Seri Hasmiza Othman
Datuk Seri Hasmiza Othman
KUALA LUMPUR, 5 Januari 2015:
Yakin bahawa usahanya akan memberi impak yang besar terhadap pasukan bola sepak negeri Kelantan, The Red Warrior (TRW), Datuk Seri Hasmiza Othman melihat pasukan itu akan lebih hebat daripada Johor Darul Takzim (JDT) di bawah kelolaan Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim.
Pengasas produk kecantikan Pamoga dan Qu Puteh yang lebih mesra dikenali sebagai Datuk Vida itu berkata, visinya bersama TRW adalah untuk mengharumkan lagi nama pasukan bola sepak itu dan membawanya ke peringkat lebih tinggi iaitu ke peringkat Asia.
“Saya rasa kita mampu untuk pergi lebih hebat dari itu..saya tidak gentar pada lawan, sebab ada ramai yang menyokong kita. Saya akan membawa kelainan dalam liga bola sepak tahun 2016 ini.
“Saya nak bawa pasukan Kelantan ini ke peringkat Asia,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
JDT pada Oktober 2015 telah mencipta sejarah menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC.
Lain pula dengan kedudukan TRW yang mana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhadapan dengan krisis kewangan.
Namun krisis itu kini dilihat mempunyai sinar baru apabila individu yang terkenal dengan tag line ‘barulah putih’ itu menyatakan kesediaan untuk menaja kumpulan bola sepak berkenaan.
Menurut Datuk Vida, apa yang ditunggu kini ialah pinangan daripada pihak KAFA setelah beberapa syarat dikemukakan kepada mereka sebelum bersetuju untuk ditaja beliau.
“Sekarang ini kita tunggu pinangan KAFA. Saya mahu melihat sukan bola sepak ini lebih meriah, bersemangat dan menjadi sukan keluarga. Saya nak bawa kelainan untuk peminat-peminat bola sepak wanita.
“Syarat lain selain stadium berwarna merah jambu akan kita dedahkan kemudian,” katanya.
Ketika ditanya apakah yang membuatkan beliau berminat untuk menaja kumpulan bola sepak ini, jawabnya “saya sendiri peminat sukan bola sepak.”
Susulan daripada itu, beberapa pembaharuan bakal dijalankan pihak beliau termasuk membekalkan minuman tenaga kepada pemain-pemain TRW yang antara anggotanya ialah penjaga gol terkenal, Khairul Fahmi Che Mat ataupun lebih popular dengan gelaran Apek.
“Saya boleh katakan saya akan bekerja untuk akar umbi, saya akan umumkan pembaharuan pada hujung Januari nanti. Saya buat ini untuk menjana ekonomi dan menaikkan ekonomi rakyat.
“Saya nak buat produk yang mendapat pasaran di luar negara, oleh sebab itu, saya nak tarik pelabur untuk melabur di dalam negara kita, dengan jenama saya..saya nak sampai begitu,” ujarnya.
Sebelum ini, arena sukan bola sepak negara gempar dengan kesudian Datuk Vida untuk menaja pasukan TRW, namun bukanlah kesudiannya yang menjadi kekecohan, sebaliknya syarat yang ditetapkan usahawan berjaya itu.
Vida menetapkan dua syarat iaitu; Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu dan pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.
Syarat-syarat berkenaan mengundang pelbagai reaksi dari rakyat yang rata-ratanya terkejut dengan penetapan demikian.
http://bm.therakyatpost.com

Masih awal campur tangan! - FAM


Masih awal campur tangan!

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu terburu-buru membuat sebarang andaian berhubung nama Pamoga Qu Puteh TRW yang menjadi syarat Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum bersedia menaja Kelantan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016.

Menurut sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika dihubungi Sinar Harian, masih terlalu awal untuk pihaknya masuk campur berhubung perkara itu memandangkan perbincangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan Hasmiza belum mencapai kata putus.

"Sekiranya benar nama itu akan digunakan Kelantan musim ini, kita akan semak perkara itu, tapi seperti saya katakan masih awal untuk kita ulas sebab risau maklumat itu tak tepat.

"Saya kalau boleh tak mahu mengelirukan berita ini, jadi saya rasa lebih baik dapatkan pengesahan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pasal status terkini antara perbincangan mereka dengan Qu Puteh," katanya.

Dalam laporan akhbar tempatan sebelum ini, Hasmiza memberitahu pihaknya hanya menunggu surat persetujuan rasmi mengenai penerimaan tajaan itu daripada Kafa.

Katanya Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menunjukkan reaksi positif terhadap syarat berkenaan.

Baru-baru ini, Hasmiza menetapkan dua syarat terhadap Kafa sebelum bersedia menaja pasukan itu untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2016.

Dua syarat tersebut melibatkan perubahan kepada warna Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu, manakala nama The Red Warriors ditukar menjadi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Sementara itu, sumber terdekat Kafa memberitahu, nama Kelantan FA sepatutnya perlu dikekalkan berdasarkan klausa yang terkandung perlembagaan persatuan itu.
Cat stadium merah jambu antara syarat taja TRW
“Setakat ini tidak ada apa-apa perkembangan berkaitan pertukaran nama baharu pasukan itu. Saya pun tidak boleh beri komen lebih lanjut perkara ini.

“Cuma orang ramai perlu tahu, nama The Red Warriors adalah gelaran bagi pasukan Kelantan seperti juga Red Giants (Selangor) dan Southern Tigers (Johor Darul Ta’zim). Jadi, kalau nak tukar ke gelaran lain mungkin tidak ada masalah asalkan tidak menjejaskan nama Kelantan FA,” katanya

"KALAU KAFA TIDAK MAHU IKUT SYARAT, SAYA TAJA SELANGOR"



Itu kenyataan dibuat pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida berkenaan dengan penajaan keatas The Red Warrior.



Ketika ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedang menunaikan umrah dan dijangka membuat sebarang pengumuman sebaik pulang.

"Secara lisan mereka setuju namun kalau KAFA tidak mahu ikut syarat saya, saya pergi taja Selangor," katanya dipetik dari laman sesawang Utusan Online.

Difahamkan, Datuk Seri Vida memilih Kelantan kerana berpendapat mereka sebuah pasukan hebat.

Sementara itu, pemain sayap Kelantan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria akui tidak kisah dengan dua syarat dikenakan pengasas produk Qu Puteh Datuk Seri Vida untuk menaja pasukan pantai timur itu.

Wan Zaharulnizam atau Kecik menjelaskan warna merah jambu atau warna apa sekalipun tidak akan memberi kesan kepada prestasi sesebuah pasukan.

Kecik melihat tajaan Datuk Sri Vida itu mampu mengubah nasib Kelantan yang ketika ini berdepan krisis kewangan.

Pemain berusia 25 tahun itu mahu penyokong melihat perkara ini dari pandangan yang lebih luas dan jangan hanya menjadikan soal nama pasukan dan warna stadium sebagai satu isu sebaliknya memandang perkara ini sebagai salah satu cara meningkatkan mutu permainan bola sepak Kelantan.

"Kita pakai apa saja nama pasukan, jika penyokong dapat memberi sokongan sudah pasti Kelantan akan meraih kemenangan," jelasnya.

Piya dakwa 'diserang' 7 lelaki sebelum viral kematiannya

KAPTEN The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi menunjukkan laporan polis mengenai penyebaran berita kematiannya di Balai Polis Kota Bharu, kelmarin. - Foto Nik Abdullah Nik Omar


            KAPTEN The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi menunjukkan laporan polis mengenai penyebaran berita kematiannya di Balai Polis Kota Bharu, kelmarin. - Foto Nik Abdullah Nik Omar KOTA BHARU: Sebelum kes viral yang mendakwa kapten The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan, Sabtu lalu, pemain itu 'diserang' sekumpulan tujuh lelaki bermotosikal di lampu isyarat Jalan Hospital Beret 12 di sini. 

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya, 34, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi ketika dia memandu kereta PERODUA Kelisa dan berhenti di lampu isyarat terbabit. "Saya melihat tujuh lelaki yang menunggang enam motosikal menghampiri kereta saya, kemudian seorang daripada mereka turun dan menyembur gas pemadam api ke arah kereta saya. 

Saya panik dan terus memecut laju untuk menyelamatkan diri. "Alhamdulillah, saya tidak sempat diapa-apakan kumpulan lelaki terbabit, namun selepas berita palsu kematian saya tersebar pada hari yang sama, saya terfikir adakah kejadian itu mempunyai kaitan dengan individu yang membuat fitnah berkenaan," katanya. 

Kelmarin, Piya membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini, pada jam 12.36 tengah hari supaya siasatan dijalankan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan berita kematiannya selepas terbabit dalam kemalangan di sini, Sabtu lalu. 

Kapten TRW itu turut meminta individu yang bertanggungjawab itu tampil memohon maaf dan sekiranya enggan, Piya menyerahkan kes berkenaan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Viral mengenai kematian Piya mula tersebar di laman sosial Facebook pada Sabtu lalu, selepas seorang individu memuat naik status 'Allahuakbar! Innalilah. Kapten kito x dok doh baru sakni excident di KB (Kapten kita sudah tiada, baharu saja tadi, kemalangan di Kota Bharu). Turut disertakan gambar Piya dan kereta berwarna merah yang dikatakan milik pemain itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kes itu kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). "Jangan ambil kesempatan dengan viral perkara yang tidak benar sama ada di laman sosial seperti Twitter, Facebook atau apa sahaja. "Dalam Islam, berdosa sebar benda yang tak betul, apatah lagi berkaitan kematian, bimbang masyarakat mudah percaya," katanya ketika ditemui dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Bharu dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di sini, semalam.

Kredit : Berita Harian

Connect With Us