Tuesday, January 19, 2016

Panas ! Isu Hak Penaja



Antara Tajaan, Penaja atau hak untuk memiliki.

Isu viral yang menghiasi ruangan laman sosial peminat bolasepak tempatan boleh dianggap satu isu atau satu identity crisis yang mampu menutup isu bauksit di pahang.


Antara penaja dan presiden, antara warna/identiti pasukan. Antara pemilik dan penaja seakan sesuatu yang begitu banyak percanggahan. Terbaru pengumuman dari tuan presiden tentang status warna untuk home kits sebagai merah boleh dianggap satu yang cukup mengembirakan netizen. Tapi kurang dari 24 jam pengumuman tersebut, media sosial sekali lagi dibanjiri oleh isu bantahan dari " PENAJA UTAMA" untuk meneruskan pilihan warna pink sebagai home kits menggantikan warna tradisi Kelantan FA iaitu merah. Respon dari netizen dilihat menyebelahi bantahan.

Home Kits atau jersi rumah yang akan dipakai ketika di home ground adalah jersi utama sesebuah pasukan. Fungsi jersi utama ini adalah sebagai warna rasmi sesebuah pasukan. Jika dilihat dari liga tempatan, Kelantan FA masih berstatus pasukan dibawah persatuan negeri yang membawa nama KELANTAN, negeri yang berpanjikan warna MERAH dan PUTIH sejajar dengan gelaran Pahlawan Merah.
Kemasukan/persetujuan Pamoga untuk menyuntik dana kepada pasukan dianggap srbagai penyelamat dimana Kelantan FA ketika ini bergelumang dengan funds crisis. Tetapi kemasukan Pamoga untuj menjadi penaja disertai dengan beberapa syarat yang boleh di klasifikasikan sebagai syarat yang tidak masuk akal. Seperti mengubah warna rasmi pasukan dari merah kepada pink.

Cuba kita lihat 5 kelab gergasi dunia berserta penaja yang boleh memberikan satu alasan untuk menolak syarat dari Pamoga keatas Kelantan FA.
Chevrolet telah menandatangani perjanjian sponsorship bersama Manchester United sebanyak 53 million pound/setahun selama 7 tahun. Melalui perjanjian itu juga kita dapat lihat, MU mampu membida pemain hebat walaupun tanpa Champion League. Fly Emirates pula mengikat perjanjian bersama Arsenal untuk 5 tahun sebanyak 150 million pound. Barcelona bersama Qatar Sport Investment Agency sebanyak 25 million pound setahun selama 5 tahun. Bayern Munich bersama Deutsche Telekom dari german sebanyak 100 million pound selama 4 tahun. Dan kelima, Real Madrid telah mengikat Bwin dengan kerjasama Fly Emirates senayak 20million pound setahun selama 4 tahun.
Jika kita lihat dari senarai penaja dan pasukan gergasi diatas, jersi home mereka masih kekal walaupun penaja-penaja yang mengikat usahasama dengan mereka bukanlah suatu syarikat yang kecil anak dan jumlah tajaan juga adalah sangat besar. Tetapi syarat untuk menukar warna rasmi jersi utama pasukan tidak pula disertakan dalam perjanjian. Itu adalah bezanya sesuatu yang datang dengan respect atau hormat terhadap tradisi pasuskan yang ditaja. Jersi utama dianggap sesuatu yang paling tinggi maruahnya dan jersi utama juga akan dikaitkan dengan logo atau lencana yang diperjuangkan. Berbeza dengan kita disini, maruh seakan diletakan pada jumlah tajaan sehinggakan penaja sesuka hati nak mengubah warna rasmi, mungkin suatu ketika nanti penaja seperti ini juga akan mengawal pemilihan untuk field list. Mereka adalah berstatus kelab tetapi Kelantan FA masih berstatus pasukan Negeri. Selepas ini, mungkin penaja lain yang datang akan meletakan syarat seperti Pamoga? Mengubah warna rasmi pasukan sewenangnya kepada warna tema syarikat mereka? Mungkin selepas ini Padlepop yang akan menjadi penaja dan mengubah jersi dan warna rasmi kepad warna pelangi.

Tugas penaja adalah untuk menyuntik dana dan mendapat pulangan pada sesuatu tempoh tertentu, bukanya memberikan lagi kekusutan termasuk ingin mngubah segala benda yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us