Showing posts with label P MANIAM. Show all posts
Showing posts with label P MANIAM. Show all posts

Monday, January 11, 2016

( FULL ) KALENDAR LIGA MALAYSIA 2016 - FMLLP



Kalendar Pertandingan SUPERBEST POWER PIALA FA, LIGA SUPER, LIGA PREMIER dan TM PIALA MALAYSIA musim 2016.

Tertakluk kepada perubahan FMLLP. Jadual dikeluarkan setakat pengesahan 23.12.2015.

Tahun ini Liga-Malaysia akan dijalankan serentak dengan kejohanan SUPERBEST POWER PIALA FA dan TM PIALA MALAYSIA. Tiada perlawanan akan diadakan dalam bulan Ramadhan.


Catatkan di diari anda! - Kredit - FB KEDAH FA

Tuesday, January 5, 2016

Selangor anggap tawaran Qu Puteh hanya 'gimik pasaran'

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia, Selangor menyifatkan tindakan pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida, yang mengeluarkan kenyataan mahu menaja pasukan itu sebagai 'gimik pasaran' dan strategi untuk mempromosi produknya. 

Pengurus pasukan, Amirudin Shari, mengesahkan mereka masih belum menerima apa-apa tawaran rasmi daripada pihak Dr Vida berhubung penajaan pasukan itu untuk saingan musim ini yang bakal membuka tirainya, bulan depan. "Saya boleh sahkan tiada perbincangan berhubung isu ini dengan pihak Dr Vida, jadi saya beranggapan kenyataan ini hanyalah sebagai satu bentuk strategi pemasaran Dr Vida yang begitu cekap memanipulasi keadaan semasa. "Memang kita sedang mencari penaja untuk pasukan ini, namun belum ada lagi mana-mana syarikat kecantikan yang datang berjumpa kami secara rasmi untuk menghulurkan penajaan. 

"Jadi, saya berharap penyokong Selangor tidak cepat terpengaruh dan menerima kenyataan terbabit secara bulat-bulat kerana kami sentiasa berpandangan jauh untuk mengambil sebarang tindakan untuk pasukan Selangor," katanya ketika dihubungi BH Sukan, sebentar tadi. Amirudin berkata, meskipun pasukan Merah Kuning itu sedang giat mencari penaja, namun pihaknya akan menyelidik kesesuaian penaja terbabit dengan imej pasukan Selangor terlebih dahulu. "Bila membabitkan isu penajaan, pastinya mereka juga mahukan manfaat daripada wang yang dikeluarkan, namun ini membabitkan soal bola sepak dan kita bercakap mengenai pasukan Selangor yang kaya dengan tradisi bola sepaknya. 

"Jadi, kita akan teliti sebarang syarat penajaan supaya ia tidak membabitkan tradisi dan jati diri pasukan Selangor sehingga menukar imej pasukan ini secara keseluruhan," katanya. Terdahulu, sebuah portal sukan tanah air melaporkan Dr Vida berkemungkinan menukar tajaannya kepada pasukan lain iaitu gergasi Lembah Klang, Selangor, jika dua syarat yang ditetapkan olehnya sebelum ini tidak mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

 Dua syarat terbabit termasuklah mengecat stadium keramat pasukan Kelantan iaitu Stadium Sultan Muhammad IV dengan warna merah jambu selain nama skuad Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors. Namun, KAFA dikatakan sudah bersetuju dengan kedua-dua syarat terbabit secara lisan dengan rundingan lebih lanjut sedang dijalankan membabitkan wakil KAFA dan juga bersama wakil syarikat kecantikan itu.

Kredit : BHARIANONLINE

5 PEMAIN JDT II TIDAK HADIR LATIHAN PUSAT




Hanya 30 daripada 39 pemain yang dipanggil, hadir menjalani latihan pusat pertama Skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian Frank Bernhardt pada Isnin.




Lebih menarik, lima pemain dari Johor Darul Takzim II (JDT II) termasuk bekas kapten Harimau Muda C, Dominic Tan Jun Jin tidak melapor diri.

Bernhardt bagaimana pun, tampak tidak terlalu risau tanpa kelibat pemain yang tidak melapor diri pada Isnin.

Bagi bekas pengendali skuad Bawah 21 tahun Estonia ini, latihan pusat pertama ini adalah lebih kepada sesi suai kenal dengan pemain.

"Kami cuma sedang mengenal satu sama lain dan sekurang-kurangnya memerlukan 2 minggu untuk mengenal pasti antara satu sama lain," jelasnya.

Namun, Bernhardt akui dia mahu pemain-pemain dalam skuad ini kekal beraksi sebagai satu pasukan dalam saingan liga dan menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM) untuk memutuskannya.

Ia kerana sebahagian besar pemain yang dipanggil, sudah pun mengikat kontrak dengan pasukan asal masing-masing sebaik sejak pogram Harimau Muda dibubarkan.

"Kami memerlukan pemain terbaik bagi menghadapi saingan Liga FAM dan Sukan SEA 2017. Jadi pentingnya berbincang dengan setiap persatuan negeri dan kelab," katanya.

Berhardt turut mengunakan latihan pusat kali ini, untuk menilai kemampuan empat calon penolong jurulatih, P. Maniam, Hassan Sazali Waras, Azlan Johar dan Reduan Abdullah.

Connect With Us