Pengurus Selangor, Amirudin Shari menganggap isu perebutan pertahanan kanan Selangor, Azrif Nasrulhaq bersama Johor Darul Takzim (JDT), selesai selepas beliau dihubungi seorang pegawai kelab itu pada Selasa.
JDT pada selasa turut mengeluarkan kenyataan rasmi mereka berhubung kedudukan Azrif menerusi laman sosial Facebook rasmi kelab itu.
Amirudin kemudian dihubungi salah seorang pegawai JDT untuk meleraikan isu tersebut.
Beliau memaklumkan secara lisan bahawa JDt tidak lagi berminat untuk menandatangi Azrif sebagai salah satu pemain skuad JDT. Saya hargai keprihatinan yang telah di tunjukkan oleh Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan seluruh pasukan JDT," terang pengurus itu.
Amirudin kemudian berharap, FAM dan pentadbir Liga Malaysia, FMLLP memandang serius isu perebutan pemain selepas ini yang hanya akan menimbulkan kesulitan.
"Ini sebenarnya satu perkara sewajarnya diberi perhatian oleh FMLLP dan FAM bagaimana kontrak itu mempunyai ruangan yang boleh dimanipulasi. Secara sahnya memang pemain itu boleh membeli kontrak, tapi secara moralnya dengan tinggal sehari dua (tarikh tutup perpindahan pemain), ia sangat membebankan dan adil.
Showing posts with label Gosip. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Show all posts
Wednesday, January 20, 2016
PJBSM Kecewa Jurulatih Enggan Jadi Ahli
Jurulatih bola sepak di seluruh negara diwajibkan mendaftar sebagai ahli Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) seperti yang disyaratkan oleh FAM bermula tahun ini.

Bagaimanapun Presiden PJBSM, B Sathianantan berkata, pihaknya berasa kecewa dengan sambutan kurang menggalakkan di kalangan jurulatih tempatan walaupun pelbagai program dirancang untuk meningkatkan mutu kejurulatihan bola sepak negara.
"Persatuan ini diwujudkan sejak 1994 dan dipimpin oleh pihak pengurusan terdahulu, bagaimanapun ia tidak aktif dalam memainkan peranan sebenar.
"Atas usaha untuk memperbaiki kelemahan pengurusan terdahulu, kami menghidupkan semula persatuan untuk memberi manfaat kepada jurulatih seperti di negara-negara lain yang jauh lebih maju dalam sukan bola sepak," katanya pada sidang media pengumuman Simposium Kejurulatihan Kebangsaan 2016, di Wisma FAM Kelana Jaya, malam tadi.
Sehubungan itu, Sathianathan berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih 300 jurulatih pelbagai peringkat untuk mendaftar dengan PJBSM di samping menyertai program yang bakal diadakan 29 dan 30 Januari depan.
"Melalui program-program seperti seseorang jurulatih dapat menimba pengetahuan semasa dalam bidang kejurulatihan dan berkongsi ilmu sesama ahli dengan kepakaran masing-masing.
"Justeru itu, saya berharap semua jurulatih dari pemegang lesen A, B dan C, penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol dan jurulatih kecergasan dapat memberi kerjasama dengan menjadi ahli kita," katanya.
Sementara itu, Sathinathan berkata, beliau berterima kasih kepada FAM dan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhada (FMLLP) yang mewajibkan semua jurulatih menjadi anggota PJBSM.
"Kalau kita tidak paksa mereka, mungkin mereka tidak akan menyertai persatuan ini.
"Ini satu langkah penting dalam mengukuhkan persatuan yang sebelum ini mencecah 300 keahlian dan kini hanya sekitar 20 orang sahaja yang aktif.
"Malah dalam penganjuran program sebelum ini, tidak sampai 20 jurulatih yang hadir berbanding jangkaan kira lebih 80 peserta," jelasnya.
Labels:
Gosip
Tuesday, January 19, 2016
Pedas ! Komen Andik untuk Azrif Yang Ke JDT !
Komen pedas pemain kebangsaan Indonesia terhadap Azrif Nasrulhaq yang secara mengejut mengikat kontrak bersama JDT.
Biarkan Mereka Terus Menyalak Bukit, Bukit Tak Runtuh ! - TMJ
TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI THAILAND
S: Ampun Tunku, saya menjunjung kasih kerana meluangkan masa untuk sesi temubual ini, walaupun Tunku sepatutnya berehat ketika ini di Thailand. Tunku, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas gimik pelancaran jersi yang cukup menakjubkan baru-baru. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang mengatakan JDT meniru iklan Nike yang dibuat di Brazil pada tahun 1998. Apa pandangan Tunku mengenai isu ini?
J: Pertama sekali, saya memang mahukan pelancaran jersi yang menggunakan konsep video. Idea pertama adalah untuk membuat penggambaran di sebuah pulau di Johor yang menampilkan bot JDT. Malangnya, bot JDT itu sedang diservis dan tidak dapat digunakan. Pasukan produksi kemudiannya mencadangkan agar menukar ke lokasi yang lain iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dan saya bersetuju. Saya mahukan pelancaran jersi kami berbeza daripada yang pernah dilakukan sebelum ini yang mana pasukan- pasukan lain menggunakan pemain naik ke pentas di hotel atau pusat membeli-belah. Saya mahu pelancaran jersi JDT kali ini lebih gemilang. Malangnya, mentaliti masyarakat Malaysia kebiasaanya adalah lebih berminat untuk mencari kesalahan orang lain dan bukannya memberi kredit kepada mereka yang ingin berubah dan bergerak maju ke hadapan. Jika anda melihat perkembangan JDT tentang apa idea-idea yang telah diikuti oleh JDT terdapat beberapa lagi termasuklah 'seat bucket' untuk 'bench player', yang saya ikut dari Sepanyol. Saya suka dengan idea meletakkan 'seat bucket' kereta yang digunakan dalam stadium di Sepanyol dan saya juga mengikuti apa yang mereka lakukan di sana. Saya juga menyusun atur bilik persalinan sama seperti di tempat mereka. Jika anda melihat program pembangunan belia JDT, saya juga mengikuti kepakaran dari Jerman. Lihat juga bas kami, kami mengikuti reka bentuk AC Milan dan Juventus di mana mereka meletakkan logo mereka yang besar di belakang bas pasukan mereka. Semua ini adalah untuk kebaikan bola sepak tempatan. Saya akui bahawa saya telah banyak belajar dari semua negara-negara yang jauh di hadapan kita. Malangnya, apabila saya melihat orang-orang yang tidak senang dengan JDT, semua yang saya lakukan dipersoalkan, dikritik dan seolah-olah ianya satu isu yang sangat besar. Bagaimana anda langsung tidak bersuara apabila Terengganu meniru bilik persalinan kami? Anda tidak pula jadikan isu apabila pasukan mula meletakkan logo besar di belakang bas mereka. Pasukan lain juga meletakkan 'seat bucket' di bangku pemain mereka seperti mana kami lakukan semenjak 2013. Saya juga mula menggunakan 'LED board' dan kini beberapa pasukan juga mula meniru. Kami menjadi peneraju dalam tanahair, mengambil pelbagai idea dari banyak negara dan idea kami pula ditiru oleh banyak pasukan lain di sini. Dan sepanjang pengetahuan saya, harta intelek adalah seperti lirik, logo, rekagrafik dan muzik. Belum pernah saya dengar visual atau idea dihadkan oleh hakcipta. Semua ini tidak pula dijadikan isu. Mengapa? Jawapannya adalah mudah. Sesetengah orang cemburu dan iri hati kepada Johor semenjak kemerdekaan pada tahun 1957. Johor sentiasa menjadi moden dan unik berbanding dengan negeri lain di Tanah Melayu. Ini adalah hakikatnya sejak dahulu dan orang akan sentiasa cemburu dengan Johor. Tetapi apabila negara dalam kekacauan, anda mula mengusulkan kepada DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor untuk menyuarakannya kepada para pemimpin anda. Anda lupa apa yang anda telah lakukan adalah membuat Bangsa Johor, termasuk diri saya seolah-olah kami ini orang luar. Saya menggesa kerajaan agar benar-benar melihat situasi ini. Kerajaan benar-benar perlu untuk mengukuhkan pendirian mereka ke atas media dan media sosial dimana ia boleh menjadi satu platform untuk memecahbelahkan rakyat kerana bolasepak ini melibatkan masyarakat yang besar. Berbalik kepada isu bolasepak, tidak ada isu sebenarnya, saya rasa saya membawa banyak pembaharuan kepada bola sepak, anda boleh bertanya kepada pesaing saya, saya pasti mereka semua akan mengakuinya. Sekarang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri tentang perkembangan bola sepak tempatan dan bukannya mencari kesalahan orang lain dan itulah sebabnya sangat sukar bagi negara ini untuk bergerak ke hadapan kerana mentaliti tempatan dan tahap pendidikan lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang remeh dan tidak berfaedah. Sedihnya, saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai kaum, tetapi kaum saya sendiri yang mempersoalkan Institusi Diraja dan pasukan bola sepak, sedangkan saya tidak melihat kaum lain mengutuk perkara ini. Mereka lebih berusaha untuk mencari rezeki demi keluarga mereka, sedangkan kaum saya berusaha untuk membunuh sesama sendiri. Ini adalah kelemahan orang Melayu sejak dahulu lagi. Jika anda mahu negara ini maju ke hadapan dan mahu keadaan bola sepak untuk terus membangun, sila tukar mentaliti dan minda anda.
S: Menjunjung kasih atas masa yang Tunku luangkan. Ada apa-apa yang Tunku ingin tambah? Mungkin pesanan buat penyokong Tunku?
A: Kepada semua penyokong JDT di sini dan di luar negara, saya ingin menggesa anda semua usah melayan mereka yang mempunyai mentaliti rendah kerana saya juga mempunyai satu soalan untuk anda. Sejak transformasi JDT pada tahun 2013, anda semua telah dikutuk, dikritik dan diperkecilkan termasuk diri saya. Tetapi di mana kelab kita sekarang ini berbanding dengan semua kelab-kelab yang lain? Oleh itu, mengapa kita perlu melayan mereka. Biarkan mereka terus menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh. Kami telah meletakkan Johor di mata dunia berdasarkan pencapaian, kejayaan dan infrastruktur bolasepak terbaik di tanahair. Allah SWT telah memberkati kewangan kelab kami. Ianya kelihatan seperti semakin teruk kami dikutuk, Allah SWT terus memberkati kami dan kebenaran akan menyebelahi kami. Marilah kita kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda kita sendiri dan jangan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif.
S: Terima kasih Tunku

Sunday, January 17, 2016
Lesen ATM Bakal Di Tarik

Ketua Pegawai Eksekutif Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam mengesahkan pihaknya akan memantar pentadbiran Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia (PBAT) yang bakal dibarisi oleh anggota tentera.
Difahamkan, ATM akan menggunakan kudrat pemain dikalangan annggota tentera musim ini namun persoalan sama ada mereka akan diiktiraf sebagai pemain profesional terus menjadi tanda soal.
"Secara ringkasnya, ini merupakan isu lesen kelab. ATM perlu mengamalkan penstrukturan kelab berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.
"Jika tidak, ada kemungkinan lesen mereka akan ditarik sekali gus ATM akan dilucutkan selepas beberapa musim. Kami akan menilai semua pasukan kerana bukan ATM sahaja yang tidak mengamalkan penstrukturan yang betul," kata Kevin.
Dua hari lepas, Kevin mengeluarkan kenyataan bahawa amaran terakhir telah pun diberi dan mana-mana pasukan yang gagal melunaskan gaji pemain, jurulatih dan staf masing-masing akan dikenakan hukuman berat sama ada potongan mata mahupun lesen ditarik.
Perlawanan playoff antara ATM dan T-Team dijadualkan berlangsung pada 30 Januari ini sebelum kempen Liga Super bermula pada 13 Februari bulan depan.
Tuesday, January 12, 2016
Ape Nak Jadi? Isu 'Sailang' Pemain
Pemilik Frenz United, Rashid Maidin, berkata Kogileswaran Raj, 17, dan R. Dinesh, 17, yang juga bekas pemain Harimau Muda C, masih mempunyai baki kontrak bersama kelab berkenaan sehingga Januari dan Mac 2019, selepas kedua-duanya menandatangani kontrak selama lima tahun pada Januari dan Mac 2014.
"Kami dapati nama Kogileswaran dan Dinesh berada dalam senarai dikeluarkan PBNP minggu lepas dan sehubungan itu, saya minta kedua-duanya supaya pulang ke Akademi Bola Sepak Frenz United di Janda Baik, Pahang, sehingga tengah malam ini atau mereka bakal berdepan tindakan undang-undang," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Rashid berkata Kogileswaran dan Dinesh sepatutnya pulang ke akademi itu setelah skuad Harimau Muda C dibubarkan, dan bukannya bebas menyertai mana-mana pasukan kerana kedua-duanya masih mempunyai baki kontrak.
Beliau berkata pihaknya sudah mengemukakan surat kepada PBNP pada 5 Jan lepas, memaklumkan situasi berkenaan, namun belum menerima maklum balas mengenai perkara itu.
Menyifatkan perkara itu sebagai tidak beretika, beliau berkata salinan surat berkenaan turut dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai makluman yang sama. "Frenz United sudah membelanjakan lebih RM100,000 untuk kedua-dua pemain itu dengan membayar gaji dan bonus dalam tempoh dua tahun. "Saya sudah berjumpa dengan penjaga kedua-dua pemain, namun mereka memberi gambaran seolah-olah kontrak ditandatangani kedua-dua pemain itu hanya untuk tempoh dua tahun dan bukannya lima tahun," katanya dengan nada kecewa.
Kogileswaran mula bersinar apabila penyerang utama skuad Harimau Muda C (Bawah 19) itu, terpilih antara 23 pemain bagi mewakili Malaysia pada Kejohanan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-19 di Vientiane, Laos tahun lepas
_________________________________________________________________________________

Syahrul Azwari menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan KAFA sebelum menandatangani kontrak bersama dengan Sarawak ekoran tindakan beliau menandatangani kontrak bersama Sarawak telah menjadi isu.
Itu penjelasan bekas penyerang Harimau Muda A, Syahrul Azwari Ibrahim berhubung tindakannya untuk tidak menyertai negeri asal, Kelantan dan ke Sarawak untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Bagi Syahrul, situasi perpindahannya ke Sarawak berbeza dengan isu penghijrahan dua bekas rakan sepasukannya di Harimau Muda A tahun lalu, Garry Steven Robbat dan Ferris Danial.
Ia kerana penyerang berusia 22 tahun itu sudah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum memutuskan untuk menerima tawaran Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).
“Saya dah ikut prosedur dan undang-undang saya sudah berbincang dengan KAFA dan laporkan kepada mereka bahawa saya sedang menunggu keputusan dari Sarawak.
Apa pun saya memang tiada sebarang persetujuan dengan Kelantan,” jelasnya.
Sarawak menjadi pilihan Syahrul kerana dia melihat pasukan bimbingan Datuk K. Rajagobal itu mampu membantu peningkatannya, sebagai seorang pemain profesional.
“Saya nak cari pengalaman dulu kerana saya mahu bermain, saya ke Sarawak kerana mahu menimba ilmu disamping mahu bermain,” katany
a.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) Reezal Zambry Yahya berasa pemain kelahiran Kelantan itu wajar diberi peluang menentukan hala tuju kerjayanya selepas menamatkan tugasan bersama Harimau Muda A.
“Bagi Syahrul buat pilihan sendiri, berikan dia peluang.
Saya menyokong dia mahu ke Sarawak, kerana dia tahu apa yang dia buat,” ujarnya.
P/S : Bila dah masuk penswastaan liga, sepatutnya tiada lagi isu macam ni. Sebenarnya ini semua salah FAM yang melepaskan semua Skuad Harimau Muda macam tu je.. Skuad Projek pun tah kemane jalan cerita nye nanti .. hmmm FAM oooh FAM !
Saturday, January 9, 2016
Jangan Keliru !#SuperBestPowerPialaFA2016

Peminat sukan tanah air di ingatkan supaya tidak menyebarkan "tournament table' di atas. Telah wujud kekeliruan tentang Piala FA 2016. Berikut adalah format baru #SuperBestPowerPialaFA2016 pada tahun ini :-
1. Superbest Power akan menjadi penaja utama Piala FA 2016.
2. Sebanyak 11 pasukan dari Liga FAM 2015 akan bertanding dalam Pusingan Pertama.
3. 8 dari pasukan yang menang di Pusingan Pertama akan bertemu 24 lagi pasukan di pusingan kedua.
3. Tiada kategori khusus dalam undian dan semua pasukan berpeluang bertemu sesama sendiri.
4. Pada pusingan ketiga dan keempat, undian secara terbuka akan dijalankan seperti pusingan pertama dan kedua.
5. Tiada keistimewaan pada finalist Piala FA 2015.
6. Perlawanan pusingan pertama, kedua, ketiga dan keempat akan dijalankan secara kalah mati satu pusingan.
7. Perlawanan suku akhir dan separuh akhir dijalankan secara timbal balik.
Subscribe to:
Posts (Atom)