Showing posts with label jersi. Show all posts
Showing posts with label jersi. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

[Gambar] Sah ! Inilah Jersi Rasmi Pamoga Qu Puteh The Red Warrior FC Yang Di Reka Khas !

EMPAT jersi pasukan Kelantan jenama DSV (Datuk Seri Vida) yang bakal dilancarkan esok dikatakan mempunyai kelebihan ‘luar biasa’ apabila pemakai jersi berkenaan boleh memutih kulit dan menguruskan badan, hanya dengan memakainya. 

Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hazmiza Othman atau Dr Vida berkata, jersi itu menggunakan benang yang direka khas itu dan dihasilkan di kilang di tiga negara iaitu China, Thailand dan Vietnam menggunakan teknologi terkini.

“Keempat-empat jersi yang bakal dilancarkan bagi edisi pertama ini mempunyai fungsi perangkap peluh dan mampu memutihkan kulit.

“Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.

“Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak.

Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna.

“Saya sudah lama membuat rekaan benang ini bagi menghasilkan produk baharu untuk kurus dan putih. Tapi alang-alang mahu reka jersi, jadi saya terus aplikasikan kelebihan ini kepada rekaan jersi skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW),” katanya yang dipetik dari Berita Harian.


Penaja utama pasukan Kelantan itu berkata, syarikatnya akan mengeluarkan dua versi bagi keempat-keempat rekaan iaitu ‘versi eksklusif’ dan ‘versi penyokong’ dengan pengeluaran sebanyak 20,000 helai untuk edisi pertama.

Katanya, daripada empat rekaannya itu, jersi berwarna tradisi Kelantan merah-putih serta merah jambu-putih akan digunakan bagi perlawanan di tempat sendiri sementara warna merah jambu-hitam dan biru-putih akan digunakan di tempat lawan.


Atur Cara Majlis

2:00 ptg Acara dewan bermula / Persembahan pentas - BUSKER
3:00 ptg Persembahan Dikir Barat
3:15 ptg Sidang Media
3:45 ptg Ketibaan jemputan / VIP
4:00 ptg Persembahan Dikir Barat Iwere Ash
4:10 ptg Bacaan Doa Hj Wan Badri
4:15 ptg Ucapan Dato Vida
4:30 ptg Ucapan TSAM
4:45 ptg Klip Video PQPTRW
5:00 ptg Pelancaran Jersi PQPTRW 2016
5:15 ptg Sesi Bergambar dan berselfie
5:30 ptg Jamuan Ringan

Gambar :




JERSI RASMI PAMOGA QU PUTEH THE RED WARRIOR



Edisi Mantera : $68
Edisi Millenia : $98
Edisi Supra Player : $168


Video :


Tuesday, January 19, 2016

Biarkan Mereka Terus Menyalak Bukit, Bukit Tak Runtuh ! - TMJ

TEMURAMAH EKSKLUSIF BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI THAILAND

S: Ampun Tunku, saya menjunjung kasih kerana meluangkan masa untuk sesi temubual ini, walaupun Tunku sepatutnya berehat ketika ini di Thailand. Tunku, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas gimik pelancaran jersi yang cukup menakjubkan baru-baru. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah pihak yang mengatakan JDT meniru iklan Nike yang dibuat di Brazil pada tahun 1998. Apa pandangan Tunku mengenai isu ini?

J: Pertama sekali, saya memang mahukan pelancaran jersi yang menggunakan konsep video. Idea pertama adalah untuk membuat penggambaran di sebuah pulau di Johor yang menampilkan bot JDT. Malangnya, bot JDT itu sedang diservis dan tidak dapat digunakan. Pasukan produksi kemudiannya mencadangkan agar menukar ke lokasi yang lain iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dan saya bersetuju. Saya mahukan pelancaran jersi kami berbeza daripada yang pernah dilakukan sebelum ini yang mana pasukan- pasukan lain menggunakan pemain naik ke pentas di hotel atau pusat membeli-belah. Saya mahu pelancaran jersi JDT kali ini lebih gemilang. Malangnya, mentaliti masyarakat Malaysia kebiasaanya adalah lebih berminat untuk mencari kesalahan orang lain dan bukannya memberi kredit kepada mereka yang ingin berubah dan bergerak maju ke hadapan. Jika anda melihat perkembangan JDT tentang apa idea-idea yang telah diikuti oleh JDT terdapat beberapa lagi termasuklah 'seat bucket' untuk 'bench player', yang saya ikut dari Sepanyol. Saya suka dengan idea meletakkan 'seat bucket' kereta yang digunakan dalam stadium di Sepanyol dan saya juga mengikuti apa yang mereka lakukan di sana. Saya juga menyusun atur bilik persalinan sama seperti di tempat mereka. Jika anda melihat program pembangunan belia JDT, saya juga mengikuti kepakaran dari Jerman. Lihat juga bas kami, kami mengikuti reka bentuk AC Milan dan Juventus di mana mereka meletakkan logo mereka yang besar di belakang bas pasukan mereka. Semua ini adalah untuk kebaikan bola sepak tempatan. Saya akui bahawa saya telah banyak belajar dari semua negara-negara yang jauh di hadapan kita. Malangnya, apabila saya melihat orang-orang yang tidak senang dengan JDT, semua yang saya lakukan dipersoalkan, dikritik dan seolah-olah ianya satu isu yang sangat besar. Bagaimana anda langsung tidak bersuara apabila Terengganu meniru bilik persalinan kami? Anda tidak pula jadikan isu apabila pasukan mula meletakkan logo besar di belakang bas mereka. Pasukan lain juga meletakkan 'seat bucket' di bangku pemain mereka seperti mana kami lakukan semenjak 2013. Saya juga mula menggunakan 'LED board' dan kini beberapa pasukan juga mula meniru. Kami menjadi peneraju dalam tanahair, mengambil pelbagai idea dari banyak negara dan idea kami pula ditiru oleh banyak pasukan lain di sini. Dan sepanjang pengetahuan saya, harta intelek adalah seperti lirik, logo, rekagrafik dan muzik. Belum pernah saya dengar visual atau idea dihadkan oleh hakcipta. Semua ini tidak pula dijadikan isu. Mengapa? Jawapannya adalah mudah. Sesetengah orang cemburu dan iri hati kepada Johor semenjak kemerdekaan pada tahun 1957. Johor sentiasa menjadi moden dan unik berbanding dengan negeri lain di Tanah Melayu. Ini adalah hakikatnya sejak dahulu dan orang akan sentiasa cemburu dengan Johor. Tetapi apabila negara dalam kekacauan, anda mula mengusulkan kepada DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor untuk menyuarakannya kepada para pemimpin anda. Anda lupa apa yang anda telah lakukan adalah membuat Bangsa Johor, termasuk diri saya seolah-olah kami ini orang luar. Saya menggesa kerajaan agar benar-benar melihat situasi ini. Kerajaan benar-benar perlu untuk mengukuhkan pendirian mereka ke atas media dan media sosial dimana ia boleh menjadi satu platform untuk memecahbelahkan rakyat kerana bolasepak ini melibatkan masyarakat yang besar. Berbalik kepada isu bolasepak, tidak ada isu sebenarnya, saya rasa saya membawa banyak pembaharuan kepada bola sepak, anda boleh bertanya kepada pesaing saya, saya pasti mereka semua akan mengakuinya. Sekarang kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri tentang perkembangan bola sepak tempatan dan bukannya mencari kesalahan orang lain dan itulah sebabnya sangat sukar bagi negara ini untuk bergerak ke hadapan kerana mentaliti tempatan dan tahap pendidikan lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang remeh dan tidak berfaedah. Sedihnya, saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai kaum, tetapi kaum saya sendiri yang mempersoalkan Institusi Diraja dan pasukan bola sepak, sedangkan saya tidak melihat kaum lain mengutuk perkara ini. Mereka lebih berusaha untuk mencari rezeki demi keluarga mereka, sedangkan kaum saya berusaha untuk membunuh sesama sendiri. Ini adalah kelemahan orang Melayu sejak dahulu lagi. Jika anda mahu negara ini maju ke hadapan dan mahu keadaan bola sepak untuk terus membangun, sila tukar mentaliti dan minda anda.

S: Menjunjung kasih atas masa yang Tunku luangkan. Ada apa-apa yang Tunku ingin tambah? Mungkin pesanan buat penyokong Tunku?

A: Kepada semua penyokong JDT di sini dan di luar negara, saya ingin menggesa anda semua usah melayan mereka yang mempunyai mentaliti rendah kerana saya juga mempunyai satu soalan untuk anda. Sejak transformasi JDT pada tahun 2013, anda semua telah dikutuk, dikritik dan diperkecilkan termasuk diri saya. Tetapi di mana kelab kita sekarang ini berbanding dengan semua kelab-kelab yang lain? Oleh itu, mengapa kita perlu melayan mereka. Biarkan mereka terus menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh. Kami telah meletakkan Johor di mata dunia berdasarkan pencapaian, kejayaan dan infrastruktur bolasepak terbaik di tanahair. Allah SWT telah memberkati kewangan kelab kami. Ianya kelihatan seperti semakin teruk kami dikutuk, Allah SWT terus memberkati kami dan kebenaran akan menyebelahi kami. Marilah kita kembali memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda kita sendiri dan jangan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif.

S: Terima kasih Tunku

Sunday, January 17, 2016

[GAMBAR] Majlis Pelancaran Jersi JDT























































JERSI RASMI PASUKAN JOHOR DARUL TA'ZIM 2016

Satu majlis pelancaran jersi pasukan Johor Darul Ta'zim bagi musim 2016 telah diadakan sebentar tadi di Dataran Bandaraya Johor Bahru .

Jersi musim 2016 tampil dengan tiga warna iaitu biru (home), merah (away) dan putih bagi third. Majlis pelancaran yang dibuat melalui tayangan video telah di pancarkan ke seluruh daerah yang mengadakan tayangan layar gergasi. Bagi peminat yang ingin mendapatkan jersi terbaru pasukan JDT boleh mendapatkan di seluruh pengedar sah dengan harga RM189.00.

[ FULL ]Sekitar Majlis Pelancaran Jersi Johor Darul Ta'zim

Model menunjukkan jersi baru yang akan dipakai pemain JDT ketika majlis pengumuman jersi baru pasukan JDT di Dataran Bandaraya Johor Bahru.


JOHOR BAHRU: Lebih 8,000 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) hadir menyaksikan pelancaran jersi baharu pasukan kesayangan mereka di Dataran Bandaraya, di sini, malam ini.

Perasmian itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Zulkarnain Kamisan. Sebaik pelancaran, jersi berkenaan dijual kepada penyokong dengan harga RM189.





Bagaimanapun, Penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) merangkap pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pemain JDT tidak hadir pada majlis berkenaan. Ini kerana mereka sudah berlepas ke Bangkok, Thailand petang tadi untuk aksi persahabatan pramusim.


Connect With Us