Jurulatih bola sepak di seluruh negara diwajibkan mendaftar sebagai ahli Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) seperti yang disyaratkan oleh FAM bermula tahun ini.
Bagaimanapun Presiden PJBSM, B Sathianantan berkata, pihaknya berasa kecewa dengan sambutan kurang menggalakkan di kalangan jurulatih tempatan walaupun pelbagai program dirancang untuk meningkatkan mutu kejurulatihan bola sepak negara.
"Persatuan ini diwujudkan sejak 1994 dan dipimpin oleh pihak pengurusan terdahulu, bagaimanapun ia tidak aktif dalam memainkan peranan sebenar.
"Atas usaha untuk memperbaiki kelemahan pengurusan terdahulu, kami menghidupkan semula persatuan untuk memberi manfaat kepada jurulatih seperti di negara-negara lain yang jauh lebih maju dalam sukan bola sepak," katanya pada sidang media pengumuman Simposium Kejurulatihan Kebangsaan 2016, di Wisma FAM Kelana Jaya, malam tadi.
Sehubungan itu, Sathianathan berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih 300 jurulatih pelbagai peringkat untuk mendaftar dengan PJBSM di samping menyertai program yang bakal diadakan 29 dan 30 Januari depan.
"Melalui program-program seperti seseorang jurulatih dapat menimba pengetahuan semasa dalam bidang kejurulatihan dan berkongsi ilmu sesama ahli dengan kepakaran masing-masing.
"Justeru itu, saya berharap semua jurulatih dari pemegang lesen A, B dan C, penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol dan jurulatih kecergasan dapat memberi kerjasama dengan menjadi ahli kita," katanya.
Sementara itu, Sathinathan berkata, beliau berterima kasih kepada FAM dan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhada (FMLLP) yang mewajibkan semua jurulatih menjadi anggota PJBSM.
"Kalau kita tidak paksa mereka, mungkin mereka tidak akan menyertai persatuan ini.
"Ini satu langkah penting dalam mengukuhkan persatuan yang sebelum ini mencecah 300 keahlian dan kini hanya sekitar 20 orang sahaja yang aktif.
"Malah dalam penganjuran program sebelum ini, tidak sampai 20 jurulatih yang hadir berbanding jangkaan kira lebih 80 peserta," jelasnya.
No comments:
Post a Comment