Setiausahanya, Wan Mohd Azmi Wan Ngah, berkata selama ini kantung PBSNT hanya bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan Terengganu.
Katanya, pihaknya melihat perkara itu sekurang-kurangnya dapat membantu pihak pengurusan menguruskan skuad Penyu yang memerlukan kos besar.
"Kami sebagai penyokong menyambut baik jika perkara ini menjadi kenyataan kerana ia sekurang-kurangnya PBSNT tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan negeri.
"Kami tahu, perkara ini baharu di peringkat awal dan kita yakin kehadiran D'Herbs memberi dimensi baharu kepada pasukan Terengganu," katanya.
Semalam, PBSNT mengesahkan rundingan awal diadakan bersama Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk mendapatkan penajaan bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Begitupun, PBSNT belum menerima kata putus daripada Aliff Syukri sama ada bersetuju atau tidak menaja Skuad Penyu, musim ini.
Wan Mohd Azmi berkata, pihaknya yakin D'Herbs yang terkenal dengan tagline 'Terlajak Laris' bakal mengenakan beberapa syarat seperti mana Datuk Seri Vida menaja pasukan Kelantan.
Katanya, jika perkara itu bakal menjadi kenyataan, hanya satu permintaan PETEH iaitu kekalkan warna tradisi pasukan Terengganu dengan warna hitam putih.
"Kita difahamkan, D'Herbs mahu menaja Selangor dan antara syarat yang diberikan adalah jersi pasukan gergasi ditukar kepada hijau mengikut warna syarikat," katanya.
No comments:
Post a Comment