Showing posts with label KONTRAK. Show all posts
Showing posts with label KONTRAK. Show all posts

Friday, January 15, 2016

(Rangkuman) Majlis Menandatangani Kontrak Penajaan Qu Puteh , Cengal Jati dan KAFA



Rangkuman info di majlis menandatangani penajaan:
1. Pemain Mali bermain di Liga Maghribi sedang diintai.
2. Pemain Argentina bermain di Liga Bolivia sedang diintai.
3. Pemain Sepanyol bermain di Liga Sepanyol sedang diintai.
4. Teerasil Dangda positif untuk sertai TRW, cuma urusan dengan kelab asalnya akan diteruskan. Dalam perbincangan.
5. Dramane Traore akan menjalani ujian kesihatan yang ketat sebelum disahkan ke dalam pasukan.
6. 22/1/16 senarai akhir akan dimuktamadkan.
7. DSV nak lihat TRW vs JDT sebelum bermula liga. TSHAM akan ajukan kepada TMJ. Perlawanan persahabatan berbentuk amal mungkin boleh diadakan kemungkinan di Lembah Klang. Pemain yang hadir setuju sambut cabaran ini.
8. Piya dapat nama baru - Piya Millenia.
9. Sasaran DSV ialah TRW ke peringkat Asia.
10. DSV berulangkali menyatakan beliau tidak sabar untuk menyertai keluarga TRW dan mahu melihat fenomena baru bolasepak TRW di liga musim ini.


Wallahu alam. Sekian.

Monday, January 11, 2016

The Pink Stadium Diluluskan - Kerajaan Negeri Kelantan

KOTA BHARU: Isu warna stadium Sultan Muhammad IV dianggap selesai selepas kerajaan negeri Kelantan bersetuju menukar warnanya kepada merah jambu. 

Image result for stadium pink kelantan

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat antara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang diwakili presidennya, Tan Sri Annuar Musa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Kelantan (PSK). 

Annuar, ketika ditemui selepas pertemuan itu, berkata pihaknya sudah mengemukakan rancangan KAFA termasuk berhubung isu tajaan oleh Vida Beauty Sdn Bhd. 

"Alhamdulillah, Menteri Besar selaku pengerusi PSK menyatakan persetujuan dan tidak menghalang untuk menukar warna stadium kepada merah jambu.

Image result for stadium pink
 "Sehubungan itu, Datuk Seri Vida perlu mengemukakan rekaan kepada PSK sebelum kerja mengecat dan membaik pulih dilakukan," katanya.

Sunday, January 10, 2016

Masih Ada Isu Gaji Pemain Yang Tertunggak

Austino Amutu, mendakwa gajinya masih belum di bayar

Isu tunggakan gaji pemain dengan bola sepak sepak Malaysia tiada penghujungnya. Kebanyakkan gaji yang masih belum dibayar sepenuhnya membabitkan segelintir pemain import. Isu Obinna Nwaneri, bekas tonggak ketal TRW telah selesai namun apa yang membimbangkan kejadian berulang.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) perlu mengkaji kesan buruk Liga Malaysia jika isu tunggakkan ini terus berlaku. Isu penajaan pasukan dan hak pasukan juga perlu di ambil kira untuk menjaga 'poket' pasukan di dalam Liga Malaysia. Setelah penswastaan liga ini, sepatutnya sudah tidak ada lagi isu tunggakkan gaji ini timbul.


Keratan akhbar pada 5 februari 2012:

“FAM akan wujudkan satu badan bebas yang akan memantau transaksi pembayaran gaji di setiap pasukan yang bertanding dan turut mendapat kerjasama pihak polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Kita perlu ambil kira kemahuan penyokong yang mahu melihat aksi terbaik dipamerkan pemain. Oleh itu, kami bersedia menggantung mana-mana pasukan daripada menyertai pertandingan bola sepak di negara ini. Tindakan ini berkuat kuasa serta merta hari ini (semalam),” kata Naib Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas mesyuarat Exco kali keempat yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuala Lumpur, semalam.

Wujud lagikah badan bebas ini atau tidak pernah wujud? Kes Obinna Nwaneri hampir di bawa ke Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada tahun lepas namun KAFA berjaya menyelesaikan kes itu segera. Gaji pemain import 'biasa-biasa' pun masih tercungap-cungap nak bayar, inikan pula nak bawa masuk pemain import ternama.

Wajarlah FMLLP dan FAM bekerjasama meneliti setiap gaji dan kotrak pemain import dan tak lupa pemain tempatan sendiri kerana kita tidak mahu Liga Malaysia tercemar dengan isu ini hingga menyebabkan ramai pemain yang berminat bermain di dalam liga kita menjadi 'takut'.

Encik Ayie - MLNews

Friday, January 8, 2016

PAMPASAN RM 1.1J MEHMET DURAKOVIC BELUM SELESAI

Pengurus Selangor, Amirudin Shari mengesahkan Mehmet Durakovic belum menyatakan sebarang persetujuan berhubung jawatan selaku Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Selangor mahupun penyelesaian bagi isu pampasan bekas pengendali The Red Giants itu.

FAS kini memujuk Durakovic menerusi perlantikan Pengarah Teknikal FAS bagi musim 2016 selepas Zainal Abidin Hassan diumumkan sebagai jurulatih baru Selangor.

Namun, difahamkan Durakovic menolak tawaran itu sebaliknya menuntut FAS membayar pampasan baki kontraknya yang berjumlah kira-kira 1.1 juta ringgit termasuk bonus Selangor memenangi Piala Malaysia.

Bekas kapten Selangor itu bagaimanapun belum beri jawapan walaupun kedua-dua pihak sudah membuat perbincangan hujung tahun lalu.

"Dia belum kembali untuk memaklumkan kepada kami,tetapi itu perihal yang lain kerana ia berkenaan dengan pelan pembangunan Selangor termasuk Akademi Merah Kuning kita akan umumkan dalam suku pertama tahun ini," jelasnya.

Durakovic yang dijadual kembali ke Kuala Lumpur pada Khamis akan menjelaskan kepada pihak media mengenai persoalan yang melingkari kariernya Ahad ini.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Amirudin mengesahkan pasukan Selangor akan mengadakan latihan pra musim di Bangkok, Thailand sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Super 2016.

"Kita sedang mempersiap pasukan kita untuk beraksi di Bangkok, yang pastinya selepas 24 Januari jadi kami akan memberitahu dengan lebih terperinci mengenai masa dan sebagainya," katanya.

Kredit - Astro Arena

Wednesday, January 6, 2016

Dua pemain import baharu perkuatkan Felda United


Presiden Felda United FC Datuk Hanapi Suhada (tengah) bersama pemain import baharu Felda United FC, Lutfulla Turaev (dua, kanan) pada majlis menandatangani kontrak pemain Felda United FC di Dewan Perdana Felda hari ini. - Foto Bernama




PASUKAN kelab berpotensi tanah air, Felda United mengikat dua pemain import baharu bagi menguatkan cabaran skuad The Fighters dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016.

Timbalan Presiden Felda United Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata kehadiran pemain tengah Uzbekistan, Lutfulla Turaev dan pemain pertahanan dari Brazil, Gilberto Carlos Marangino melengkapkan kuota import pasukan itu yang menggugurkan Makeche Ndumba dan Bojan Milandinovic selepas tamat saingan Liga-M musim lepas.

Menurut beliau, Turaev, 27, pemain yang sebelum ini mewakili kelab Lokomotiv Tashkent akan beraksi di bahagian tengah manakala Gilberto Carlos, 25, yang pernah mewakili kelab Bragantino pula bakal mengukuhkan pertahanan skuad yang berpangkalan di Jengka, Pahang.

"Dengan pemain import baharu ini, saya yakin pasukan kita akan berwajah baharu kerana setelah melihat prestasi yang lalu, kita telah kenal pasti kelemahan dan kita perbetulkan pada musim ini. Sebab itulah ada pemain yang kena gugur dan ada pemain baharu yang kita ambil.

"Saya yakin, pada tahun ini pasukan kita akan mampu mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang telah kita sasarkan," katanya pada sidang media dan majlis menandatangani kontrak pemain di Dewan Perdana Felda, di sini hari ini.

Katanya, Felda United di bawah bimbingan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim disasarkan untuk menjulang sekurang-kurangnya satu piala pada saingan Liga-M pada musim ini.

The Fighters mengekalkan dua pemain import, Thiago Augusto Fernandes dari Brazil dan Zah Rahan Krangar dari Liberia di samping penyertaan pemain tempatan, Shukor Jusoh (Angkatan Tentera Malaysia), Idris Ahmad (Perak) dan Mohammad Ridzuan Abdunloh (Harimau Muda B/Kedah).

Antara pemain lain yang turut digugurkan ialah Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nasriq Baharom, Fauzan Zulkifli, Mohamad Rashid Mohamad Aya, Qhairul Anuar Roslani, Mohamad Soffuan Tawil, Abdul Latiff Suhaimi dan Shahrulnizam Mustapa.

"Kita berterima kasih kepada Kedah FA kerana melepaskan Ridzuan yang juga pemain Harimau Muda B melalui rundingan secara damai dan tidak mengenakan sebarang syarat atau bayaran. Tapi kita kehilangan Shahrul Mohd Saad, namun kita hormati keputusan beliau untuk kembali berkhidmat kepada negeri asalnya," katanya.

Felda United layak beraksi dalam Liga Super pada 2015 selepas muncul naib juara di belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Perdana musim lepas.

Naib juara Piala FA 2014 itu, pernah mengejutkan Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2015, namun gagal ke final selepas tumpas kepada Kedah pada perlawanan separuh akhir.

Sementara itu, Mohd Isa berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah membuat keputusan untuk memilih Felda United untuk memikul cabaran negara di kejohanan bola sepak antarabangsa Piala Emas Bangabandhu 2016 di Bangladesh pada 8 hingga 20 Januari ini.

The Fighters diundi dalam kumpulan A bersama dengan Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal manakala Bahrain, Maldives, Cambodia dan pasukan Olimpik Bangladesh diundi dalam kumpulan B.

Felda United akan turun pada 9 Jan berdepan Nepal pada perlawanan pertama di Stadium Shams-Ul-Huda, Jessore, sebelum berdepan Bangladesh (12 Januari) dan Sri Lanka (14 Januari). - Bernama

Connect With Us