Showing posts with label LIGA PREMIER 2016. Show all posts
Showing posts with label LIGA PREMIER 2016. Show all posts

Monday, January 11, 2016

Mampukah Pasukan "Favourite' Menyinar?

LIGA SUPER 2016



Johor Darul Takzim bakal menjadi pasukan "Favaourite' untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super pada musim ini. Antara pasukan lain yang menjadi tumpuan sudah tentu Selangor dan Pahang. Selangor yang masih segar dengan menjulang Piala Malaysia musim lalu pastinya ingin mengucup piala Liga Super dengan penghijrahan masuk ramai pemain Tok Gajah ke dalam skuad Gergasi Merah. Pahang pula bakal memulakan saingan Liga Super dengan kebanyakkannya muka baru dan muda. Namun jurulatih Pahang yakin anak buahnya bakal membuat kejutan dengan mereka memasukkan beberapa pemain import muda yang sedang cemerlang seperti German Pachecho (Argentina) yang mengantikan Dickson Nwakame dan beberapa lagi import yang bakal diumumkan tak lama lagi.

German Pacheco

Cabaran Kedah dan Pulau Pinang tidak boleh di pandang mudah oleh pasukan lain. Kedah Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, mengejutkan beberapa pasukan Liga Super terlebih dahulu untuk mereka melangkah ke pentas Final. Pulau Pinang pasukan yang boleh membuat 
kejutan sama seperti mereka membelasah Pahang di Piala Malaysia.


Hilton Moreira won the ISL with Sriwijaya FC in 2012.
Import Baru Pulau Pinang


LIGA PREMIER 2016



Dengan penswastaan liga serta beberapa pasukan yang mendapat penajaan yang 'terlebih cukup', Melaka United bakal menjadi pasukan yang digeruni. T-Team dan JDT II juga pasti tidak mahu mereka dipandang enteng, T-Team diperkuat dengan beberapa tonggak import baru termasuklah pemain termahal dari Nepal. JDT II pula membariskan pemain yang beraksi untuk Harimau Muda dengan beberapa pemain naturalisasi menjadi aset penting buat JDT II musim ini.


Dollah Salleh


Perlis dan PKNS bakal menjadi 'pengacau' untuk liga musim ini. Kehadiran mereka dianggap 'cabaran sukar' buat sesetengah pasukan lain. Perlis kali ini di bimbing oleh bekas jurlatih kebangsaan, Pablo Dollah Salleh dan PKNS berjaya mengikat bekas penyerang Selangor , Afiq Azmi untuk mereka bersaing pada musim ini.


Import Nepal - T-Team
#LigaSuper2016
#LigaPremier2016
#LigaMalaysia2016
#FMLLP
#TransformasiBolaSepakMalaysia

-IoI-

Sunday, January 10, 2016

Masih Ada Isu Gaji Pemain Yang Tertunggak

Austino Amutu, mendakwa gajinya masih belum di bayar

Isu tunggakan gaji pemain dengan bola sepak sepak Malaysia tiada penghujungnya. Kebanyakkan gaji yang masih belum dibayar sepenuhnya membabitkan segelintir pemain import. Isu Obinna Nwaneri, bekas tonggak ketal TRW telah selesai namun apa yang membimbangkan kejadian berulang.

Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) perlu mengkaji kesan buruk Liga Malaysia jika isu tunggakkan ini terus berlaku. Isu penajaan pasukan dan hak pasukan juga perlu di ambil kira untuk menjaga 'poket' pasukan di dalam Liga Malaysia. Setelah penswastaan liga ini, sepatutnya sudah tidak ada lagi isu tunggakkan gaji ini timbul.


Keratan akhbar pada 5 februari 2012:

“FAM akan wujudkan satu badan bebas yang akan memantau transaksi pembayaran gaji di setiap pasukan yang bertanding dan turut mendapat kerjasama pihak polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Kita perlu ambil kira kemahuan penyokong yang mahu melihat aksi terbaik dipamerkan pemain. Oleh itu, kami bersedia menggantung mana-mana pasukan daripada menyertai pertandingan bola sepak di negara ini. Tindakan ini berkuat kuasa serta merta hari ini (semalam),” kata Naib Presiden, Datuk Hamidin Mohd Amin, selepas mesyuarat Exco kali keempat yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Kuala Lumpur, semalam.

Wujud lagikah badan bebas ini atau tidak pernah wujud? Kes Obinna Nwaneri hampir di bawa ke Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada tahun lepas namun KAFA berjaya menyelesaikan kes itu segera. Gaji pemain import 'biasa-biasa' pun masih tercungap-cungap nak bayar, inikan pula nak bawa masuk pemain import ternama.

Wajarlah FMLLP dan FAM bekerjasama meneliti setiap gaji dan kotrak pemain import dan tak lupa pemain tempatan sendiri kerana kita tidak mahu Liga Malaysia tercemar dengan isu ini hingga menyebabkan ramai pemain yang berminat bermain di dalam liga kita menjadi 'takut'.

Encik Ayie - MLNews

Saturday, January 9, 2016

Sesi 2 - Taklimat LSLP 2016 di Shah Alam (8 January 2016)

Embedded image permalink
Sesi bergambar dengan kesemua pegawai pasukan beserta Piala-piala yang bakal di pertandingkan.

8 Jan
SHAH ALAM - Semalam merupakan sesi taklimat terakhir yang di anjurkan oleh Football Malaysia LLP. Di harapkan selepas ini, mutu bola sepak negara mampu di tingkatkan dengan sekurang-kurangnya kita di geruni di asia tenggara. Berikut adalah beberapa isi penting yang telah dibentangkan semalam.

1. Deposit penyertaan Liga Super dan Liga Premier tidak berubah dan penggunaan wang dalam FMLLP adalah 100% terbukti telus.

2. Club licensing perlu 'declaration' akaun kelab sebagai salah satu syarat. Tiada had perbelanjaan yang diletakkan oleg FMLLP setakat ini. 

3. Kerjasama dengan pasukan luar adalah di alu-alukan tapi tidak semestinya perlu berkerjasama dengan pasukan-pasukan yang bertaraf dunia. Apa yang penting adalah mencari yang sesuai untuk kelab dan pasukan dari semua segi.

4. Semua pasukan harus melantik Pegawai Media kerana ia sangat penting untuk sesebuah pasukan. Bukan sahaja untuk pasukan, tugas Pegawai Media juga disarankan untuk menasihatkan pemain tentang menjaga imej pasukan, penaja, liga, dan pemain itu sendiri kerana pemain harus sentiasa ingat mereka adalah 'role model' dan apa yang di muat naik boleh di lihat oleh semua lapisan masyarakat termausklah kanak-kanak. Dilarang memuat naik gambar seperti sedang minuman minuman beralkohol,merokok,berbogel dan memandu kerana ianya salah. Tolong tunjukkan kepada peminat sesuatu yang baik untuk di ikut.

5. Tiap-tiap pasukan juga perlu ada dan memiliki laman web serta laman media sosial yang sentiasa 'update'. Ini salah satu cara untuk mendekati peminat,penyokong dan seterusnya sebagai salah satu platform marketing. Info di laman web mahupun di laman sosial haruslah jelas,tidak mengelirukan dan tepat. Provokasi harus di elakkan.

6. Berikut beberapa isi penting dalam taklimat pemasaran.

-Embedded image permalink

- Terdapat 42 buah papan iklan (P-board 1x6): - 30 untuk penaja pertandingan - 12 untuk penaja pasukan.

- 90 minit iklan LED board: - 64 minit penaja pertandingan - 26 minit penaja pasukan

Embedded image permalink

Embedded image permalink

7. Pasukan Wajib Mendaftar Pegawai Pasukan seperti Pengurus Pasukan, Penolong Pengurus Pasukan, Doktor, Pegawai Keselamatan, Pegawai Media.

8. Pasukan Negeri hendaklah mendaftar maksimum 30 atau minimum 20 pemain termasuk 3 penjaga gol & maksimum 4 pemain asing. Pasukan Kelab hendaklah mendaftar maksimum 30 atau minimum 20 pemain termasuk 3 penjaga gol & maksimum 4 pemain asing & minima 5 pemain B21.

9. FMLLP tidak membenarkan pemain lebih umur untuk bermain dalam Piala Belia atau Piala Presiden namun Pemain B21 yang didaftarkan di dalam pasukan Liga Super/Premier dibenarkan bermain dalam Piala Presiden (tiada had) dan juga Pemain B19 yang didaftarkan di dalam pasukan Liga Super/Premier dibenarkan bermain dalam Piala Presiden dan Piala Belia (tiada had).

10. Tiada had pemain yang boleh didaftarkan untuk bermain dalam satu-satu perlawanan.

11. 3 kad kuning - penggantungan 1 perlawanan. Straight red - penggantungan 1 perlawanan automatik - penambahan bergantung keputusan tatatertib. Kad merah pada perlawanan final - penggantungan pada perlawanan pertama liga musim baru. 

12. Merokok di bangku simpanan termasuk vape adalah di larang.

13. Lagu Negeri TIDAK AKAN lagi dimainkan bagi perlawanan Liga Super dan Liga Permier musim 2016, termasuk perarakan bendera Negeri. FIFA Anthem dan Negaraku akan tetap dimainkan. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu mengambil masa yang lama untuk kick-off. jika terlalu lama berdiri, ia akan memberi kesan kepada pemain yang sudah memanaskan badan.

14. Venue home Pasukan @feldaunitedfc tahun ini adalah Stadium Tun Abdul Razak, Jengka (artificial turf) Kuantan FA dan @PFCconnect akan berkongsi venue Stadium Darul Makmur, Pahang.

15. Jadual sangat padat tahun ini. Terutama kerana liga tidak akan dimainkan di bulan Ramadhan. Piala Malaysia 2016 akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri, pada bulan Julai 2016.

16. Kelayakan Piala Malaysia 2016: 

               1. 11 Teratas Liga Super 
               2. 5 Teratas Liga Premier 

               (Kedudukan Liga selepas Perlawanan Minggu 11)

17. Club Licensing :- 

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink

Embedded image permalink
All Super League teams are expected to be licensed by 2018.

18. Untuk mendapatkan Club Licensing, pasukan hendaklah menubuhkan program belia yang efisien. dan 'double contract' pemain mesti dihapuskan. Banyak pasukan yang masih belum mendapat Club Licensing kerana tidak mempunyai pegawai-pegawai pasukan yang mencukupi. Dari segi infrastruktur pula, stadium-stadium tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Kebanyakan pasukan juga masih kurang program belia. Pasukan juga perlu memastikan keselamatan dan kemudahan di stadium lebih baik untuk penyokong. Pasukan hendaklah melantik Pegawai Club Licensing yang berkelayakan.

19. Perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan tahun ini akan diadakan di seluruh Malaysia, bukan sahaja di Lembah Klang.

Berdasarkan sesi taklimat selama 2 hari, kita nampak perbezaan yang bakal ditempuhi oleh semua pasukan bila liga kita kearah penswastaan pada tahun ini. Amatlah diharapkan dengan penswastaan ini, mutu bola sepak Malaysia satu hari nanti akan digeruni di Asia Tenggara dan insya Allah akan membuka mata dunia pula satu hari nanti.

Friday, January 8, 2016

Sesi 1 - Taklimat LSLP 2016 di Shah Alam (7 January 2016)


7 Jan 2016
SHAH ALAM - Forum dan Taklimat Liga Super dan Liga Premier 2016 untuk semua 24 pasukan yang bertanding telah bermula. Majlis dimulakan dengan ucapan dari Ahli Lembaga Pengarah FMLLP, Dato' Sri Afandi Haji Hamzah. Berikut adalah beberapa perkara penting di bentangkan kepada 24 pasukan yang terbabit.

1. Kesemua pertandingan termasuklah Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia adalah dibawah pengurusan dan kendalian Football Malaysia LLP.



2. Lembaga Pengarah Football Malaysia LLP telah memutuskan tarikh Tempoh Pendaftaran Pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2016 selaras dengan ketetapan FIFA Regulations on the Status and Transfers of Players.

Tempoh Jendela Perpindahan Pemain bagi Liga Super dan Liga Premier 2016 adalah seperti berikut:

TEMPOHPEMAIN TEMPATANPEMAIN ASING
Pendaftaran Pertama23 November 2015 –
14 Februari 2016
Jam 12.00 tengahari
23 November 2015 –
14 Februari 2016
Jam 11.59 malam
Pendaftaran Kedua20 Jun – 15 Julai 2016
Jam 12.00 tengahari
20 Jun – 15 Julai 2016
Jam 11.59 malam


Lembaga Pengarah Football Malaysia LLP memutuskan tarikh-tarikh berikut sebagai jendela perpindahan pemain Liga Super dan Liga Premier bagi tahun 2016 selepas Ketua Pengarah Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam bersama ‘research team’ Football Malaysia mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk mengumpul maklumat, mengambil kira nasihat pihak pengurusan liga-liga terkemuka dunia dan meneliti jendela perpindahan pemain mereka.

Tempoh jendela perpindahan yang dibuka pada 23 November hingga 14 Februari dan 20 Jun hingga 15 Julai adalah selaras dengan jendela perpindahan liga-liga di Eropah, liga Jepun, Korea, Australia dan Nigeria. Jendela perpindahan pertama Liga Super dan Liga Premier 2016 pada bulan Januari adalah selaras dengan jendela perpindahan kedua liga-liga Eropah manakala jendela perpindahan kedua pada bulan Jun hingga Julai dibuka ketika jendela perpindahan musim panas di Eropah.

Untuk makluman, jendela perpindahan pertama hanya akan ditutup semasa liga sedang berlangsung pada awal musim berbanding sebelum ini dimana jendela perpindahan ditutup sebelum liga dimulakan. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pasukan untuk melakukan perubahan dalam pasukan (jika perlu) sekiranya berlaku kecederaan terhadap pemain semasa pra-musim. Bagi jendela perpindahan kedua pula, pendaftaran pemain masih boleh berlaku walaupun pada tempoh masa perpindahan itu tiada perlawanan liga yang sedang berlangsung. Ini bermaksud tarikh jendela perpindahan kedua tidak semestinya berlaku sewaktu liga sedang berlangsung, contohnya seperti di Jerman atau negara-negara lain di Eropah yang mengamalkan “mid-season break” – cuti pada pertengahan musim pada bulan Januari tetapi jendela perpindahan kedua liga di negara tersebut tetap berlaku walaupun tiada perlawanan liga berlangsung ketika itu.

Jendela perpindahan pada tarikh-tarikh ini akan membuka lebih banyak pilihan kepada pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier Malaysia untuk mendapatkan pemain-pemain asing bagi memperkuatkan pasukan mereka. Dalam pada itu, tempoh jendela perpindahan ini turut memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan dan asing yang beraksi dalam Liga Malaysia untuk dikenalpasti oleh ejen-ejen atau pasukan-pasukan luar negara untuk ditandatangani.

Keputusan untuk membuka pendaftaran kepada pemain pada tarikh-tarikh ini adalah juga lebih adil kepada pemain-pemain kerana mereka kini mempunyai lebih masa untuk menyesuaikan diri bersama pasukan dan membuktikan kemampuan mereka sebelum pasukan memutuskan nasib mereka pada jendela perpindahan yang akan datang.

3. Liga Malaysia tahun ini akan berlangsung sepanjang musim dari Februari hingga Oktober dan Liga Malaysia tidak akan dimainkan pada bulan Ramadhan pada tahun ini.

4. Kesemua pasukan PERLU menandatangani Partnership Agreement dengan FMLLP dan selepas itu bermakna kesemua pasukan adalah FMLLP. FMLLP berkuasa dan berhak untuk mengubah jadual, peraturan dan lain-lain.

5.Tindakan disiplin tatatertib, kontrak pemain dan status pemain KEKAL dibawah bidang kuasa FAM.

6. Pasukan Liga Super tahun ini akan menerima RM1 Juta & 500k untuk pasukan Liga Premier. Akan ada penambahan selepas ini.

7. FMLLP akan bertanggungjawab menguruskan hak & peraturan komersil,penyiaran liga & operasi liga hari ke hari.

8. Kesalahan yang dibuat oleh penyokong meningkat setiap tahun. 20 kes untuk tahun 2015. Pasukan tuan rumah bertanggungjawab ke atas kesalahan penyokong jika ada berlaku perkara buruk.

9. Jika keputusan pengadil perlu diubah, pasukan harus dipastikan kesalahan itu serius & jelas. Bukti video atau gambar boleh di kemukan.

10. Setiap pasukan wajib memiliki Automated External Defibrillator (AED). Perlawanan tidak akan dimula jika tiada AED. Ini kerana kes kematian di sebabkan Cardiac Arrest selalu terjadi di dalam bola sepak.


11. 'Vanishing Spray' bakal digunakan dan perkara ini masih di dalam perbincangan.

12. 'FAM On The Field' adalah group untuk pengadil & penilai pengadil bertukar pandangan serta menilai kesilapan.

13. Nama-nama pemain yang digantung kerana rasuah akan diedarkan kepada semua pasukan agar pasukan tidak menandatangani pemain-pemain ini.

14. Drone adalah di larang kerana ia di kira sebagai ancaman baru yang perlu diberi perhatian serius jika dilihat semasa perlawanan berlangsung.

Taklimat akan di sambung keesokkan harinya pula dengan beberapa lagi topik bakal di bentangkan.

"Gol dikira offside kerana pemain menghalang pemandangan penjaga gol semasa FK bagi kes ini." Jab. Pengadil FAM




"Dalam kes ini, red card, direct free kick" Jab. Pengadil FAM

Thursday, January 7, 2016

MISI PULIH MARUAH - SIME DARBY



Sime darby masih ada semangat juang pulihkan maruah tercalar musim lalu di bawah sentuhan pengendali baharu, abdul ghani malik selain dapatkan kembali penyerang import 2014, mateo roskam.

Kekalkan beberapa muka lama seperti juzaili samion, k.prabakaran dan mohd. Redzuan harun, sime darby pertaruh ramai pemain-pemain muda.

Ghani malik yang bertindak enam tahun selaku pembantu kepada ismail zakaria, tidak kekok dengan tugasan baharu diberikan.

Biarpun dibekal pemain yang bukan berada dalam radar bintang, ghani tetap berazam mahu bawa sime darby kembali beri cabaran.

"Saya mahu cuba kekalkan pasukan di dalam Liga Perdana, kita akan cuba perbaiki keputusan musim lepas," kata Abdul Ghani.

Sudah punyai tiga pemain import termasuk bekas pemain, roskam, sime darby turut diperkuatkan frederick pooda dari ivory coast dan pertahanan korea selatan, ha dae won.

Buat masa ini, sime darby sedang uji dua lagi pemain dari tajikistan dan kyrgystan untuk penuhi satu lagi slot pemain import.

Sementara itu, roskam yang pernah bersama sime darby pada 2014, akui cukup rindukan suasana malaysia, jadi punca dia kembali ke malaysia.

"Saya sangat teruja untuk kembali beraksi di sini dan saya sangat merindui suasana cabaran Liga Malaysia," kata Mateo Roskam.

Tuesday, January 5, 2016

Senarai Penuih Pasukan LIGA PREMIER 2016


Musim panjang Liga Premier 2015 telahpun berakhir Jumaat lalu dengan kejayaan manis pasukan dari utara iaitu Kedah dan Pulau Pinang yang masing-masing berjaya muncul juara serta naib juara Liga Premier 2015 sekaligus bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2016 akan datang. Pasukan ATM FA dan Sime Darby FC yang menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga kesebelas dan keduabelas bakal beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 akan datang. 2 pasukan di tangga tercorot Liga Premier 2015 iaitu Kuala Lumpur dan SPA FC bakal beraksi dalam saingan Liga FAM 2016 akan datang manakala 2 pasukan yang akan beraksi dalam Liga Premier 2016 adalah pasukan Juara Kumpulan A Liga FAM, Perlis serta Juara Kumpulan B Liga FAM, Melaka United.


Kejayaan pasukan Perlis dan Melaka United kembali beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 pastinya akan merancakkan lagi saingan musim baru liga akan datang. Dengan Liga Malaysia 2016 diswastakan, setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan masing-masing. Pasukan Kuala Lumpur pastinya menarik nafas lega apabila 1 slot di Liga Premier di berikan secara automtik kepada KLFA, dan play-off untuk 1 slot di Liga Super bakal di tentukan antara ATM dengan T-Team pada hujung bulan Januari 2016.




*1 Slot ke Liga Super 2016 di tentukan dengan Play-off ATM dengan T-Team
*1 Slot di Liga Premier secara automatik di isi oleh pasukan Kuala Lumpur

ATM guna 100 peratus pemain tentera

SEREMBAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat rombakan besar-besaran apabila menggugurkan sebahagian besar pemain musim lalu dan menggunakan 100 peratus pemain tentera bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Jurulatih ATM, Azhar Abdullah yang mengesahkannya berkata, walaupun beberapa pemain tempatan berpengalaman ada menyatakan minat untuk menyarung jersi skuad The Gladiators, Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) terpaksa menolaknya.


Katanya, pihaknya akur dengan keputusan PBAT dalam pembentukan pasukan musim baharu ini termasuk menggunakan sepenuhnya pemain tentera.

"Hanya enam pemain musim 2015 yang dikekalkan dalam pasukan itu antaranya Mohd Hafizuddin Azuhar, Badrul Hisham Mohd Sufian, Muhammad Safwan Hasyim, Raja Mohd Ridzuwan Effendy Raja Kamaruddin, Muhd Aifaa Mat Baliya dan Venice Elpi

"Kami sedang mengenal pasti pemain kalangan anggota tentera yang berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan itu bagi persiapan mengharungi perlawanan play-off menentang T-Team di Stadium Perak, Ipoh, 30 Januari ini," katanya hari ini.

Katanya, terdapat 36 pemain tentera sedang dinilai dalam beberapa sesi pemilihan bagi mencari 20 pemain awal untuk menghadapi perlawanan play-off bagi memilih satu pasukan beraksi di Liga Super musim 2016.

"Sebaik selesai memilih pemain terbabit, perancangan seterusnya ialah mendapatkan keserasian dan merangka strategi terbaik kerana tugas berhadapan dengan T-Team, bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk mengadakan aksi persahabatan dengan beberapa pasukan yang berada di sekitar Lembah Klang menjelang perlawanan play-off itu nanti dalam usaha memberikan saingan terbaik.

"Saya berharap usaha membentuk pasukan mantap berjalan lancar walaupun dalam keadaan yang amat terbatas," katanya.

Monday, January 4, 2016

Piala Sumbangsih 2016

Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau dikenali sebagai Piala Sumbangsih 2016 merupakan kejohanan Piala Sumbangsih yang ke-31, sebuah kejohanan perlawanan bola sepak Malaysia antara juara Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia. Perlawanan tersebut antara pasukan Selangor, menentang pasukan Johor Darul Ta'zim FC pada 13 Februari 2016 di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Johor Bahru.

LIGA MALAYSIA MUSIM 2016

Persatuan Bolasepak Malaysia dan Football Malaysia LLP telah memutuskan bahawa Liga Super 2016 dan Piala Sumbangsih akan bermula pada 13hb Februari 2016 dan berakhir pada 22hb Oktober 2016 manakala Liga Premier 2016 akan bermula pada 12hb Februari 2016 dan akan tamat pada 21hb Oktober 2016.

Connect With Us