Showing posts with label DRB HICOM FC. Show all posts
Showing posts with label DRB HICOM FC. Show all posts

Saturday, February 6, 2016

Kereta Baharu Untuk Pemain DRB Hicom


SHAH ALAM: Sebuah kereta PROTON baharu akan dihadiahkan kepada setiap pemain DRB-Hicom FC jika pasukan itu menduduki kelompok dua pasukan teratas dalam saingan Liga Perdana, yang akan membuka tirai pada 12 Februari. 

Tanpa memberitahu model kereta itu, penaung kelab, Tan Sri Mohd Khamil Jamil, berkata sebuah motosikal Modenas yang baharu di samping insentif tambahan akan dihadiahkan kepada setiap pemain jika mereka menamatkan saingan di tangga ketiga atau keempat dalam kalangan empat pasukan teratas aksi peringkat kedua Liga Malaysia.

 "Saya membuat janji yang serupa dua tahun lalu dan saya berharap pengumuman ini akan mendorong pemain bekerja lebih keras untuk menduduki antara dua pasukan teratas Liga Perdana 2016," katanya mengumumkan senarai baharu skuad bagi musim 2016 di Wisma DRB-Hicom, di sini, semalam. Mohd Khamil yang juga Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom melahirkan keyakinan kemasukan dua pemain import baharu iaitu - bekas bintang Seattle Sounders FC, Philip Lund dari Denmark dan bekas penyerang Negeri Sembilan, Kim Jin-Ryong dari Korea Selatan akan memberi lebih sengit di barisan penyerang.

Berkongsi pandangan yang serupa ialah Ketua Jurulatih, Chong Yee Fatt, yang berhasrat untuk mengubah nasib pasukan itu, yang pernah dianggap sebagai pasukan belasahan dalam Liga Perdana. 

Bekas Penolong Jurulatih Perak itu juga percaya kedudukan dua tangga teratas boleh dicapai jika pemain menampilkan persembahan yang cemerlang dalam setiap perlawanan dan tidak memperlekehkan kemampuan pasukan lawan.

 "Saingan Liga Super dan Liga Perdana mempunyai cabarannya sendiri tetapi bagi saya, saya akan mencuba yang terbaik untuk memperbaiki kedudukan pasukan daripada tangga ke-10 (daripada 12 pasukan) musim lalu ke kedudukan lebih baik," kata Chong. 

Sementara itu, kapten pasukan, Abdullah Yusoff, 29 mengakui kelompok dua terbaik adalah satu cabaran yang sukar, namun yakin ia mampu dicapai menerusi kehadiran dua pemain import baharu skuad "The Great Bees". 

"Pengurusan melakukan banyak rombakan dengan memasukkan beberapa pemain muda dan saya harap kita dapat capai sasaran ditetapkan," katanya yang beraksi di posisi pertahanan.

 DRB-Hicom FC turut mengumumkan Stadium PROTON di Tanjung Malim, Perak menjadi lokasi tuan rumah, musim ini. 

Senarai Pemain: 

Penjaga gol: Mohd Hafidz Romli, Mohd Hafiz Abu Bakar, Mohd Jibrail Kamaron Baharin. 

Pertahanan: Mohamad Hamirul Hakim Mohamad Akher, Nasrullah Haniff Johan, K Shathiya, Abdullah Yusoff (kapten), Mohd Faizal Mansor, B Sanjef Dinesh, Godiwn Antwi Birago (Ghana). 

Tengah: A Puvanarajah, Muhammad Nazri Mohd Kamal, Hairil Irwan Jamaludin, Kim Jin Ryong (Korea Selatan), Muhammad Zikry Kamaruzaman, Ashadi MohdYusoff, Muhamad Azmi Hamzah, Mohamad Khairul Asyraf Ramli, M Yoganathan, Muhammad Daniel Azeem Mohd Fauzi. 

Penyerang: Ivan Babic (Croatia), Mohd Arip Amiruddin, Philip Lund (Denmark), Muhammad Fakrul Aiman Sidid, Mohamad Hakimi Isa.

 - BERNAMA

Tuesday, January 5, 2016

Senarai Penuih Pasukan LIGA PREMIER 2016


Musim panjang Liga Premier 2015 telahpun berakhir Jumaat lalu dengan kejayaan manis pasukan dari utara iaitu Kedah dan Pulau Pinang yang masing-masing berjaya muncul juara serta naib juara Liga Premier 2015 sekaligus bakal beraksi dalam saingan Liga Super 2016 akan datang. Pasukan ATM FA dan Sime Darby FC yang menamatkan saingan Liga Super 2015 di tangga kesebelas dan keduabelas bakal beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 akan datang. 2 pasukan di tangga tercorot Liga Premier 2015 iaitu Kuala Lumpur dan SPA FC bakal beraksi dalam saingan Liga FAM 2016 akan datang manakala 2 pasukan yang akan beraksi dalam Liga Premier 2016 adalah pasukan Juara Kumpulan A Liga FAM, Perlis serta Juara Kumpulan B Liga FAM, Melaka United.


Kejayaan pasukan Perlis dan Melaka United kembali beraksi dalam saingan Liga Premier 2016 pastinya akan merancakkan lagi saingan musim baru liga akan datang. Dengan Liga Malaysia 2016 diswastakan, setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan masing-masing. Pasukan Kuala Lumpur pastinya menarik nafas lega apabila 1 slot di Liga Premier di berikan secara automtik kepada KLFA, dan play-off untuk 1 slot di Liga Super bakal di tentukan antara ATM dengan T-Team pada hujung bulan Januari 2016.




*1 Slot ke Liga Super 2016 di tentukan dengan Play-off ATM dengan T-Team
*1 Slot di Liga Premier secara automatik di isi oleh pasukan Kuala Lumpur

Connect With Us