Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts
Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts

Tuesday, February 2, 2016

Terengganu Masih Mencari 2 Pemain Lagi






TERENGGANU masih mencari dua lagi pemain termasuk seorang pemain import bagi melengkapkan pasukan menghadapi Liga Malaysia 2016.

Ketua jurulatihnya, Ahmad Yusof yakin pencarian itu mampu dimuktamadkan sebelum 13 Februari ini kerana pemain diburu berada dalam perhatian.

“Kami menyenaraipendekkan senarai pemain untuk dibuat pemilihan bagi mengisi kekosongan itu dan saya yakin kuota itu (pemain tempatan dan import) dapat dipenuhkan sebelum tarikh tutup,” katanya di sini semalam.

Setakat ini, Terengganu mendapatkan bekas kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar dan pemain tengah Mohd Affizie Faisal Mamat bagi memantapkan lagi barisan negeri itu.

Kehadiran kedua-dua pemain itu sekali gus meredakan kebimbingan terutamanya di barisan tengah selepas beberapa pemain mengalami kecederaan dan hanya bergantung kepada Vincent Bikana sahaja.

Ahmad berharap dua pemain baru itu dapat membantu pasukan mendapatkan sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Jadi saya berharap kehadiran Hai-O dapat membantu dan memberi inspirasi kepada pemain sedia ada terutama pemain muda,” katanya. - Bernama

Wednesday, January 6, 2016

Tidak terburu-buru cari pemain import keempat





PERSATUAN Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak terburu-buru mencari pemain import keempat bagi memantapkan pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Presidennya Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, sebaliknya berkata persatuan akan menguji sekurang-kurangnya empat lagi pemain import sebelum membuat keputusan muktamad menyenaraikan pemain berkenaan.

"Kita tidak boleh gopoh dalam mengambil pemain import keempat bagi mengelak masalah seperti sebelum ini. Lagi pun kita mempunyai masa yang cukup membuat pemilihan kerana tarikh akhir pendaftaran pada 12 Februari," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dalam tempoh sebulan akan datang, pihaknya akan menguji pemain dari Nigeria, Mali dan Brazil malah ujian tersebut bukan sahaja dari sudut prestasi tetapi juga kesihatan mereka.

Katanya pemain import tahun lepas yang dikekalkan Terengganu tahun ini, ialah Vincent Bikana dari Cameroon, Gustavo Lopez (Argentina) dan Issey Nakajima Farran (Kanada).

Beliau berkata dalam pencarian pemain import untuk melengkapkan kuota empat pemain import musim ini, pihaknya telah menguji 10 pemain daripada pelbagai negara tetapi kesemua mereka tidak menepati kehendak persatuan.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Nizam berkata PBSNT telah menawarkan bekas pemain Inter Milan, Victor Obinna, 28, dari Nigeria untuk beraksi dengan Terengganu dibawah bimbingan Ahmad Yusof, musim ini.

"Namun, belum ada perkembangan positif mengenai perkara itu sehingga kini," katanya. - Bernama

Tuesday, January 5, 2016

Senarai Penuh Pasukan LIGA SUPER 2015




Musim panjang Liga Super 2015 telahpun melabuhkan tirainya semalam dengan kejayaan manis pasukan Johor Darul Ta’zim FC mengekalkan kejuaraan Liga Super yang mereka miliki musim lalu. Pasukan Harimau Selatan berjaya mengatasi cabaran sengit pasukan Pahang atau Tok Gajah dengan kelebihan 2 mata. Kejayaan ini pastinya menjadi pembakar semangat pasukan JDT FC untuk terus maju jaya dalam saingan bola sepak tempatan mahupun di persada Asia.

Musim baru Liga Super 2016 pastinya akan dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak tempatan apatah lagi musim depan bakal menyaksikan penswastaan Liga Malaysia 2016. Liga Super 2016 juga menyaksikan 2 pasukan dari Liga Premier 2015 iaitu Kedah selaku Juara Liga Premier 2015 dan Pulau Pinang selaku naib juara Liga Premier 2015 akan sama-sama bersaing dengan 10 pasukan yang masih kekal dalam Liga Super 2016.

ATM dan T-TEAM akan merebut 1 slot kekosongan yang di tinggalkan LIONS XII pada hujung bulan januari nanti.

FAM tidak menyambung penjanjiannya bersama Persatuan Bola Sepak Singapura serta memanggil balik Skuad Harimau Muda yang berkelana disana. Skuad Hrimau Muda pula di bubarkan kerana sudah tidak relevan lagi.



*Slot LIONS XII bakal di isi antara ATM ataupun T-TEAM

Connect With Us