Tuesday, February 2, 2016

Terengganu Masih Mencari 2 Pemain Lagi






TERENGGANU masih mencari dua lagi pemain termasuk seorang pemain import bagi melengkapkan pasukan menghadapi Liga Malaysia 2016.

Ketua jurulatihnya, Ahmad Yusof yakin pencarian itu mampu dimuktamadkan sebelum 13 Februari ini kerana pemain diburu berada dalam perhatian.

“Kami menyenaraipendekkan senarai pemain untuk dibuat pemilihan bagi mengisi kekosongan itu dan saya yakin kuota itu (pemain tempatan dan import) dapat dipenuhkan sebelum tarikh tutup,” katanya di sini semalam.

Setakat ini, Terengganu mendapatkan bekas kapten Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar dan pemain tengah Mohd Affizie Faisal Mamat bagi memantapkan lagi barisan negeri itu.

Kehadiran kedua-dua pemain itu sekali gus meredakan kebimbingan terutamanya di barisan tengah selepas beberapa pemain mengalami kecederaan dan hanya bergantung kepada Vincent Bikana sahaja.

Ahmad berharap dua pemain baru itu dapat membantu pasukan mendapatkan sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Jadi saya berharap kehadiran Hai-O dapat membantu dan memberi inspirasi kepada pemain sedia ada terutama pemain muda,” katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Connect With Us