PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) dituntut memberikan persembahan terbaik menjelang kunjungan menentang Muangthong United di Stadium Thunder Dome dalam kempen Pusingan Kedua Kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), malam ini.
Ketua jurulatihnya, Mario Gomez berkata, dia mahu pemainnya memberikan sepenuh perhatian sepanjang aksi kerana perlawanan menentang kelab dari Thailand itu penting.
“Perlawanan ini sangat penting kerana kami memang mahu bermain di ACL pada musim ini.
“Mereka sebuah pasukan yang bagus, tetapi kami akan berjuang bagi memastikan sasaran layak ke saingan ACL tercapai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Mengenai persiapan Harimau Selatan, Mario Gomez berkata, dia kini sedang mempersiapkan kesebelasan terbaik Harimau Selatan bagi berdepan skuad Twin Qilin berkenaan.
“Masih terlalu awal untuk beritahu siapa yang akan diturunkan, namun saya akan menurunkan barisan kesebelasan terbaik bagi memenangi perlawanan ini.
“Mereka sebuah pasukan yang baik dan kuat, malah pernah layak ke ACL sebelum ini. Jadi semua pemain perlu berwaspada sekali gus tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan,” katanya.
No comments:
Post a Comment