Saturday, February 6, 2016

P. PINANG AMBIL CHAD SOUZA GANTI JOSE TADEU - Astro Arena

p-pinang-ambil-chad-souza-ganti-jose-tadeuPersatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akhirnya capai keputusan memilih bekas pemain PDRM dan Perak, Charles Chad Souza sebagai pengganti kepada penyerang import, Jose Tadeu yang digugurkan sebelum ini.



Enggan lagi tersalah langkah ambil pemain import yang tidak diketahui kemampuannya, FAP pilih jalan selamat dapatkan Chad Souza yang pernah beraksi baik di Liga Malaysia.

Menurut pengurus Pulau Pinang, mohd. Azizudin mohd.Shariff, walaupun umur chad souza sudah mengjangkau 34 tahun, dia optimis penyerang berasal dari brazil ini masih boleh menyinar.

"Kita sudah tawarkan kontrak kepada Chad yang berada di Brazil ketika ini. Kami juga telah berbincang mengenai syarat dan terma dan secara prinsip dia sememangny sudah setuju sertai Pulau Pinang," jelasnya.

Jelasnya lagi, keputusan mengambil Chad Souza dibuat atas permintaan jurulatih, Jacksen F. Tiago sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak.

"Chad dilihat sesuai dengan taktikal jurulatih dimana memerlukan khidmat 'target man' yang mampu memegang bola," katanya.

Pada khamis, Nadi Arena mengesahkan khidmat Jose Tadeu bakal tamatkan selepas pamerkan aksi buruk dalam empat perlawanan persahabatan yang undang kritikan pedas penyokong Harimau Kumbang.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us