Pengendali baru Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi meminta penyokong setia pasukan itu agar tidak cepat melatah dengan persembahan import Slovenia, Dalibor Volas.
Shahruddin menjelaskan bahawa pemain penyerang itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri kerana baru berada di Malaysia kurang dari tiga minggu."Kita perlu melihat apabila tirai Liga Malaysia 2016 dibuka untuk melihat Volas mempamerkan kualiti sebenar," kata Shaharuddin yang dipetik dari BH Online.
Pemain berusia 30 tahun itu masih belum menambat hati peminat namun pengurus pasukan Datuk Che Nasir Salleh percaya dengan kemampuan pemain itu.
Nasir turut percaya pengalaman dipikul pemain itu kritikal untuk perjalanan Pahang FC musim ini.
Penyokong Pahang resah apabila Volas gagal menghadirkan ancaman dikubu pertahanan lawan.
Buktinya ketika siri perlawnan pra musim di Thailand, Pahang gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 3 perlawanan.
No comments:
Post a Comment