Wednesday, February 10, 2016

Panas ! PKNS Sambar Pemain Terlibat Belasah Malaysia 6-0, Matias Jadeu ke PKNS

pkns-sambar-pemain-terlibat-belasah-malaysia-6-0
PKNS sambar penyerang kebangsaan Palestin, Matias Jadeu untuk lengkapkan kuota import pasukan selain bekas pemain kelab Argentina Newell's Old Boys, Juan Manuel Cobelli.
Jadeu merupakan salah seorang watak penting pasukan Palestin ketika menewaskan skuad kebangsaan dalam kedua-dua perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

Berasal dari Santiago, Chile namun memegang kerakyatan Palestin, Jadeu yang baharu berusia 23 tahun dilihat mampu menampung kekosongan ditinggalkan Patrick Ronaldinho.

Walaupun masih keletihan 37 jam penerbangan dari Chile ke Malaysia, dia yang baharu tiba pada Isnin, sudah jalani latihan bersama PKNS.

"PKNS menghubungi ejen saya dan menawarkan peluang untuk beraksi bersama kelab ini. Saya berpendapat ia peluang yang baik untuk mengembangkan karier saya," katanya.

Sementara itu, pengendali Elavarasan berasa cukup bertuah berjaya sambar khidmat Jadeu dan Cobelli yang diharap mampu bantu ketumpulan di jentera serangan.

Dia berharap kedua-dua mereka dapat diturunkan pada perlawanan pertama Liga Perdana menentang Kuala Lumpur, Jumaat ini.

"Kami menilai aksi dia ketika berdepan Malaysia dan Arab Saudi dan kami merasakan dia sememangya calon sesuai untuk membantu pasukan memburu gol," jelasnya.

Cobelli tidak dapat sertai latihan pada Selasa ekoran ada masalah peribadi dan dijangka sertai latihan dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us