SHAH ALAM: Juara Piala Malaysia, Selangor, sudah bersedia untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim baharu, yang bakal membuka tirai pada 13 Februari.
Skuad Red Giants akan memulakan aksi saingan pada perebutan Piala Sumbangsih bertemu juara PLiga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, di Larkin, Johor.
Pengurus pasukan, Amirudin Shari, berkata kombinasi tumpuan kali ini pasti menjurus kepada Selangor selaku juara Piala Malaysia.
"Kita sasar untuk muncul juara Liga Super dan mempertahankan Piala Malaysia. Yang lain, kita lihat keadaan dari semasa ke semasa.
"Ada tekanan ke atas pasukan, tetapi saya minta pemain kekal fokus. Dengan jumlah dan kualiti pemain yang ada, saya percaya kita mampu cipta kejutan," katanya ketika majlis pelancaran jersi The Red Giants musim ini, di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment