Saturday, February 6, 2016

Geng Utara Tak Sabar Buka Tirai

Liga Malaysia 2016 semakin hampir buat semua pasukan, tidak terkecuali tiga pasukan dari utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis dalam usaha untuk memastikan kejayaan untuk musim ini.

Kedah hadir ke Liga Super dengan reputasi hebat selaku juara Liga Perdana 2015 dan naib juara Piala Malaysia musim lalu.

Lantas kelibat skuad Lang Merah pastinya diberi tumpuan apatah lagi dibarisi pemain tempatan dan import berkualiti.

Di bawah pimpinan Tan Cheng Hoe, gandingan pemain muda dan senior jadi taruhan utama kedah bagi misi raih kejuaraan.

"Saya amat gembira kerana kembali bersama Kedah dan semua pemain semakin serasi, saya yakin Kedah mampu beri impak musim ini," kata Farhan.

Turut bakal mencuri perhatian skuad Pulau Mutiara apabila kembali ke kancah liga utama sejak sekian lama.

Selaku naib juara liga perdana musim lalu, Pulau Pinang turut miliki skuad seimbang dibawah bimbingan Jacksen F. Tiago.

Sekalipun cetek pengalaman bekas pemain Harimau Muda seperti Faizat Ghazli, Jafri Firdaus Chew dan S. Kumaahran tampak mampu cipta impak.

Begitupun, keupayaan pemain asing pasukan ini masih jadi tanda tanya kerana tiga daripadanya merupakan muka baru untuk sasaran enam teratas liga.

"Kita telah cuba yang terbaik dalam perlawanan persahabatan, namun kita harus lebih fokus dengan strategi dan taktikal menjelang aksi pembukaan nanti," kata Jacksen.

Beraksi dalam saingan Liga Perdana, Perlis antara pencabar terkuat kejuaraan selain Melaka dan Johor Darul Takzim II.

Hanya satu faktor yang menjadikan skuad Singa Utara sebagai pilihan kelibat pengendalinya Dollah Salleh.

Bekas jurulatih negara itu pernah dilabel miliki sentuhan magis berdasarkan kejayaannya bersama beberapa pasukan terdahulu.

Begitupun, cabaran berbeza menanti dollah walaupun berjaya mendapatkan khidmat tujuh bekas pemain pdrm untuk perkuat skuad Perlis.

"Setiap bekas pemain PDRM yang sertai Perlis, mereka telah menjalani ujian sebelum saya membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat mereka," kata Dollah.

"Tiada banyak beza di antara Liga Perdana dan Liga Super kerana kedua-duanya bersifat kompetitif.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us