Sunday, February 7, 2016

Syahrul Azwari Dibenarkan Beraksi Bersama Sarawak


Bekas pemain Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim telah dibenarkan mewakili skuad Bujang Senang musim ini.

Sebelum ini presiden (KAFA) memaklumkan mereka amat memerlukan khidmat pemain muda itu untuk musim ini dan menegaskan beliau ada dalam perancangan PQP TRW untuk musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Sudarsono Osman, telah berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mendapatkan khidtmat pemain muda tersebut.

"Mengenai status pemain muda Syahrul ini, kita sudah berbincang dengan KAFA dan mereka bersetuju memberi peluang kepada Syahrul, kemungkinan besar mewakili pasukan Sarawak dengan beberapa syarat yang masih dalam rundingan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us