Tuesday, February 9, 2016

Kedah sedih Abang Terlajak Laris tidak jadi taja bola sepak

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merasa sedih apabila mendapat tahu beberapa pihak yang sebelum ini berminat untuk menaja skuad Helang Merah dikatakan tidak lagi berminat berbuat demikian.
Ia antara lain melibatkan penaja seperti syarikat produk kesihatan dan kecantikan D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd milik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.
Kedah sedih Abang Terlajak Laris tidak jadi taja bola sepak
Setiausaha kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata beliau berasa sedih apabila dimaklumkan tentang perkara tersebut ketika KFA memerlukan banyak tajaan bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini yang akan bermula empat hari lagi.
“Saya telah dimaklumkan tentang pembatalan tajaan daripada D’Herbs dan sehingga kini tiada kata putus berhubung penajaan ini. Sekiranya tajaan ditarik semula, saya merasa susah hati dengan kedudukan kewangan KFA.
“Kita masih memerlukan penajaan yang banyak, jadi saya masih mengharap tajaan akan diberikan kepada KFA bagi membolehkan pasukan Kedah menghadapi musim ini dengan baik,” katanya kepada pemberita.
Penarikan tajaan dikaitkan dengan pertukaran menteri besar baru-baru ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment

Connect With Us