Showing posts with label JANUARI. Show all posts
Showing posts with label JANUARI. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

TAKLIMAT PASUKAN LIGA SUPER DAN LIGA PREMIER 2016 TELAH BERMULA





Tujuan utama taklimat ini adalah untuk menerangkan dan menjelaskan peraturan, proses atau prosedur yang harus dipatuhi oleh semua pasukan bagi musim ini.

Pihak-pihak yang bakal membuat pembentangan adalah:
~Unit Pertandingan (FMLLP)
~Pengadil (FAM)
~Keewangan (FMLLP)
~Undang-Undang (FMLLP & FAM)
~Keselamatan dan Integriti (FAM)
~Medikal dan Sains Sukan (FAM)
~Pemasaran dan Media (FMLLP)
~MP & Silva
~AFC Sanction
~Perlesenan Kelab
~Pengurusan Pasukan Kebangsaan (FAM)

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia LLP, Kevin Ramalingam menegaskan, taklimat ini akan menumpukan sepenuhnya kepada liga yang akan bermula pada bulan Februari ini.

“Pada taklimat ini semua pasukan akan mengetahui perkara-perkara yang perlu dilaksanakan semasa hari perlawanan, dari segi teknikal, komersil, penjelasan yang lebih terperinci dalam pemasaran dan terdapat juga perkara baru yang akan dibentangkan dari Jabatan Pengadil,” jelas Kevin.

Selepas tamatnya taklimat ini, Majlis Undian Piala FA 2016 akan diadakan pada Sabtu, 9 Januari 2016 diikuti dengan sidang media.

Tuesday, January 5, 2016

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA 2016 : JOHOR DARUL TAKZIM FC VS CHONBURI FC



Perlawanan Persahabatan Antarabangsa 2016:

Juara AFC Cup 2015, JOHOR Southern Tigers akan menentang Chonburi Football Club dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium Chonburi, Thailand pada 17 Januari ini.

Kedua-dua pasukan sedang dalam persiapan untuk mengharungi perlawanan play-off pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia 2016 setelah mendapat 'bye' pada pusingan pertama. 2 Febuari nanti, JDT akan menentang Muangthong United FC. di SCG Stadium manakala Chonburi FC akan menentang Yangon United F.C.. Perlawanan ini persahabatan ini adalah persiapan terbaik untuk kedua-dua pasukan!

Connect With Us