Tuesday, January 5, 2016

ATM guna 100 peratus pemain tentera

SEREMBAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat rombakan besar-besaran apabila menggugurkan sebahagian besar pemain musim lalu dan menggunakan 100 peratus pemain tentera bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Jurulatih ATM, Azhar Abdullah yang mengesahkannya berkata, walaupun beberapa pemain tempatan berpengalaman ada menyatakan minat untuk menyarung jersi skuad The Gladiators, Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) terpaksa menolaknya.


Katanya, pihaknya akur dengan keputusan PBAT dalam pembentukan pasukan musim baharu ini termasuk menggunakan sepenuhnya pemain tentera.

"Hanya enam pemain musim 2015 yang dikekalkan dalam pasukan itu antaranya Mohd Hafizuddin Azuhar, Badrul Hisham Mohd Sufian, Muhammad Safwan Hasyim, Raja Mohd Ridzuwan Effendy Raja Kamaruddin, Muhd Aifaa Mat Baliya dan Venice Elpi

"Kami sedang mengenal pasti pemain kalangan anggota tentera yang berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan itu bagi persiapan mengharungi perlawanan play-off menentang T-Team di Stadium Perak, Ipoh, 30 Januari ini," katanya hari ini.

Katanya, terdapat 36 pemain tentera sedang dinilai dalam beberapa sesi pemilihan bagi mencari 20 pemain awal untuk menghadapi perlawanan play-off bagi memilih satu pasukan beraksi di Liga Super musim 2016.

"Sebaik selesai memilih pemain terbabit, perancangan seterusnya ialah mendapatkan keserasian dan merangka strategi terbaik kerana tugas berhadapan dengan T-Team, bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut merancang untuk mengadakan aksi persahabatan dengan beberapa pasukan yang berada di sekitar Lembah Klang menjelang perlawanan play-off itu nanti dalam usaha memberikan saingan terbaik.

"Saya berharap usaha membentuk pasukan mantap berjalan lancar walaupun dalam keadaan yang amat terbatas," katanya.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us