Tuesday, January 5, 2016

5 PEMAIN JDT II TIDAK HADIR LATIHAN PUSAT




Hanya 30 daripada 39 pemain yang dipanggil, hadir menjalani latihan pusat pertama Skuad Projek Sukan SEA 2017 kendalian Frank Bernhardt pada Isnin.




Lebih menarik, lima pemain dari Johor Darul Takzim II (JDT II) termasuk bekas kapten Harimau Muda C, Dominic Tan Jun Jin tidak melapor diri.

Bernhardt bagaimana pun, tampak tidak terlalu risau tanpa kelibat pemain yang tidak melapor diri pada Isnin.

Bagi bekas pengendali skuad Bawah 21 tahun Estonia ini, latihan pusat pertama ini adalah lebih kepada sesi suai kenal dengan pemain.

"Kami cuma sedang mengenal satu sama lain dan sekurang-kurangnya memerlukan 2 minggu untuk mengenal pasti antara satu sama lain," jelasnya.

Namun, Bernhardt akui dia mahu pemain-pemain dalam skuad ini kekal beraksi sebagai satu pasukan dalam saingan liga dan menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM) untuk memutuskannya.

Ia kerana sebahagian besar pemain yang dipanggil, sudah pun mengikat kontrak dengan pasukan asal masing-masing sebaik sejak pogram Harimau Muda dibubarkan.

"Kami memerlukan pemain terbaik bagi menghadapi saingan Liga FAM dan Sukan SEA 2017. Jadi pentingnya berbincang dengan setiap persatuan negeri dan kelab," katanya.

Berhardt turut mengunakan latihan pusat kali ini, untuk menilai kemampuan empat calon penolong jurulatih, P. Maniam, Hassan Sazali Waras, Azlan Johar dan Reduan Abdullah.

No comments:

Post a Comment

Connect With Us