Sunday, January 10, 2016

Helang Merah , Sang Harimau Kumbang Sedia Gegar Liga Super Musim Ini

Club crest

Penang FA atau diberi jolokkan Sang Harimau Kumbang tampak bersedia untuk menghadapi musim baru di liga baru iaitu Liga Super pada tahun ini. Jurulatih Penang FA, Jacksen F. Tiago tampak bersemangat ketika sesi latihan ringan kelmarin.


Untuk musim ini, PFA telah berjaya mengikat beberapa tonggak import serta tempatan bagi memperkuatkan pasukan. Selain membawa masuk Fitri Omar (Kelantan) dan Muhd NurSalam (UiTM) ke dalam pasukan, Pasukan yang berpengkalan di pulau mutiara ini turut membawa masuk 3 import baru iaitu Brent Griffiths ( Australia), Matias Cordoba (Argentina) dan Jose Tadeu  (Brazil) ,Sang Kumbang membuka mata bola sepak tanah air apabila membelasah Tok Gajah di peringkat kumpulan pada saingan Piala Mlaysia tahun lalu dengan keputusan 4 - 1. Semoga berjaya Sang Harimau Kumbang !


Club crest


Kedah pula melakukan banyak perubahan drastik dengan membawa masuk ramai pemain lepasan Harimau Muda yang telah dibubarkan selain mengikat bekas tonggak Kelantan, Fakri Shaarani dan Amar Rohidan untuk memperkuatkan lagi pasukan. Tonggak import baru Carlos Kahe ( Brazil) sudah cukup buat anak didik Tan Cheng Hoe. Kedah menunjukkan prestasi kebangkitan pada musim lalu namun di kecewakan Selangor di pentas Final Piala Mlaysia tahun lalu kalah 0 - 2.


Tan Cheng Hoe berazam untuk memastikan Kedah atau Helang Merah menduduki TOP 4 pada musim ini dengan bakal mengejutkan beberapa pasukan besar seperti Kelantan, Johor DT dan Selangor. Pulun Kedah Pulun !

No comments:

Post a Comment

Connect With Us